RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit SensitifBaru-baru ini Fadzi diperkenalkan oleh seorang kawan dengan RenoSkin Medic Serum. RenoSkin Medic Serum ini dikatakan sebagai penawar yang mampu merawat kulit sensitif secara organik. 


RenoSkin Medic Serum

RenoSkin Medic Serum

RenoSkin adalah satu produk yang boleh digunakan sebagai salah satu cara merawat eczema dan kulit sensitif. Dihasilkan daripada campuran herba semula jadi bersama bahan aktif ekstrak Vitamin A dan Vitamin E, ianya mampu untuk memberi kesan 70-80 kali ganda daripada vitamin sintetik. 

Produk telah pun didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dengan nombor pendaftaran KKM NOT 161106450K. Kalau ikut pada pamplet yang Fadzi dapat ni, RenoSkin ini bebas bahan kimia, bebas pewangi sintetik, bebas pengawet dan bebas paraben. Lega sikit nak pakai bila dapat info yang macam ni. 

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin ini banyak manfaatnya terutamanya bagi yang ada masalah kulit. Antara manfaat RenoSkin ini adalah:

  • Cara merawat eczema dan proriasis
  • Melembapkan kulit
  • Merawat dan mencegah ruam lampin
  • Merawat jangkitan kulat dan bakteria
  • Merawat luka melecur
  • Menyuburkan rambut
  • Menghilangkan regangan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Memudarkan parut
  • Merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit

RenoSkin Medic Serum


Syukur sangat Fadzi dan keluarga memang tak ada masalah eczema atau kulit sensitif. Tapi Fadzi ada masalah kulit kering terutamanya kalau berada dalam keadaan berhawa dingin jangka masa yang lama.


Sekarang ni kan malam-malam Fadzi tak boleh tidur dan asyik terjaga sebab panas. Jadi Fadzi pun buka air cond masa tidur. Masalahnya, bila tidur dalam air cond, pagi besoknya bangun kulit muka akan berasa agak kering dan tegang. Kulit bahagian lengan pun rasa gatal-gatal sebab kering. Yang paling kering adalah di bahagian betis. Memang agak teruklah. 

Fadzi baru cuba RenoSkin untuk beberapa hari. Kurang sikit rasa kulit kering ni. Tak ada lah rasa tegang je bila duduk lama dalam air cond. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ResnoSkin ini jugak kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi yang membantu untuk melindungi kelembapan kulit serta memperbaiki sel-sel kulit.  

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam RenoSkin adalah:

  • Ekstrak Buah Zaitun 
  • Herba Rosemary 
  • Ekstrak Kelapa Asli  
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin K


Bahan-bahan dekat atas ni mampu untuk menjadi agen pelembap semula jadi, anti radang dan juga sebagai anti-bakteria serta anti-kulit.
Agen Pelembap Semulajadi - mampu memberi kelembapan hingga 6 jam untuk satu sapuan serta mengelakkan kulit gatal-gatal serta kering menggelupas
Anti-Radang - mampu membantu mengurangkan gejala kulit kemerahan dan bengkak
Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat - mampu membantu meyekat pertumbuhan aktiviti bakteria dan kulat serta kulit bebas daripada kuman

Packaging, Tekstur Dan Harga RenoSkin Medic Serum

RenoSkin ini datang dalam bentuk botol pam 80ml. Harga untuk satu botol cuma RM65 (Semenanjung) dan RM69 (Sabah & Sarawak). Bagi Fadzi harga dia agak berbaloi dengan isi kandungan dia. Lagipun, RenoSkin ni banyak kegunaan dia selain untuk eczema dan kulit sensitif.


RenoSkin Medic Serum


Tekstur dia pula antara likat dan cair. Tak terlalu cair macam air dan tak terlalu likat macam krim. Lebih kurang macam minyak. Cecair dia berwarna putih/kuning cair yang jernih. Bau dia tersangat mild tapi sedap je. 

Dengan sekali pam je, korang boleh sapu keseluruhan satu anggota badan korang. Contohlah kan, Fadzi nak sapu dengan lengan. Fadzi pam sekali, cecair RenoSkin yang keluar tu boleh cover keseluruhan dari bahagian siku hingga ke bahagian pergelangan tangan Fadzi. Jangan pam banyak banyak kali, membazir je nanti.

Pada Fadzi, serum ni agak ambil masa untuk meresap ke kulit. Tapi bila dah meresap, Fadzi rasa kulit Fadzi lembut  dan lembap. Bau pun wangi juga. So far, Fadzi puas hati dengan RenoSkin sebab boleh elakkan kulit Fadzi dari kering di bawah penghawa dingin.  

Bagi yang ada masalah kulit seperti eczema atau proriasis atau masalah-masalah kulit lain, korang bolehlah cuba RenoSkin sebagai rawatan alternatif kulit. Tak salah kita mencuba, mana tahu berkesan untuk korang jugak kan?

Untuk maklumat lanjut atau nak dapatkan produk RenoSkin ni, korang boleh tengok website, Facebook atau Instagram RenoSkin. Link Fadzi kongsikan dekat bawah.


