WePlay We Learn: Bermain Sambil Belajar Untuk Kanak-Kanak

WePlay We Learn: Bermain Sambil Belajar Untuk Kanak-Kanak | Sejak jadi mak mak orang ni, Fadzi suka sangat kalau ada event pasal parenting atau event-event yang berkaitan dengan budak-budak. Sebabnya, dalam event-event macam tu, banyak perkara pasal parenting yang Fadzi boleh belajar dan buat pada Aneeq. Baru-baru ni Fadzi ada pergi ke satu event anjuran Motherhood.com.my untuk memperkenalkan satu jenama permainan kanak-kanak yang menarik iaitu WePlay.


Permainan Kanak-Kanak WePlay
Bro! Serius nya muka :D :D :D

WePlay We Learn

Jenama WePlay ini sebenarnya dah lama ada cuma mereka lebih terkenal di Taiwan. Sekarang jenama WePlay ini mula masuk ke pasaran Malaysia. Yang Fadzi suka tentang semua permainan jenama WePlay ini adalah setiap permainan yang mereka hasilkan ada signifikan kepada pembentukan motor kanak-kanak.

Pembentukan motor kanak-kanak ni kan penting untuk pembesaran diaorang. Jadi, kita kena expose kan mereka dengan permainan-permainan yang boleh membantu meningkatkan motor skill ini. 

Permainan Kanak-Kanak Jenama WePlay

Waktu event tu, diaorang ada buat beberapa jenis permainan yang memang menarik menggunakan permainan-permainan WePlay. Bukan setakat untuk budak-budak, mak bapak budak pun seronok nak join okay. Antara permainan yang sempat kiteorang main pada hari itu adalah:


Permainan Kanak-Kanak WePlay
1. Thai Chi Loop (Ball)
Yang ini lebih kurang exercise di pagi hari lah. Kalau korang nampak dalam bola hijau tu sebenarnya ada bola dan bola itu akan bergerak mengikut arah yang korang pusing kan. 

Permainan Kanak-Kanak WePlay
2. WePlay Cookie Festival
Yang ini memang seronok sangat main. Permainan ini dimainkan dengan cara menyusun cookies yang ada. Korang boleh susun macam-macam cara sama ada nak letak pisang di bawah atau pisang di atas cookies. Pada hari tu, kiteorang kena jadikan pisang tu sebagai jambatan dan letak kesemua cookies di atas pisang. Payah weh hahaha.

Lepas tu pulak ada permainan jadi arkitek pulak. Kiteorang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan dapat satu set block yang bermacam-macma jenis. Dengan menggunakan block tu, kiteorang kena bina bermacam-macam benda. Hasilnya jadi lah dekat bawah.

Permainan Kanak-Kanak WePlay
3. Softwood Blocks

Permainan Kanak-Kanak WePlay
4. We Block Mini

Permainan Kanak-Kanak WePlay
5. Q Blocks

Permainan Kanak-Kanak WePlay
6. Ice Ice Building Set

Selain daripada mainan-mainan yang Fadzi dan Aneeq sempat explore dekat atas ni, ada juga beberapa permainan WePlay yang lain diaorang display atas meja dan jugak dekat playground kanak-kanak. Antaranya Toddler's Playstation, Rocking Seesaw, Soft Gym, Learning Cube, Go Go Balance Fun, Up On Top, Tactile Path, Apple Links, Rock 'N' Fish dan Tricky Tree. Memang banyak betul permainan yang WePlay keluarkan. Kalu korang nak tengok apa lagi mainan yang ada, korang boleh tengok dekat sini - WePlay Product


WePlay We Learn

Seronok tau event jenis parenting ini nak nak lagi yang memang boleh bawak satu keluarga terus. Alang-alang tu dah boleh jadi quality time dengan anak-anak di hujung minggu. Thank you pada team Motherhood dan juga team WePlay sebab invite Fadzi sekeluarga datang dan merasai sendiri permainan-permainan keluaran WePlay ini. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang permainan-permainan atau nak tahu teknik-teknik parenting yang korang boleh gunakan dalam membesarkan anak-anak korang, cuba tengok Facebook dan Website WePlay.

Post a Comment

3 Comments

  1. waah...bgusnye..serius muka anaknye..hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya motherhood ni.. budak budak mesti suka

    ReplyDelete
  3. Bagus juga aktiviti weplay ni sebab ada juga slot untuk ibu bapa.

    ReplyDelete