Menu Baru Stik Dan Gril Dari Westside Bistro

Menu Baru Stik Dan Gril Dari Westside Bistro | Kalau yang rajin turun Shah Alam dan lalu dekat SACC, mesti pernah nampak Restoran Westside Bistro. Fadzi pun selalu juga tengok-tengok Restoran Westside Bistro tapi tak pernah pergi. Baru-baru ni je bila diaorang ada buat promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill, Fadzi pun pergi untuk cuba sendiri menu-menu promosi diaorang.


Westside Bistro Shah Alam

Promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill

Promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill ini bermula dari 4 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017. Korang boleh pergi dan menikmai hidangan yang berasaskan stik dan grill yang disediakan secara ala minute bermula pada pukul 6 petang hingga 10.30 malam. Tapi menu ini hanya ada pada hari Rabu hingga Ahad sahaja.

Waktu Promosi: 4 Oktober - 31 Oktober 2017
Masa: 6.00 petang - 10.30 malam
Hari: Setiap Rabu hingga Ahad sahaja

Menu Promosi Sizzling Skewer

Dekat sini memang banyak menu yang ada tapi yang paling utama korang kena cuba hidangan utama stik dan grill WS Steak And Grill iaitu Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer. Hari tu Fadzi sempat juga rasa beberapa menu dia.

Daging Panggang Skewer
Daging Panggang Skewer (RM48.00+)
Untuk menu Daging Panggang Skewer ni korang akan dihidangkan dengan daging panggang yang diperap, sos BBQ madu dan juga sayuran panggang. Daging ni dipanggang secara medium well dan Fadzi boleh rasa juicy dan kelembutan daging tu. Sebenarnya daging skewer ini dihidang dengan sos BBQ madu tapi pada Fadzi, kalau makan macam tu je tanpa sos pun dah sedap sebab perapan dia memang cukup.

Ayam Panggang Skewer
Ayam Panggang Skewer (RM48.00+)
Menu Ayam Panggang Skewer ni pulak korang akan dihidangkan dengan ayam yang diperap  dengan ketumbar, yogurt jintan putih dan sayuran panggang. Ayam Panggang ni pula pada Fadzi rasa dia agak mild. Bagi korang yang jenis tak suka makanan yang terlalu kuat perapannya, ini mungkin korang akan suka. 

Kek Coklat Lava Dengan Ais Krim (RM10.00+)
Kek Coklat Lava dengan Ais Krim ni sapa suka kek yang rasa coklatnya memang padu, korang boleh order pencuci mulut ni. Rasa keknya agak manis tapi kalau korang makan sekali dengan ais krim vanila yang disertakan sekali dalam menu ni, rasa dia sedap. Dapat balance kemanisan kek tu. Tak adalah rasa terlampau manis.  


Westside Bistro Shah Alam
Cheese Cake
Yang ni Fadzi makan dekat rumah. Sedap makan sejuk-sejuk. Cheese dia memang terasa. Lapisan bawah pun ranggup. Ada pulak coklat roll dekat ats tu, sedap ratah je lah. Yang ini korang boleh order jugak dekat Westside Bistro.

Itu baru sikit Fadzi tunjuk. Selain daripada menu-menu dekat atas ni, ada lagi menu lain seperti Chicken Chop, Chicken Sizzling, Sirloin Steak, Lamb Chop, Fish & Chip dan pencuci mulut. Untuk menu-menu lain yang lebih lengkap, korang boleh tengok dekat sini - Menu WS Steak And Grill

Dekorasi Westside Bistro, SACC Shah Alam

Fadzi suka dengan environment dan dekorasi dekat sini. Konsep diaorang memang minimalis tapi tetap selesa. Masa korang makan nanti pun, korang akan dihiburkan dengan lagu-lagu Barat 90'an. Masa Fadzi makan dengan Zul hari tu dekat Westside Bistro, banyak betul lagu-lagu lama yang mengundang memori masa Fadzi kecil-kecil dan juga masa Fadzi bercinta dengan Zul. Hehehehehe. 

Fadzi rasa Westside Bistro ni memang tempat sesuai sangat untuk celebrate anniversary, hari lahir atau apa-apa hari yang istimewa untuk pasangan korang. Suasananya agak romantik dengan lagu-lagu lama. 

Nak parking pun senang. Korang boleh parking dekat parking bangunan SACC ataupun di tepi jalan je. Fadzi hari tu parking dekat tepi jalan, lepas tu jalan dalam 10 langkah dah sampai ke Westside Bistro ni. Senang kan? 

Fadzi cadangkan kalau korang nak celebrate hari-hari istimewa dalam bulan ni, korang boleh tempah promosi Sizzling Skewer ni dekat sini - Order Promosi WS Steak And Grill


Westside Bistro Shah Alam

Kalau korang tempah dekat link di atas ni, korang akan dapat voucher promosi RM38.00+ untuk Skewer Sizzling. Harga asal dia RM48.00+ tau. Tapi pastikan korang book 2 hari sebelum untuk elakkan sebarang masalah. Dan kalau-kalau korang nak reschedule tempahan, sehari sebelum okay?

Buffet Kanak-kanak
Menu buffet kanak-kanak. Ada spagethi, hot dog, potato wedges dan juga fresh fruits

Dan kalau korang ada plan untuk bawa anak-anak sekali, Fadzi cadangkan korang pergi pada hari Rabu dan Khamis. Setiap hari Rabu dan Khamis, budak-budak umur 7 hingga 10 tahun dapat makan secara percuma dekat buffet kanak-kanak. Kan dah jimat. Kalau Jumaat, Sabtu dan Ahad, harga untuk budak-budak adalah RM12,00+. Untuk anak-anak bawah 6 tahun pula memang percuma.

Harga WS Steak And Grill

Dewasa: 
RM48.00+
RM38.00+ (Promosi tempahan online)

Kanak-kanak: 
RM12.00+ 
Percuma (Rabu dan Khamis sahaja)

Kanak-kanak bawah 6 tahun: 
Percuma


Aneeq
Aneeq makan free yeay!

Dekat Westside Bistro ni pun diaorang ada terima tempahan ruang bistro untuk korang-korang yang berminat untuk buat majlis atau conference. Dalam bistro ni boleh muat hingga 100 orang dalam satu-satu masa. Korang pun boleh pilih mana-mana pakej yang bersesuaian dengan bajet korang.

Untuk lebih maklumat atau nak booking, korang boleh juga tengok Facebook dan Instagram Westside Bistro.



Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik ni...sedap nampak tu ha...Aneeq makan pun berselera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aneeq nampak makanan, laju tak hirau ke orang dah hahaha

      Delete
  2. Kalau anak-anak makan free kira oklah, mak apaknya je yang bayor

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAn. Fadzi lagi suke kalau restoran yang jenis mak bapak bayar tapi anak makan free

      Delete
  3. Harga pun berbaloi di Westside Bistro. Menu seperti stik dan grill memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi jika terdapat menu baru. Datang bersama keluarga tentu seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. menu menu macam ni sesuai kalau nak makan pada hari hari yang special hee

      Delete