Question of the Day

Korang ada masalah kulit tak? Apa petua orang tua yang korang pernah pakai untuk merawat masalah kulit korang? Kongsi sikit.


Post a Comment

34 Comments

  1. Sally pun guna masa kena percikkan minyak kat perut masa goreng tofu..hahaha...habis melecur kulit perut..serum ni buat Sally rasa selesa..tak rasa pedih masa kena air, tak rasa gatal bila parut tu mengering dan terkopek sikit. Sally masih sambung pakai walaupun tinggal parut hitam je..mana tau kot boleh hilang parut tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit tu kena minyak. Kita cuba ni boleh hilang parut tu

      Delete
  2. Minyak kelapa dara dalam produk ni memang bagus. Terbukti dah banyak perawatan yang libatkan masalah kulit, guna produk yang ada bahan ni in Sha Allah beri kesan positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Minyak kelapa dara banyak khasiatnya

      Delete
  3. Banyak jugak ye kegunaan renoskin ni. Wajib simpan satu dekat rumah. Mana tau melecur ke apa. So far syira pun tak dak masalah ekzema. Bahan yg digunakan pun terjamin selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renoskin untuk masalah kulit lain jugak boleh guna

      Delete
  4. tQ SHARING! Rasanya perlu dapatkan renoskin tu utk my 2nd son..kulit dia terlalu sensitif..nak nak lepas dia menggaru.

    ReplyDelete
  5. ada jugak baca pasal ni.
    time google ekzema Ijat.
    yes. kita ni mak-mak kena la ada satu back up gini ekk.
    bak kata sally tu, kena percikan minyak.
    aida biasa kena. hadoi lah...
    bahan2 renoskin ni pun bagus aida baca tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan yang rajin memasak mesti selalu je kena minyak panas. Hahahah better bekap satu

      Delete
  6. Macam best je product ni. Sebab i kadang kadang pun ada masalah kulit. Haha. Boleh jugak kalau nk try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba tau. Masalah kulit ni payah betul kalau kena

      Delete
  7. Tak pernah lagi dengar pasal produk ni. Anak pun ada masalah eczema, selalunya kalau kena akan bawa dia jumpa doktorlah. Kalau dah ada produk ni, senanglah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni sebagai alternative saja. Kalau eczema teruk masih kena jumpe dengan doktor lagi

      Delete
  8. Banyak jugak ya kebaikkan Renoskin ni, nampak gaya kena simpan jugak satu kat rumah ni. Incase ada emergency cam terpercik minyak boleh le pakai..kalau tak, boleh suh Aeysha pakai, kulit dia memang sensitif...cepat kering n naik gatal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan budak budak remaja senang kena kulit sensitif ni

      Delete
  9. Bagus yea...RenoSkin ni untuk mereka yang mengalami kulit sensitif! Boleh suggest dekat kawan yang mengalami kulit sensitif mana tahu guna ni boleh baik, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Harap harap dapat membantu sedikit sebanyak

      Delete
  10. Kalau anak anak ada ekzema memang bagus sangat cuba dan amalkan produk renoskin sebab selamat untuk digunakan.boleh share dengan kawan pasal produk ni nanti

    ReplyDelete
  11. Kulit sensitif tak boleh pakai sembarang produknya. Untuk ada produk macam ini yang sangat membantu menjaga kulit yang sensitif. Best ya lengkap dan resmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ni. Renoskin ni sedikit sebanyak insyaAllah dapat membantu.

      Delete
  12. Serum medik untuk kulit sensitif ya sis,berita baik tu. Senang lah nak jaga kecantikan walaupun kulit mudah merengsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai rawatan alternative saja. Kalau masalah berlanjutan kena jumpa doktor juga

      Delete
  13. Kulit sensitif dan ekzema memang sangat rumit untuk di jaga, semoga produk ini dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Lega kalau sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat keluarga saya tak ada masalah kulit yang teruk. Paling paling pun kulit kering je.

      Delete
  14. pernah jumpa keluarga di pusat membeli belah yang banyak anak anaknya mempunyai masalah kulit sensitif. Memang susah nak jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kesiannya. Saya tak boleh tengok. Nanti menangis

      Delete
  15. Jujur, saya belum pernah guna produk ni dan tak tahu nak komen apa. Tapi tengok review orang ramai, produk ni berkesan dan baik. Thanks untuk info ni.

    ReplyDelete
  16. Bagusnya produk ada satu jenis yang boleh kita pakai untuk Serum. Selebihnya guna la produk yang lain. Macam Cleanser dari jenama lain. So kita tak membazir dengan produk yang sedia ada. Serum memang penting. Jika dulu kita fokus mencari toner yang serasi. Sekarang ni Serum lg penting sebab ia lebih mudah meresap. Kemudian essence juga penting. Pakai mana yang serasi dan kesan sampingan dia adalah Fadzi jadi cantik. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah amboi. Kesan sampingan dia tu yang harap sangat jadi hahaaa

      Delete
  17. Nampaknya berita baik untuk mereka yang ada kulit sensisitf dan masalah kulit ekzema. Memang baguslah lepas ni boleh kurangkan kulit gatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harapnya renoskin ni menjadi pada semua orang lah

      Delete