Carrie Junior Bubbly Bar - Carrie Junior Ada Sabun Mandi Pulak! | Fadzi memang selalu jugak pakai shampoo dan shower foam jenama Carrie Junior. Tapi baru-baru ni Fadzi ada perasan yang Carrie Junior keluarkan sabun mandi jenis sabun buku pulak.
Tu yang macam, woah dah kenapa tiba-tiba kan? Jadi Fadzi pun cuba lah sendiri nak mandikan Aneeq guna sabun buku mandi Carrie Junior ni. Nama sabunnya Carrie Junior Bubbly Bar.
Carrie Junior Bubbly Bar - Carrie Junior Ada Sabun Mandi Pulak!
Sabun buku mandi Carrie Junior Bubbly Bar ni warna dia biru transparent. Tebal pun tebal jugak saiz dia. Dan paling menarik ada hiasan 3D Carrie jenis timbul dekat permukaan sabun.
Carrie Junior Bubbly Bar datang dalam 3 warna iaitu merah jambu, hijau dan biru. Yang Fadzi guna sekarang ni warna biru. Tapi warna dia bukan jenis legap tau. Dia jenis transparent.
Variasi Carrie Junior Bubbly Bar
Warna-warna sabun buku mandi ni mempunyai varian yang berbeza:
- Merah jambu - cheeky cherry
- Hijau - groovy grapeberry
- Biru - double milk
Kalau ikutkan pada kotak Carrie Junior Bubbly Bar ni, dieorang kata sabun buku mandi ni boleh melembutkan kulit berbanding dengan sabun buku biasa. Sebabnya sabun ni sabun gliserin.
Gliserin ni berasal daripada minyak tumbuhan semulajadi. Sebab tu sabun buku mandi Carrie Junior Bubbly Bar ni mempunyai pH yenag rendah berbanding sabun buku lain.
Antara bahan lain yang ada dalam sabun mandi terbaru Carrie Junior ini adalah:
Fruito-E - gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.
Carrie Junior Bubbly Bar Double Milk
Carrie Junior Bubbly Bar ni yang warna biru. Double Milk dekat sini maksudnya gabungan antara susu soya dan susu lembu. Eh macam makanan pulak kan. Hehehe.
Dan yang seronoknya, setiap kotak sabun buku mandi Carrie Junior Bubbly Bar ini, korang akan dapat satu mainan rahsia. Kali ini Fadzi dapat puzzle. Aneeq suka sangat main puzzle ni.
Harga Carrie Junior Bubbly Bar
Untuk harga pulak, sekotak sabun buku mandi Carrie Junior ni berharga RM4.00 di Semenanjung dan RM4.20 untuk Sabah dan Sarawak. Sekotak sabun berat dia 100g. Korang boleh dapatkan sabun mandi ni dekat mana-mana kedai runcit utama, pasar raya dan pasar besar.
16 Comments
Sabun buku ni tak dapatlah depa nak main buih sangat kot.
ReplyDeleteMacam niece Mrs. A kalau tak control masa dia mandi bilik air boleh penuh dengan bubble.
Comelnya sabun ni. Kalau gini akak pakai pun best sebab boleh melembutkan kulit. Hehe...Maybe sebab kulit anak2 kecik ni sensitif. Sesuai la kot dengan formulasi Carrie Junior ni.
ReplyDeleteAkak pun dah dapat parcel akak cuma ianya sampai akak dh balik KL..kena tunggu weekend la baru bleh buat photoshoot si Opick....
ReplyDeleteMurni pon ada beli baruni tapi belom cuba lagi..terpengaruh dengan iklan dekat tv..dan anak2 pon duk minta sebab nak mainan.
ReplyDeleteLooks nice. Carrie junior is a good product for kids.
ReplyDeletealololo comel nyer sabun :)
ReplyDeletesemakin maju gini. memikat anak-anak kan.
Izzat dan carrie junior masih lom berpisah, fadzi.
wangi naw naw naw...
Comelnya ada sabun mandi buku macam ni hehehehe ingat zaman sekolah dulu sabun selalu habis kena curi wakakakka... Mesti wangi dan banyak buih sabun ni kita suka wakakakakaka...
ReplyDeleteSuka dengan bauan sabun ni. Wangi sungguh. Bukan anak jer teruja bila mandi mak pun.. dengan harganya macam tu mmg berbaloi
ReplyDeleteYa~tidak tahu pulak da sabun Carrie Junior kan. Tetapi harganya boleh dikira mahal jika dibandingkan dengan sabun-sabun yang lain.
ReplyDeleteEh emi baru tahu rupanya carrie junior pun ada sabun buku mcm ni. Selama ni tahu yg mandian & shampoo je. Bagusla, ada lebih banyak option utk ibubapa pilih.
ReplyDeleteFirst time tgk saun baby dalam bentuk soap bar. Selalu mesti shower gel. Ni kalau dapat at Kakak ni mmg syok la dia main. Kalau kita mst suka Double Milk tu sbb mmg suka mandian bersusu hehe
ReplyDeleteWah!! AM baru tahu yg carrie junior nie ada sabun buku rupanya.. Leh la AM gi cari.. Beli sorg satu utk anak2 AM.. Mesti diaorg suka..
ReplyDeletekita pun dah pakai sabun ni..comel je..dapat arna biru juga..wangi pulak tu..pakai dengan span untuk anak-anak..seronok diaorang namapk gajah..ehhee
ReplyDeleteNampak comel je sabun untuk anak-anak ni. Sis tengok pun berkenan, rasa macam kita nak guna je sabun ni..hehehe Nanti boleh le suh anak2 buah yg kecik2 guna sabun ni, boleh makcik dia tumpang sekaki
ReplyDeletecomel je Nampak gajah tu.. sabun ni sgt Wangi kan... saya yang suka..
ReplyDeletewah.. ada dlm bentuk sabun pulak... bestnya
ReplyDelete