Beli Produk Keluaran New Zealand Di AEON Taste New Zealand Food Fair | Hari Jumaat lepas Fadzi dah bawa Aneeq berseronok pergi Karnival Upin Ipin. Jadi hari Sabtu, Fadzi pula keluar ambil masa untuk 'me time'. Nak tau apa 'me time' Fadzi Sabtu lepas? Belajar memasak.
Belajar Memasak Makanan Barat
Ha, belajar memasak kali ini menarik sangat sebab Fadzi belajar cara masak Baked Cheese Mussel, Steak dan Sauted Beef. Dan yang paling bestnya, Fadzi diajar oleh Executive Chef Krishnan. Bahan-bahan utama yang Chef gunakan untuk ajar kiteorang semua memasak tu semua dari New Zealand.
Chef Krishnan banyak ajar tips memasak dengan betul dan selamat pada hari itu. Tiap kali Chef ajar benda baru, kiteorang semua macam "Ohhhhh" "Ahhhh". Memang selama ini tak pernah tahu. Bila tahu, memang terbuka minda.
Patutlah tak menang pertandingan memasak. Chef mengajar dekat depan, kita ambik gambar dekat belakang. Kahkahkah!
Lepas kiteorang semua diajar macam mana nak masak Steak, Mussel dan Beef, tiba-tiba ada pertandingan memasak pulak. Fuh, berpeluh bila dengar kena masak. Kiteorang kena masak balik apa yang Chef ajar tadi tapi cuma pilih 2 jenis menu. Dan menu Mussel tu wajib buat.
Pertandingan Memasak Taste New Zealand
Untuk pertandingan memasak ini, satu kumpulan akan ada 2 orang. Fadzi satu kumpulan dengan MamaJue. Nasib baik satu group dengan MamaJue. Dia memang pakar masak-masak. Selalu tengok MamaJue buat video dia memasak dekat Fb dan IG hehehe.
Cooking station kiteorang hari tu. Baru lah Fadzi rasa macam mana berdebarnya peserta-peserta realiti TV show memasak tu.
Menu yang kiteorang masak hari tu adalah Baked Cheese Mussel dan Sauted Beef. Masa mula nak masak tu, memang blur habis. Hilang semua apa yang Chef ajar sebab berdebar. Tapi, lepas tu okay je. Rilek je main potong-potong campak-campak pastu gelak-gelak.
Kiteorang semua diberi masa 30 minit untuk siapkan 2 jenis menu. Bila dah siap 30 minit, ada 3 orang Chef yang juga mentor di Berjaya University College datang untuk rasa dan bagi markah.
Alhamdullilah, Chef semua suka dengan Baked Mussel dan Sauted Beef kiteorang. Cuma dapat komen Sauted Beef masin sikit. Overall memang dah okay. Ha, lepas je Chef dah tulis-tulis markah, kiteorang pun dah lega. Lepas tu kiteorang pergi rasa menu team lain buat. Part yang tu paling best hahahahha.
Walaupun hari tu kiteorang tak menang, tapi Fadzi belajar banyak perkara pasal memasak dengan cara yang betul. Thank you so much Chef sebab bagi banyak tips memasak. Dan dari sini juga baru Fadzi kenal produk-produk serta jenama hasil daripada New Zealand.
Banyak rupanya produk-produk keluaran New Zealand yang masuk ke Malaysia. Dan nanti masa Taste New Zealand Food Fair, ada lebih banyak lagi produk serta jenama yang berasal daripada New Zealand akan dibawa masuk dan ditunjukkan kepada Malaysia.
Taste New Zealand
Taste New Zealand ini sebenarnya adalah Festival Makanan yang mana pelbagai produk New Zealand yang berkualiti dibawa dan diperkenalkan kepada Malaysia. Festival ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE).
Kalau korang berminat untuk tengok dan dapatkan sendiri barang-barang makanan daripada New Zealand, korang boleh pergi ke Food Fair yang akan diadakan di 7 cawangan AEON seluruh Malaysia daripada 30 November 2017 hingga 10 December 2017.
