Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam | Waktu tengah hari adalah waktu yang paling hectic bagi Fadzi. Bagi korang yang bekerja lagilah hectic kan sebab nak cari tempat makan tengah hari yang sedap tapi nak cepat. Kalau korang kerja dekat area Shah Alam, apa kata korang cuba makan tengah hari dekat Restoran Sajian d-Hidang?


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Restoran Sajian d-Hidang

Restoran Sajian d-Hidang ini terletak dekat bangunan pejabat UMNO di Seksyen 11 Shah Alam. Kalau korang tau tempat ni, mesti korang perasan dekat sini banyak ofis-ofis. Jadi, dekat Restoran Sajian d-Hidang ni banyak hidangkan makanan tengah hari.

Disebabkan restoran ni dekat belakang rumah Fadzi je, Fadzi pun pergilah try sekali sebab tengok diaorang tengah buat promosi untuk perkenalkan menu makan tengah hari terbaru diaorang iaitu Nasi Dalai.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai adalah singkatan bagi Nasi Masak Lemak Daging Salai. Kalau korang jenis yang suka makanan tradisi Melayu asli, korang kena cuba Nasi Dalai ni. Harga satu set makan tengah hari ni RM9.90. 

Kalau korang order set Nasi Dalai ni, korang akan dapat air Teh O Ais sekali. Dah jimat kan. Tak payah tambah duit nak beli air pulak. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Dalam set Nasi Dalai ini korang akan dapat:
Nasi Putih

  • Semangkuk daging salai masak lemak
  • Kerabu Sayur
  • Ikan Masin Berlada
  • Sambal Belacan


Kalau ikutkan rasa tekak Fadzi ni, lauk Daging Salai Masak Lemak agak pedas. Kalau bagi Aneeq makan, memang dia tak boleh nak makan. Tapi rasa dia cukup lemak dan cukup pekat. Daging salainya pun lembut dan tak liat. Daging dah siap dipotong kecil-kecil dan senang nak makan. 

Lauk Kerabu Sayur pula dalamnya ada kacang botol, taugeh dan kelapa parut yang digoreng. Taugeh dalam lauk ni buat tekstur Kerabu Sayur ni ranggup-ranggup sikit.

Yang paling Fadzi suka adalah Ikan Masin Berlada dia. Ya Allah, serius sedap. Rasa dia masin tapi tak lah terlalu masin sampai pening kepala. Bila korang makan, akan ada rasa pedas-pedas sikit tapi pedas dia masih boleh tahan. Tak pedas teruk pun. 

Bila korang makan kesemua lauk dengan nasi putih panas tu, memang kena habis. Balance rasa lemak, masin, ranggup dan pedas dia. Memang Fadzi rekemen sangat korang order Nasi Dalai ini.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Makan Percuma Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang

Dekat sini sebenarnya kan korang boleh makan secara percuma. Seronok kan bila tau ada tempat boleh makan percuma. Kehkehkeh. Fadzi pun sama. 

Kalau korang nak makan percuma jugak dekat Restoran Sajian, korang cuma perlu minta KAD SAJIAN dekat kaunter pembayaran. KAD SAJIAN ni lebih kurang macam REWARD CARD lah, di mana bila korang berbelanja lebih RM10 dalam satu resit, korang akan dapat satu cop atau pelekat. Bila dah cukup 9 cop/pelekat, korang boleh redeem makanan percuma bernilai RM10. Okay lah tu kan?   

Lepas tu, kad yang dah cukup cop/pelekat tu, korang boleh bagi pada penjaga kaunter diaorang dan join Cabutan Bertuah pulak. Tapi hadiah untuk cabutan bertuah tu Fadzi tak tau lah pulak apa kan.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Menu Makan Tengah Hari Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Selain daripada menu Nasi Dalai, Restoran Sajian d-Hidang ada juga menghidangkan menu-menu makan tengah hari yang lain. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Fadzi masa kerja dulu, area tempat Fadzi tak banyak kedai lauk Melayu. Kebanyakkannya kedai mamak. Kadang-kadang rasa kembang tekak juga asyik makan lauk-pauk mamak. Tapi kalau lauk pauk Melayu ni, makan hari-hari pun tak ada masalah. Untung korang yang tempat kerjanya belambak kedai lauk masakan Melayu.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Kalau tak silap Fadzi, lauk yang restoran ni hidangkan adalah lebih dari 20 lauk juga. Tu tak kira ada kuih muih sekali diaorang jual.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Banyak juga pilihan lauk tengah hari dekat sini. Kalau yang duduk atau ofis dekat-dekat area Bangunan UMNO, korang boleh datang sini untuk makan tengah hari.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Ada enam jenis sambal yang ada disediakan untuk korang cuba dekat sini.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Bagi yang tak boleh tinggal ulam-ulaman tu, korang ada pelbagai pilihan ulaman untuk korang cuba dekat sini. Cicah pulak dengan sambal-sambal yang ada, memang puas hati.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Suasana dalam Restoran Sajian d-Hidang. Kedainya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Tapi pada Fadzi dah cukup selesa dah. Waktu Fadzi datang ni dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Orang dah ramai keluar masuk tapi tak lah terlalu sesak sangat. 

So far, Fadzi baru cuba Nasi Dalai diaorang. Tak cuba lagi lauk pauk lain. Dan Fadzi sendiri suka dengan Nasi Dalai diaorang terutamamnya lauk Ikan Masin Berlada tu. Kalau korang jenis nak makan tengah hari cepat, datang je dekat sini dan order Nasi Dalai. Gerenti sedap.



