The Space Grand Ballroom Shah Alam Promosi Pakej Kahwin Murah Serendah RM29.90

Dewan Kahwin di Shah Alam - The Space Grand Ballroom | Ada orang-orang Shah Alam yang tengah mencari dewan kahwin di Shah Alam tak? Dah jumpa ke belum? Kalau belum jumpa, Fadzi nak kongsikan salah satu dewan perkahwinan cantik yang korang boleh tempah untuk majlis perkahwinan korang nanti iaitu The Space Grand Ballroom Shah Alam.

The Space Grand Ballroom Shah Alam

The Space Grand Ballroom

The Space Grand Ballroom Shah Alam adalah salah satu dewan besar dan eksklusif untuk kegunaan majlis perkahwinan. Korang pun boleh buat konferens, mesyuarat, seminar, pameran, konvokesyen, konvensyen, ekspo, program televisyen, karnival jualan, karnival sukan dan makan malam korporat dekat sini. Serius dewan ini sangat besar.


Dewan kahwin Shah Alam

The Space Shah Alam Grand Ballroom ini terletak di dalam Eco Mall Space U8. Tempatnya memang strategik kalau nak buat event. Dekat sini boleh park 600 kereta secara PERCUMA dalam satu satu masa. Dewan juga boleh menampung 600 tetamu sekaligus. 


Dewan kahwin Shah Alam

Selain daripada itu, dekat sini pun ada sistem audio visual dan sistem projector yang cukup lengkap. WIFI pun boleh dapat secara percuma. Yang Fadzi paling suka dekat Space U8 ni, surau dia sangat cantik sebab ada air terjun sekeliling bilik surau. Memang cantik gila kalau korang nak buat akad nikah dekat surau dieorang.    

Sepanjang pembukaan The Space Shah Alam Grand Ballroom ni, dah lebih 500 pasangan pengantin yang buat majlis perkahwinan dekat sini. Ada juga majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan oleh IKRAM Selangor. Ada juga beberapa agensi kerajaan seperti PTPTN, UiTM Shah Alam, KEMAS dan badan NGO serta korporat yang dah buat majlis dekat sini.


Dewan kahwin Shah Alam

Bersempena dengan tahun kedua The Space Grand Ballroom beroperasi, diaorang ada buat Wedding Open Day 2017 minggu lepas. Fadzi memang sejenis manusia yang suka pergi kalau ada open day. Sedikit sebanyak Fadzi dapat berkenalan dengan orang baru, dengan bisnes baru dan meluaskan lagi network. 

Nak tahu satu benda yang best tak? Sekarang The Space Grand Ballroom sekarang ni tengah berkerjasama dengan Katering Enak Rasa buat promosi untuk Pakej Amethyst. Fadzi rasa promosi ini sangat-sangat berbaloi untuk korang yang merancang untuk berkahwin pada tahun akan datang. 

Promosi Pakej Amethyst 

Macam yang Fadzi ada tulis dekat atas tadi, The Space Grand Ballroom dan Katering Enak Rasa ada buat promosi harga berbaloi untuk Pakej Amethyst. Dengan harga RM29.90 per pax (minimum 1000 pax), korang akan dapat pelbagai kemudahan seperti dewan eksklusif yang berhawa dingin. Dalam dewan ini, lantai fully berkarpet dan sangat luas. 


Dewan kahwin Shah Alam

Dalam pakej ini juga korang akan dapat 40 meja bulat dan beralas, 400 kerusi banquet bersarung dan beriben, meja doorgift dan meja hadiah. Fadzi suka dengan susunan meja dan kerusi diaorang sebab jarak antara satu meja dengan meja yang lain cukup selesa untuk kita lalu lalang. 

Dewan kahwin Shah Alam

Untuk meja Buffet pula, akan ada 2 station disediakan. Kalau ikutkan yang Fadzi pergi, diaorang susun meja buffet di bahagian kiri dan kanan dewan.

Dewan kahwin Shah Alam

Meja makan beradab pulak akan disediakan untuk 10 orang. Yang cantiknya diaorang menggunakan 8 Ghost Chair dan 2 kerusi pengantin. Serius Ghost Chair tu sangat cantik. Macam wedding orang Barat. Meja beradab tu pun dah siap-siap dengan alas meja dan skirting.

