Beramal Dan Bersedekah Dengan Muslim Volunteer Malaysia

Beramal Dan Bersedekah Dengan Muslim Volunteer Malaysia | Pernah tak korang terfikir yang korang nak buat amalan baik, nak jadi volunteer kepada aktiviti-aktiviti kebajikan tapi tak tau dekat mana nak mula? Atau korang nak bersedekah, nak bagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang tapi kadang-kadang korang tak yakin organisasi yang korang bagi sedekah itu betul atau scam?

Ha, kalau gitu, meh Fadzi boleh kongsikan dekat korang macam mana korang boleh jadi volunteer atau nak bersedekah dengan cara yang mudah tetapi diyakini. Baru-baru ni Fadzi dijemput untuk menghadiri sidang media Ikon Muslim Volunteer Malaysia di De Palma Hotel, Shah Alam. 


Muslim Volunteer Malaysia

Muslim Volunteer Malaysia inilah yang Fadzi nak kongsikan pada korang yang mana korang boleh sama ada jadi volunteer untuk aktiviti-aktiviti kebajikan atau pun korang boleh beri sumbangan kepada organisasi yang boleh dipercayai.


Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014. Diaorang ada lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri pada 2017. Majlis Volunteer Malaysia Awards ini dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Antara bentuk bantuan yang diberikan oleh MVM adalah dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. MVM juga membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

Selain daripada itu, MVM juga mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

Program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.

MVM mempunyai harapan yang cukup besar untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

Muslim Volunteer Malaysia

Program-Program Kebajikan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) 

Masa majlis hari tu, baru Fadzi kenal siapa MVM ini. Sebenarnya kan dah banyak aktiviti kesukarelawan yang diaorang ni dah buat. Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

MVM memfokuskan kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan secara berkala. Antara program yang telah dijalankan oleh MVM adalah seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah.

Bantuan yang diberikan oleh MVM ni meliputi dalam Malaysia dan juga luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. 

Tahun ini sahaja untuk misi Unity Convoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)

Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh.

Muslim Volunteer Malaysia

Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) 2018

Nak buat kerja amal tanpa sokongan orang ramai ni bukan kerja senang. Jadi MVM bekerjasama dengan para selebriti dan usahawan dari pelbagai latar belakang yang secara umumnya dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui penyebaran di laman media sosial.

Oleh sebab itu, selebriti-selebriti seperti Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), MilaJirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), Azmi Saat (Penyanyi) bersetuju untuk sama-sama berganding bahu menjadi Ikon MVM 2018 untuk memainkan peranan mereka menyebar kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Datin Sri Nur Shahida D’Herbs, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Sri Umie Aida dan Amsyar Azman.

Fadzi percaya dengan adanya ikon-ikon MVM ini, dieorang sedikit sebanyak dapat membantu menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.

Muslim Volunteer Malaysia

MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain. Kalau ada mana-mana individu atau agensi yang nak memberikan sumbangan, boleh buat sumbangan melalui akaun bank di bawah.

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


Post a Comment

10 Comments

  1. Banyaknya sumbangan dan program yg telah di buat MVM dalam dan luar negara ye. Ana ingat dlm malaysia je selama ni. Boleh war warkan MVM ni dkt kawan2 nanti. Mana tau ramai2 nk jd sukarelawan.

    ReplyDelete
  2. Ambi selebriti sbg ikon antara langkah terbaik bagi menarik org ramai jd sukarrlawan...

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak program yang diorang da anjurkan ye...selebriti yang bekerjasama dengan diorang pun adalah antara selebriti yang ada reputasi yang sangat baik setakat ni...

    ReplyDelete
  4. First time heard of this NGO. No matter which NGO, but try out best to help and give back to society.

    ReplyDelete
  5. First time dgr NGO ni. Nice sharing. Moga ramai membantu dan join program begini

    ReplyDelete
  6. Woooowwwww! Not bad gak ikon-ikon dia kan....terbaik :D

    ReplyDelete
  7. Dulu zaman muda, aktiviti seperti ini sentiasa sertai sebagai sukarelawan, kenkadang sebagai VVIP...

    Cuma bila dah berkeluarga, agak terbatas sikit untuk lebih aktif seperti dahulu T-T

    ReplyDelete
  8. Sejak tahun lepas memang join MVM viral media sosial.. sebab tak dapat turut serta turun padang pada program yang MVM buat (komitmen kerja hakiki dan family). kecik bantuan yang dapat saya bantu, hanya viral program yg mereka anjurkan moga ramai golongan belia dapat sertai MVM dan sy sendiri dapat turut serta dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  9. Bila ada NGO camni baru kita senang hati nak menderma dll sebab confirm tak fake

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ni aktiviti dan program macam ni, boleh pupuk kesedaran hadirin dan juga kutipan sedekah kepada mereka

    ReplyDelete