JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

Fadzi memang suka makan kek. Aneeq pun suka. Nak nak lagi kalau kek tu cantik dan sedap. Memang sanggup habis duit beli mahal-mahal tapi yang penting kena sedap dimakan.

Sekarang ni, kek bukan saja kena sedap. Tapi kena cantik jugak. Barulah orang tertarik nak beli. Yang boleh customade lagi seronok orang nak beli. Biasanya yang customade ni home baker selalu buat kan.

JUNANDUS

JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah 

Biasanya kalau homebaker, dieorang akan promote kek kek jualan mereka secara online dekat Facebook atau Instagram. Lepas tu kalau nak order, orang kena Whatsapp atau PM/Dm dekat page bakers tu.

Benda benda remeh ni menyebabkan ramai bakers rasa benda ni agak menyusahkan. Ye la kan, kalau boleh dieorang nak fokus buat kek yang sedap dan cantik je. Bab marketing dan ambil order semua tak nak buat.


JUNANDUS


Inspirasi Jun Chong - Pembuat Kek Dari Rumah

Ini menyebabkan Jun Chong, seorang pembuat kek dari rumah datang dengan satu idea dan inspirasi. Idea tersebut adalah untuk merealisasikan potensi perniagaan penghantaran kek online. 

Konsep ideanya melibatkan e-dagang, di mana kek-kek akan dipesan melalui online. Kemudian kek-kek ini akan dihantar terus dari rumah ke rumah. Sama macam penghantaran makanan segera.


JUNANDUS

Sebenarnya Jun tak ada pengetahuan langsung dalam bidang membuat kek. Dia pun tak tahu macam mana nak buat website. Tapi Jun sanggup tinggal kerja hakikinya untuk teruskan cita-cita dalam bidang buat kek.

Jun pergi kursus dan belajar cara menghasilkan laman web online selama 10 jam sehari. Dalam waktu yang sama, Jun berlatih untuk membuat 2 hingga 4 biji kek sehari untuk menghasilkan resipi terbaik untuk jenamanya.


Selepas 8 bulan akhirnya Jun dapat menghasilkan laman web e-dagang dan sekaligus melancarkan jenamanya sendiri iaitu JUNANDUS pada tahun 2014.

JUNANDUS - Chocolate Cake Cookies

JUNANDUS ini adalah perkataan yang disambung daripada Jun And Us. Us tu pulak merujuk kepada pelanggan. JUNANDUS memulakan perniagaan penghantaran kek.
JUNANDUS

Mulanya Jun menghadapi pelbagai isu seperti kekurangan bajet dan pemasaran yang disebakan oleh stigma kerana beroperasi daripada rumah. Memang susah kalau benda yang kita nak mula dari rumah ni kan.

Dalam pada masa yang sama, hasil jualan pun kurang memberangsangkan sebab waktu tu orang masih belum selesa dengan cara membeli melalui online.

Tapi Jun tak pernah putus asa dan terus usaha. Hasilnya, dari dapat jual 2 hingga 4 biji kek sehari, sekarang boleh dapat 10 hingga 20 kek. 
JUNANDUS

Semakin lama bisnes Jun semakin berkembang dan terus memindahkan operasi ke sebuah rumah teres 2 tingkat serta menambah bilangan kaki tangan supaya dapat memenuhi permintaan ramai.

Sekarang JUNANDUS beroperasi di dua unit rumah kedai yang terletak di Kuchai Lama dengan seramai 22 orang pekerja. Sehari diaorang mampu untuk jual hampir 100 kek. Jenama JUNANDUS ni pun dah masuk dalam media seperti The Star dan Tallypress.com.


Perkhidmatan JUNANDUS - Rekabentuk Kek Dan Penghantaran Terus Ke Rumah

Kek kek dekat JUNANDUS ni memang menarik sangat kalau korang tengok. Bermacam-macam jenis design. 

Tapi kek yang paling laris dekat JUNANDUS adalah Mille Crepe dengan Salted Caramel Almond dan Triple Chocolate. Ada juga kek lain yang popular iaitu kek reka bentuk 3D buttercream dan New York Cheese Cake serta Sponge Cake. 

JUNANDUS

Selain daripada kek, JUNANDUS pun ada jual Chocolate Truffles, Cookies, Macaroon, Flower Bouquet dan Balloon Bunch. Sesuai sangat untuk meraikan hari lahir, anniversary atau convocation.

Harga kek berbeza setiap satu mengikut tempahan korang. Kalau kek biasa harga bermula RM69. Kek mille crepe pulak berharga RM99. Kek customized bermula dari RM199 dan ke atas.

Untuk penghantaran di Kuala Lumpur dan Selangor, korang order dan penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama kalau korang order dan buat pembayaran sebelum pukul 1.00 tengah hari. Bagi Johor Bahru dan Pulau Pinang pulak, penghantaran akan dilakukan keesokan harinya.


JUNANDUS


JUNANDUS - Baking Dream To Reality

Jun mula mengasaskan satu komuniti untuk pembuat kek dari rumah selepas dia melalui dah tempuh banyak dugaan dalam bisnes kek dari rumah ini. Objektifnya adalah untuk membantu komuniti pembuat kek supaya mereka dapat mencapai kejyaan mereka sendiri.

Pada tahun 2019, JUNANDUS memulakan inisiatif yang dipanggil Baking Dream To Reality untuk membantu mereka mereliasasikan impian sebagai pembuat kek.


JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

Sesiapa yang menyertai inisiatif ini akan mendapat pengetahuan tentang cara pembuatan kek yang resipinay dicipta oleh Jun sendiri dan juga sumber –sumber yang lain seperti pengajaran perniagan, sokongan pemasaran, operasi dan automasi teknologi.

Inisiatif ini terbuka kepada pembuat kek dari rumah dan juga pemilik kedai kek. Korang boleh akses inisiatif tersebut di laman web - www.junandus.com.my/baking-dream-to-reality.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

J U N A N D U S
EatnovationSdnBhd
J-0-6 & J-0-7, Kuchai Business Park, No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama,
58200, Kuala Lumpur.
Facebook/Instagram/Twitter: JunandusMY
Tel: 03-27803866


Post a Comment

19 Comments

  1. powernya orang laki boleh baking sampai cmtu skali. hebat betul

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dari minat jadi kerjaya! Truffled Chocolate tu nampak sedap sangat. Design kek lain pun comel je hasil gubahan tangan Junandus ni.

    ReplyDelete
  3. adoii tengok kek2 dia ni cantik2lah..deko2 dia superbb..sanggup dia eh pergi belajar edagang dengan buat kek sekali..tp berbaloi la skrg tengok bisnes dia makin maju

    ReplyDelete
  4. eh sayang pulak nak potong kek tu. comel-comelnye. mesti sedap rasa kek tu. sesuai betul tuk kek hari lahir, kahwin atau anniversary. pandai chef design kek macam-macam bentuk & design

    ReplyDelete
  5. bagusnya junandus ni,harga pun berpatutan kan..hasil kerja nampak kemas dan mewah...kalau dekat nak juga order kat situ

    ReplyDelete
  6. serius...cantiknye dan comelnye cake junandus ni.. mudahlah yang tinggal kawasan sekitar untuk beli.. mcam bonde agak jauh juga!

    ReplyDelete
  7. Woww sgt tgok design kek dia. Memang kreatif. Sis ni minat makan je..hehehe. Actually twringin gak nak belajar buat kek dgn cara yg betul tapi tu lah masa sangat mencemburui ku..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Boleh la akak cuba ni.. memang duk biat bakery from home tapi secara senyap2.. kawan2, adik beradik dh jiran2 je yang tahu. Sbb tak berani nak expose lg..

    ReplyDelete
  9. Wow seronokny dapat buat kek yang cantik dan menarik ni hehehe tengok rupa kek tu pun lawa dah sungguh kagum yer memang terbaik kalau dapat buat kek macam tu hehehe boleh buat business untuk kenduri kahwin atau harijadi ramai orang nak tempah ni...

    ReplyDelete
  10. Wow.
    Kek memang kegemaran Rawlins.
    Especially yang banyak cream and fondant!
    Gimme one please and let me eat it whole.
    Haha.
    Tahniah pada Jun atas merealisasi impian.

    ReplyDelete
  11. comel comel kek yang dihasilkan.. best jugak dapat tahu boleh order kek secara online dan boleh dihantar terus dari rumah ke rumah.. kadang TB pun ank buat surprise susah nak pi kedia cari kek.. ada Junandus ni satu option la untuk TB nanti.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Hebatnya mereka yang boleh buat kek dengan pelbagai bentuk ni. Rasa macam kagum sangat. Sebab buat kek ni kan rumit.
    Kek yang junandus hasilkan ni pun nampak menarik la. Ni kalau beli rasa sayang pulak nak makan. Haha

    ReplyDelete
  13. Yess! now those yang bercita-cita nak startup as home baker boleh ikuti kursus mereka. This is another inspiring success story.

    ReplyDelete
  14. wahhhhh ! bagusnya nait mruni Junandus nie. teringinnya nak makan chcocolate crepe cake tu. mestis edap. dulu pernah beli sekali jenis kek crepe nie, sedap gila ! nanti nak singgahlah tmpt mereka utk dapatkan kek comel2 nie

    ReplyDelete
  15. Nak buat kek bukannya senang. Tapi bangga jun orang yang tabah tak mudah putus asa. Hebat sangat. Sgt memberi inspirasi. Johor pon ada delivery ye. Wahhh baguslah marketing. Tahniah Junandus.

    ReplyDelete
  16. Kek dia semua menarik dan cantik. Tangan seni betul. Kalau birthday anak mmg mencari kek macam ni. Sebab nampk special sikit hehe

    ReplyDelete
  17. Ya Ampun! Kek dia memang lelawa fadzi ! Sangat suka onie bila tengok kek yang seindah itu. Berseni betul tangan Jun ni! Anyway, nama Junandus ni cantik gabungan dia. Nampak sangat Jun ni mementingkan pelanggannya. Lawa kek tu, geram kita tengok.

    ReplyDelete
  18. Comelnya semua kek dia Fadzi, hehehe. kek bertema ni penting untuk ibu-ibu macam kita ni. Barulah kenangan birthday anak-anak menjadi memori indah semasa mereka membesar.

    ReplyDelete
  19. Eeeeee so cuteeeeeeee! Tapi kannnnnnnn, i tak suka kek lawa2 ni. Tak sampai hati nak makan!

    Kalau mak ada kat sini mmg dia minat nak buat kek jual2 ni. Tu lah tapi kat Sarawak pulak mak kan. Hehe. Tapi tak boleh buat jugak ni kat rumah sbb ada kucing! Bulu2 tu ya Allah terbang.

    ReplyDelete