Menu Utama

Untuk menu utama, korang boleh pilih antara nasi-nasi, lauk pauk dan side dish yang Fadzi sertakan di bawah ini. Acar buah, papadom, buah-buahan, air kordial dan plain water tu memang korang akan dapat. Kesemua menu ini akan dimasak oleh Katering Enak Rasa. 
  • Nasi Minyak / Beriani / Hujan Panas / Serai (80%)
  • Nasi Putih (20%)
  • Ayam Beriani / Masak Merah / Madu / Goreng Berempah / Daging Kurma / Rendang Minang / Palembang / Dendeng / Sambal Sotong / Fish Fillet (50%)
  • Dalca Pisang Muda dan Mangga / Dalca Sayur 
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Buah-buahan (3 jenis)
  • Air kordial
  • Plain Water

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Hujan Panas

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Minyak

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Serai

Dewan kahwin Shah Alam
 Papadom

Dewan kahwin Shah Alam
 Buah-buahan

Dewan kahwin Shah Alam
 Air Teh Chrysanthemum

Dewan kahwin Shah Alam
Air kordial

Menu Makan Beradab

Untuk menu makan beradab pula, korang boleh pilih antara lauk-lauk di bawah ini. Selain daripada lauk pauk di bawah ini, korang boleh juga tambah lauk-lauk lain dari menu pilihan.
  • Ikan Siakap / Bawal Masam Manis / Tiga Rasa
  • Udang / Sotong Goreng Tepung Berhias
  • Ayam Golek / Percik
  • Gubahan Buah-buahan
  • Fruit Punch / Air Mineral

 Acar Buah

 Ayam Goreng Berempah

 Fish Fillet

Daging Kurma

Sambal Sotong 

 Ayam Masak Merah

  Daging Dendeng


 Dalca Sayur

 Dalca Pisang Muda  Dan Mangga

Daging Rendang Minang

Coffee Corner Stall (30%)

Selain daripada menu utama, tetamu-tetamu pun akan dihidangkan dengan Coffee Corner Stall. Untuk Coffee Corner Stall ini korang akan dapat minuman panas dua jenis iaitu Kopi O dan Teh Tarik, kuih muih sebanyak 3 jenis dan pilihan antara cendol atau pelbagai pilihan bubur.

Dewan kahwin Shah Alam
Air Teh Tarik dan Kopi O

Dewan kahwin Shah Alam
Kuih-muih

Dewan kahwin Shah Alam
Bubur

Kelengkapan Catering

Dalam pakej ini korang tak perlu risau tentang kelengkapan katering. Selain daripada makanan, korang juga akan disediakan dengan 4 VIP Dome, peralatan sajian lengkap dan pramusaji beruniform. 

Dekorasi Dewan (Sedia ada)

Pasal dekorasi dalam dewan, korang jangan risau. Dalam pakej ni korang akan dapat pelamin dewan sedia ada yang dihias oleh Rins Suzana Wedding & Events, siap sekali dengan entrance arch deco dan walkaway. Dekorasi meja makan beradab pun ada sekali. 

Dewan kahwin Shah Alam
Contoh pelamin yang ada

Andaman

Yang bestnya kalau korang ambil Pakej Amethyst ni, korang akan dapar sekali sepasang busana pengantin Lelaki dan Perempuan yang sedia ada serta 1 kali make up. Pakaian pengantin ini nampak memang cantik hasil daripada Rins Suzana Wedding & Events.

Dewan kahwin Shah Alam
Contoh baju pengantin yang ada 

Set Fotografi

Nak lagi best? Pakej ini dah lengkap sekali dengan khidmat fotografi. Lengkap habis kan? Untuk set fotografi ini, korang akan dapat 1 professional photographer, 1 story album 10x12, DVD softcopy unlimited, 1 poster frame 16x24 dan juga outdoor session event day.

Percuma

Dan yang lebih menarik, kalau korang pilih Pakej Amethyst, korang akan dapat kek kahwin 2 tingkat (Dummy / Real Cake) secara percuma. Selain itu, korang juga boleh cuba food tasting yang disediakan untuk 10 orang daripada pihak korang. Jadi, korang boleh pilih menu apa yang korang berminat untuk hidangkan pada tetamu-tetamu korang nanti.


Dewan kahwin Shah Alam
 Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk yang Fadzi cuba hari tu

Dewan kahwin Shah Alam
 Lauk-pauk tambahan. Hari tu ada lebih kurang 10 lauk yang disajikan

Dewan kahwin Shah Alam
 Kuih -muih yang Fadzi cuba. Sedap terutamanya Popia Pedas

Dewan kahwin Shah Alam
Puding karamel

Harga Promosi Pakej Amethyst

Kalau korang book dan confirm date sebelum 31 Disember 2017 ni, korang akan dapat harga diskaun yang sangat berbaloi untuk Pakej Amethyst. Korang boleh jimat sehingga RM8100. 