Ada lebih daripada 150 produk yang akan ada semasa Aeon Taste New Zealand Food Fair itu nanti. Antara jenama yang ada nanti dan mungkin korang berminat untuk cuba dapatkan adalah:
- Green Lea Chilled Beef
- Talley's Greenlipped Mussels
- Whittaker's Chocolates
- Kiwigarden
- Viberi
- Mainland Cheese
- Griffin's Biscuit
- Tasti
- Weet Bix
- Sanitarium
- Proper Crisp
- Only Organic
- Anlene, Anmum dan Fernleaf daripada Fonterra Brands Malaysia
- Karihome Goat Milk
- Spring Sheep Milk
- NZ Natural Zealand Ice Cream
- Kapiti Ice Cream
- Sayur-sayuran di bawah jenama Pure n Ezy Ready TO Eat
- Household dan Personal Care di bawah jenama Eco Store
- Pic's Peanut Butter
- CHIA
- Easiyo
- Madu dan Sweet Meadow
Dan yang paling best, kalau korang membeli-belah dekat AEON, korang boleh menang pelbagai hadiah melalui Shop & Win Contest dan Snap & Win Contest.
Shop & Win Contest dan Snap & Win Contest
Sepanjang Aeon Taste New Zealand Food Fair nanti, korang boleh cuba nasib untuk menang pelbagai hadiah yang menarik melalui 2 contest yang akan diadakan:
Shop & Win Contest
Dengan hanya membuat pembelian minimum RM80 barangan New Zealand dalam satu resit (termasuk GST), korang boleh tebus shopping beg untuk korang guna nanti. Korang juga berpeluang untuk menyertai lucky draw dan menang voucher membeli-belah AEON bernilai RM1000. Hadiah-hadiah yang disediakan untuk Shop & Win Contest
Grand Prize:
1 x AEON Gift Voucher bernilai RM1000
Hadiah Saguhati:
10 x AEON Gift Voucher bernilai RM200
Snap & Win Contest
Untuk Snap & Win Contest pula, korang cuma perlu:
1. Ambil gambar paling kreatif di AEON Taste New Zealand Food Fair Photobooth.
2. Muat naik gambar tersebut ke Facebook berserta caption yang menarik
3. Check-in lokasi di Facebook dan letak hashtag #TasteNZMY
4. Pastikan entry korang dalam mode 'Public'
Untuk contest ini, korang berpeluang untuk menang hadiah AEON Cash Voucher bernilai RM100 untuk 10 orang. Kesemua pemenang akan dihubungi melalui Facebook Messenger pada 15 Disember 2017. Dan cara nak menang dia, korang kena dapatkan likes tertinggi serta caption yang menarik.
Fadzi sendiri dah cuba beberapa produk jenama yang dihasilkan daripada New Zealand. Korang pun boleh juga dapatkan produk-produk ini masa AEON Taste New Zealand Food Fair yang akan diadakan pada minggu depan ini.
AEON Taste New Zealand Food Fair
Tempat: 7 cawangan AEON seluruh negara
Tarikh: 30 November 2017 hingga 10 December 2017
Sekali sekala merasa, apa salahnya kan. Nanti Fadzi nak pergi cari coklat bar Whittaker's lagilah. Sedap gilaaa.
11 Comments
syok masak2 pastu dpt rasa team lain punya juga..dh mcm masterchef kn tgk dapur masak2 gtu
ReplyDeletewah...dah boleh masuk pertandingan besar lah macam ni
ReplyDeleteCheese baked mussel tu nampak menarik sgt. Best dpt pengalaman memasak di dapur ala masterchef tu kan. Tak menang takpe yg penting pengalaman tu.
ReplyDeleteNk terjah food fair tu lah nanti. Banyak nampaknya tu jenama taste of NZ tu.
Lelas ni bolehlah masuk contest dgn chef 5 rencah 5 rasa hehehe
ReplyDeleteBestnya dapat belajar memasak dekat kelas ni. Ilmu baru ni kan.
ReplyDeleteHehehe geng pandai memask kat depan meja kita ni hehehe kita memang awal2 dah surrender kalah tak pandai masak western ni makan pandai wakakakaka...
ReplyDeleteReally a big fans of New Zealand products. Especially the fruits part.
ReplyDeletepengalaman yang best kan. pasni bolehlah aneeq makan baked mussels selalu..
ReplyDeleteBeruntungnya fad belajar masak dengan chef-chef yang hebat!
ReplyDeletePerghhh korang dua...boleh join masterchef dah dgn mamajue pasni
ReplyDeleteUwahhh kalau memang dapat voucher pun dh cukup rasa bertuah sangat dah nie... Tapikan... coklat Whittaker's ada banyak je dalam peti ais rumah bro hahahha
ReplyDelete