Facebook 
Lot 10, Pusat Dagangan Umno Bahagian Shah Alam, 
Jalan Persiaran Damai, Seksyen 11, 
40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
03-5511 4015
7.30 pagi hingga 5.00 petang



Question of the Day

Dekat area kawasan ofis atau rumah korang, ada tak tempat makan tengah hari yang paling best korang pernah cuba? Dekat mana tu? Share sikit.


Post a Comment

42 Comments

  1. harus kena cuba pi shah alam ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dekat shah alam. Nanti cuba tau nasi dalai diaorang. Ikan masin berlada tu serius the best

      Delete
  2. perghhh
    geram tengok daging salai masak lemak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. One day kena cuba dekat sini. Sedap tau

      Delete
  3. Daging Salai Masak Lemak pedas tuh yg sedap...Nasi Dalai tu unik namanya..Bileh try nanti kalau datang ke sini. Makan tengahari dengan menu macam ni lah buat selera makan membuak buak

    ReplyDelete
  4. Oh nasi masak lemak daging salai. Ini feveret encik suami lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, nanti kena bawak dia datang sini sekali untuk cuba

      Delete
  5. Nampak packed betul ye dgn manusia. Mesti sedap nie sbb tu ramai yg datang. Nanti nk bawak family dtg mkn kt sini jugaklh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun saya pergi lepas lunch hour. Pun ramai orang lagi

      Delete
  6. Sedapnya pekena ikan masin berlada dengan masak lemak daging salai. Nak2 kalau nasi tengah panassss... perghhh.. Harga pun not bad sebab dapat air sekali. Jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat kalau beli pakej makanan dengan air sekali. Lauk die pun banyak

      Delete
  7. Wah menarik nama dia. Sekali baca nasi salai. Masak lemak cili padi salai tu yang macam memanggil manggil nak cuba. Kalau ada urusan di Shah Alam boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula saya pun tak tau apa nasi dalai tu. Bila pergi makan sendiri baru tau. Dan sedappp

      Delete
  8. Lauk kegemaran ni. Bila2 lunch hour nak ajak kawan2 office datang makan kat sini

    ReplyDelete
  9. Ingatkan apa la nasi Dalai ni , rupanya nasi lemak tapi unik ohhh .. Macam sedap je , pilihan makanan pum banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap especially dia punya ikan masin berlada dia

      Delete
  10. macam sedap je ni nasi dalai tu.hehehe.selalu gak p shah alam tu fadzi.lepas ni boleh g cuba hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalai amni datang shah alam roger roger tau, boleh lepak sekali

      Delete
  11. Baru tahu Nasi Dalai tu singkatan..ingatkan nasi apa la tadi. Cantik presentation nasi dalai tu. Nnt pergi jln2 shah alam nk try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik presentation makanan die. Lagi berselera nak makan

      Delete
  12. Macam macam nama nasik dan makanan sekarang ni kan, dari nasi candu, nasi ketagih, nasi kaku dan nasi hangit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah nama nama nasi pelik pelik ni saja nak attract orang cuba

      Delete
  13. Pertama kali tau pasal kedai ni..set yang fadzi amik tu pun dah nampak sedap..baik amik yang 9.90 tu..sedap juga.Sayur kerabu ada, sambal belacan ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yang RM9.90 tu siap ada side dish dengan air. Jimat banyak dekat situ

      Delete
  14. Tak pernah try nasi dalai.macam mana ntah rasa dia. Next time klu ke shah alam dan x tahu nak makan apa, blh la try. Tapi sebenarnya dah agak lama tak ke belah2 shah alam sana. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la datang. Nanti roger kalau datang shah alam tau

      Delete
  15. First time dengar nasi Dalai .Banyaknya pilihan lauk katsjni semua nampak sedap. Nasi Dalai tuharga berpatutan rm9.90 dapat air memang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat kalau amnbik set 9.90 tu sebab ada side dish sekali dengan air.

      Delete
  16. Nama nasi tu macam di pengaruhi nama dalai lama di tibet tu. Hmm. macam macam idea nak bagi laris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe eh bukan macam tu. tu kependekan dari nama nasi daging salai. jadilah nasi dalai

      Delete
  17. Pehh minat gila dgn daging salai tau..lagi2 cicah kuah asam...fuhhh... Tgok menu2 kt sini kemain byk btul.. Mau nk cuba semuanya.. Hehehe..tp gabungan nama ke tu nasi Dalai..? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hheheh nasi dalai tu nama gabungan nasi daging salai

      Delete
  18. kalau time lunch, tekak memang rasa nak makanan kampung je. gulai2, ulam, dan air asam. fuhh! terus bertenaga lepas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap makan nasi putih dengan lauk melayu kan. Memang bertambah tambah

      Delete
  19. Nasi dalai!! AM suka kalu ada masak lemak cili padi.. nak nak guna bahan daging salai.. menu mesti cuba nie.. harga berbaloi utk dicuba.. AM Mesti datang kalu singgah shah alam nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia berbaloi habis. Ambil yang set tu tau. Harga dah termasuk dengan side dish dengan air

      Delete
  20. Eh eh, macam tahu-tahu je nak holiday ke Shah Alam nanti. Boleh cuba usha kedai ni since Fadzi dah recommend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha go go sedap ni. Ambik set daging salai masak lemak tu. memang berbaloi dan sedap

      Delete