Harga asal
RM38.00 (minimum 1000 pax)
RM38 000

Harga promosi 
(Last booking dan confirm 31 Disember 2017)
RM29.90 (minimum 1000 pax)
RM29 900

Jadi, bagi korang yang masih tercari-cari lagi dewan kahwin untuk bulan 12 ni atau untuk tahun depan, cepat-cepat book dan confirm sebelum 31 Disember 2017 untuk dapat harga yang berbaloi ini. Tak kisah bila pun korang nak kahwin. Tahun 2017 ke 2018 ke 2019 ke. Book dan confirm je terus. Tak ada masalah.

Untuk maklumat lanjut atau nak book, korang boleh tengok dekat website, Facebook atau Instagram The Space Grand Ballroom, The Space U8 Shah Alam. Link Fadzi kongsikan dekat bawah.

http://www.thespace.com.my/

The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8,
No. 6, Persiaran Pasak Bumi,
Tmana Bukit Jelutong, Seksyen U8,
40150 Shah Alam, Selangor
info@thespace.com.my
019-250 7770 / 019-250 7779

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734

Puan Hajjah Salmi 0102250734

Landmark
Space U8 Shopping Mall 

Post a Comment

29 Comments

  1. Sedapnya pilihan lauk pauk dia. Banyak jenis nasi pulak tu. Ada harga promosi sekarang. Kalau kahwin orang Shah Alam boleh booking dewan ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. saya rasa harga ni memang berbaloi sangat

      Delete
  2. nampak mewah dewan ni, hidangan pun nampak sedap siap ada percuma lagi. bolehlah siapa yang cadang nak kahwin tempah sekarang kalau tak rugilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. rugi pulak kalau tak grab promosi ni

      Delete
  3. wow menu dia tu.. mcm kt hotel buffet hahaha but i think sesuai dengan harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. makanan dia memang merecik hahahha

      Delete
  4. Murah harga pakej yang di tawarkan tu. Tempat nampak eksklusif dan selesa sangat. Menu yang ditawarkan pun nampak sedap dan menyelerakan. Berbaloi dgn apa yg di bayar. Lengkap semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang tahap cuci kaki dah ni. lengkap semua benda dengan harga macam tu

      Delete
  5. Bolehbtahan jugak harganya dan pelbagai item menarik diorang tawarkan...ok bleh citer kat cik abg

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kak suria bukan kawen kat negeri sembilan ke nanti?

      Delete
  6. The Space ni kalau nak booking awal berapa bulan eh? Sekarang dah bulan Disember mesti dah padat mampat majlis kahwin di sana. Macam masa ruby dulu, Dewan booking awal 1 tahun. Itu Pusat komuniti. Kalau event space mesti dua tahun awal. Ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk tahun ni rasanya full dah kot. kene untuk date tahun depan

      Delete
  7. woooo affordable la ni...dan mereka include so many service takyah pening kepala fikir fikir...

    ReplyDelete
  8. tempat luas dan selesa, makanan sedap, ini yang jadi keutamaan..harga dah jadi no 2 kan..fuhh..nasib baik kawin awal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha tu lah. nasib baik dah kawen :D

      Delete
  9. Harga 29 tu dah masuk semua Makeup, baju, Photoghrapher murah kota gila lah sapa yang tak ambil kita ni tengah mencari-cari juga ehhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh maha hahaha. Kan, murah sangat tu dah complete semua

      Delete
  10. Menarik betul pakej, dewan dan makanannya ni, rasanya sangat berbaloilah kalau amek ni tapi yang kahwin tu boleh pergi makan-makan dan snap photo hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh saya yang dah kawen pun memang suka pergi tengok open day macam ni. Nak rasa makanan

      Delete
  11. Uwah rasa nak kahwin lagi... Tapi bila tengok jumlah kos zaman sekarang... Kena lebih berjimat cermat T-T

    ReplyDelete
  12. I think i attended a function there before, the place is really nice and spacious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, the place is really spacious. I really like this place

      Delete
  13. Pernah makan kenduri member kat sini...
    Ok la ruang besar and selesa sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya pun suka tempat ni sebab besar dan selesa

      Delete
  14. Memang sesuai untuk perkahwinan. Space memang luas and decor modern.makanan pun sedap nampak.

    ReplyDelete
  15. mak ai telan ailio tengok nasi kenduri

    ReplyDelete
  16. besar tempt die..maknan pun boleh tahan

    ReplyDelete