Jalan Jalan Makan Hujung Minggu Di Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

March 04, 2019


Jalan Jalan Makan Hujung Minggu Di Mohd Chan Dim Sum Subang Parade | Sabtu lepas Fadzi dan family planning nak jalan jalan sambil shopping dekat Parkson Subang Parade. Alang-alang ada voucher Parkson.

Dalam kereta on the way ke Subang Parade, perut dah lapar sebab dah masuk waktu tengah hari. Agak lewat kiteorang keluar sebab belah pagi tu Zul uruskan road tax dan insurans motor. 

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Zul pun suruh google nak makan ape dekat Subang Parade nanti. Jimat masa nak jalan jalan pilih tempat kan. Cari dekat website Subang Parade. Last last sekali Fadzi pilih nak makan dekat Mohd Chan Dim Sum.

Jalan Jalan Makan Hujung Minggu Di Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Masa Fadzi kata nak makan dekat Mohd Chan tu, Zul tanya "eh, nak mengimbau kenangan ke?" Hahahha. Sebabnya, permulaan kiteorang boleh bercinta dan tetiba kahwin bermula dekat Mohd Chan cawangan Shah Alam lah.

Saja nak cerita sikit. Dulu masa degree dekat UiTM Shah Alam, Fadzi dan Zul batch yang sama tapi kelas lain lain. Jadi ada satu hari tu, Fadzi nak pergi keluar makan dengan kawan kelas Zul.

Kiteorang plannya ada 4 orang. Tiba sorang tak jadi nak pergi. Kiteorang pun pergi lah bertiga. Masa tengah tunggu makanan datang, kawan kiteorang sorang lagi pergi toilet. Tinggallah Fadzi dengan Zul.

Waktu tu awkward jugak rasanya sebab Fadzi tak biasa keluar dengan Zul lagi kan. Tiba-tiba kena tinggal berdua macam tu. Tapi Fadzi buat buat cool gitu. Entah macam mana start dari hari tu, ter rapat pulak. Dan ending nya berkahwin sampai sekarang.

Okay, berbalik pada cerita kiteorang makan dekat Mohd Chan Dim Sum dekat Subang Parade ni. Oh, by the way, Subang Parade ni tempat first Fadzi dan Zul dating kahkahkah.

Mula-mula Fadzi ingatkan Mohd Chan dekat Subang Parade ni macam kedai makan die dekat Shah Alam tu. Rupanya tak. Dieorang jenis kiosk tapi kiosk yang agak besar. Dan mostly jual dim sum. Ada menu berat lain tapi banyak ke dim sum lah.

Dekat bawah ni menu yang kiteorang order masa makan hari tu.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade
Dry Noodle with BBQ Chicken (RM12.20)
Yang ini menu yang Zul order. Fadzi tak rasa pun mee ni. Tapi bila Fadzi tanya Zul okay ke tidak mee dia, jawapan dia macam okay je lah.

Zul siap kata mee ni rasa dia lebih kurang macam mee mee yang ada dekat kopitiam kopitiam yang kiteorang pernah pergi. Korang boleh bayangkan tak rasa dia macam mana tu? 

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade
Steamed Chili Chili Chicken Rice (RM12.50)
Fadzi pulak makan Steamed Chili Chili Chicken Rice ni. Dia nasi ayam biasa. Ada sekali sambal dan ayam steamed potong dadu. Sambal tu rasa macam sambal ayam penyet.

Dari awal Fadzi makan nasi ni sampai habis, memang panas je. Awal awal makan lagi dasyat panas dia. Sampai Fadzi kena kipas kipas mulut hahaha. Maybe sebab bekas dia macam tu jadi dia tahan panas lama.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade
Golden Salted Egg Bao (RM8.40)
Dalam satu set Golden Salted Egg Bao ni korang akan dapat 3 ketul pau. Pau ni roti (?) dia warna oren. Bila korang koyakkan pau ni, akan nampak isi salted egg dia yang cair.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Sebenarnya, susah sikit nak makan bila isi dalam dia tu cair sangat. Fadzi makan pun sampai meleleh leleh kot isi salted egg dia tumpah atas meja. Wuuu. Sedih.

Rasa dia tak lah macam korang makan telur masin tu kan. Fadzi rasa ada manis manis sikit. Tapi Zul punya tekak rasa lain. Dia kata ada lah rasa salted egg tu. Bagi Fadzi lain pulak. Entah lah.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade
Milo Ais Dan Teh O Limau Ais (RM4.00 & RM3.50)
Well, air milo dan air teh o limau kot. Rasa dia macam biasa je lah. Cuma tak berkenan dengan penggunaan cawan plastik lembik macam ni.

Cara nak makan dekat Mohd Chan Dim Sum Subang Parade ni macam ni. Eceyh, tutorial pulak. Hahah. Mula korang kena order dekat kaunter dan bayar terus. 

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Dekat situ korang akan diberi resit dengan nombor order. Lepas tu korang pergi lah duduk dekat mana-mana meja yang disediakan. Walaupun ini kiosk je tapi kawasan meja makan dia luas. Banyak pulak tu.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Bila makanan korang dah siap dimasak, akan ada nombor dipanggil. Bila nombor korang dah dipanggil, korang boleh lah pergi ke kaunter ambil makanan untuk ambil makanan korang.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Untuk pengetahuan korang, diaorang tak sediakan straw tau. Jadi korang kena minum direct pada cawan je. Tapi satu benda yang Fadzi tak berkenan adalah dieorang guna cawan plastik.

Tak guna straw plastik dah bagus dah. Sahut seruan kerajaan kan. Tapi masalahnya diaorang guna cawan plastik pulak. Adoi. Lagipun, cawan plastik kan lembik. 

Aneeq pulak sekarang minum sendiri. Pegang cawan tu pun kiteorang risau sebab cawan tu lembik sangat. Takut lah tumpah. Kotor meja satu. Kotor lantai satu. Kotor baju pun dah satu hal.

Overall, makanan dia okay lah. Boleh makan. Tapi Fadzi suka sangat kedai dia bersih. Lantai bersih, meja tak melekit, ruang makan luas. Sebab baru kot? 

Harga makan pun okay je. Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Total harga kiteorang makan hari tu RM43.05 untuk 3 jenis makanan dan 2 jenis air.

Mohd Chan Dim Sum Subang Parade

Kalau korang jenis suka makan dim sum, boleh lah cuba dekat sini. Dim sum memang sedap. Fadzi suka makan dim sum. Cuma hari tu lapar sangat, rasa kalau makan dim dum jadi tak kenyang. 

Mungkin next time boleh datang lagi untuk try makan dim sum semata mata pulak. :D 








Baca ini juga ..

19 comments

  1. wah.. makanan dalam gambar tu nampak menyelerakan.. terliur TB tengok tau.. Mohd Chan Dim Sum Subang Parade ni TB lum lagi pernah sampai.. haha.. asik memerap di rumah je.. tak tau la bila dapat jalan-jalan makan-makan jauh-jauh ni.. Nanti rezeki boleh la singgah makan situ.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Menarik, nanti nak cuma pergi sini la.

    ReplyDelete
  3. nnt boleh suggest kat kawan-kawan ai yg suka dim sum. Trimas sbb share the review! Tapi ai rasa nnt nak cuba jugak tapi makan dry mee dia je la....

    ReplyDelete
  4. OMG salted egg yolk bun 3 ketui RM 8.40 jeeee. Baru tau lahhhh. Selalu tak pernah nak singgah dim sum ni. Dia macam eh tak best nya. Tgok makanan ni, kempunan lahhhh especially bun tuuu

    ReplyDelete
  5. Dim Sum Mohd Chan ni tak pernah la sampai tapi selalu kalau makan Dim Sum kat Restaurant Mohd Chan tu. Sedap Dim Sum dia. Subang Parade pun dah lama tak pergi.

    ReplyDelete
  6. Betul-betul mengimbau kenangan tu Fadzi. Nie mau nanti buat anniversary celebration kat situ gak - minta Dim Sum MOhd Chan sponsor sebab berjaya menyatukan dua jiwa. Gitew.

    ReplyDelete
  7. Hei nasib baik lah Dim Sum Mohd Chan ni ada kat Subang Parade jauh daripada dak Mimi kalau dekat mahu terjah dah .Favourite dak Mimi tau dim sum ni. Tengok awak makan terliur dibuatnya. Salted egg yolk bun tu menggugat jiwa ku .

    ReplyDelete
  8. Alor baru nak tgk dimsum ape sedap. .Hahaha.. Sebab nak rasa dimsum tapi tak tau mana yang sedp.. Tak pernh makan dimsum lagi.. Ehhehe.. Mohd chan ni pernah mana.. Maknan dia. Memg not badla

    ReplyDelete
  9. Golden Salted Egg Bao tu memang sangat kegemaran dan kegilaan kita bila dapat rasa hari tu hehehe rasa macam nak datang lagi makan kat sini semua sedap dan menarik lah bestnya....

    ReplyDelete
  10. tak tahu pun mohd chan ada dimsum.. kena cuba ni..akak suka makanan mohd chan sebab makanan dia sedap.. kena dengan selera..tambahan pulak klau duck.. perghhh mmg mengundang je..leh la cuba mohd chan dim sum pulak nnt.

    ReplyDelete
  11. Nak juga tengok rupa dimsum kt sini... Tp xde . Huhu.. Tp okla sbb ada menu lain juga kan... Wawa pon dimsum... Kalau ke sana boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak salted egg pau tuuuu. terliur betul. Dim sum place mmg one of fave place for meal. Sbb anak suka makan benda cecomel. Haha

    ReplyDelete
  13. haritu masa jalan2 kat subang parade lepas makan baru nampak kedai nih... kalau tau.. mmg terjah awal dah. so next time mmg nak pi sebab tgk gambar you tunjuk Steamed Chili Chili Chicken Rice tu mcm menarik sangat aih .. hahah.... tq for sharing and membuka selera ....

    ReplyDelete
  14. love dim sum! nowadays dah mula kan kempen tanpa straw tu. meriah area selangor ada pelbagai tempat menarik tuk jalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete
  15. nampa sedap la pulak golden salted egg bao tu...tak pernah lagi cuba...duu pernah makan mohd chan kat kj mmg puas hati..tapi ada one ime makan kat usj taipan cam kureng..dan sejak tu x makan lagi hehe

    ReplyDelete
  16. Rasanya dah banyak baca blog kengkawan dok cerita makan dim sum.
    Aduhai.. Naik terliur dibuatnya. Hehe
    Sebab nampak menyelerakan..
    Harga pun okay2 la gitu..

    ReplyDelete
  17. Sedap yer semua menu kat sini. Thanks sharing tempat makan best ni. next time ke subang nak singgah makan sini dengan famili

    ReplyDelete
  18. Golden salted egg pau tu nampak sedaaaappppp sangat! Nak bawa famili pergi makan jugak!

    ReplyDelete
  19. Macam sedap je pau salted egg tu . Waran tu ceria nampak menarik. Makanan lain pun nampak sedap je kan. Pergi makan terus mengimbau kenangan dating ye.

    ReplyDelete

Followers