Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue | Birthday kakak Fadzi yang sulung hujung bulan Disember tahun lepas. Jadi sebagai seorang adik yang baik hati dan comel (kehkeh), Fadzi baru ada kesempatan untuk ajak dia keluar belanja makan. 

Since it's her birthday, jadi Fadzi bagi lah dia pilih nak makan dekat mana. Antara yang jadi pilihan dia adalah Hotel Majestic afternoon tea at the Orchid Room dengan Beard Brothers. Bukan main high maintenance jugak kakakku ni. Hahahha.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Nasib baik kakak Fadzi bergurau pasal high tea dekat Hotel Majestic tu kalau tak matilanak Fadzi nak mambayonya. Jadi kiteorang decide untuk pergi ke Beard Brothers BBQ yang terletak di Tropicana Avenue. 

To be honest, Fadzi bab bab order makanan ni memang fail. Even nak order KFC or McDonalds pun, Zul yang kena order kan. Jadi sempena birthday kakak Fadzi ni, Fadzi suruh dia je yang order mana dia nak.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Korang boleh tengok menu ni dengan harga. Ada set untuk seorang, ada set untuk big plater (share ramai-ramai) dan ada set yang korang boleh customize sendiri. 

Asalnya kitaorang nak ambil set platter Fourplay tapi staff tu pandai suruh kitaorang ambil set mahal sikit. Reason, kitaorang ramai. Huhuhu. Okay lah boleh lah ambil set Behemoth 4.0.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Dalam Set Behemoth 4.0 ini ada:
200g Beef Brisket
200g Pulled Lamb
200g Burnt Ends
1 Beef Ribs
1/4 Chicken
Mashed Brotatoes
Coleslaw
Woody Chippy
4 Brotatoes Buns
2 Cornbread
3 Banana Pudding
4 Sparkling Lemonade

Beef Brisket dia, hmm. A bit out kot. Bukan Fadzi sorang je yang cakap macam tu tau. Kakak Fadzi dan Zul pun cakap macam tu. Rasa dia terlalu.. Macam mana eh nak cakap? Terlalu beefy? Macam ada something yang tak kena sikit.

Next, Pulled Lamb dia. Lamb dia not bad. Lembut. Since dia dah pulled kan, senang lah sikit nak makan kan. Pada Fadzi perapan dia agak kurang tapi masih boleh dimakan dengan senang hati. Tips dia, maybe korang nak makan Pulled Lamb dia dengan Brotatoes Bun yang disediakan. Mungkin sedap kot.

Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam set ni, Fadzi paling suka Burnt Ends dia. Sedap. Manis. Berlemak. Juicy. Eh sedaplah yang pentingnya. Yang part ni Fadzi makan paling banyak.

Lepas tu, dia punya Beef Ribs. Ya Allah! Lembut gila. Senang je Fadzi nak potong. Dia punya tahap lembut tu, tiap kali Fadzi potong, Fadzi duk sebut "Wow, oh my god, look at that, so nice, so good, so soft". Ha gitu lah jakunnya Fadzi dengan ribs diaorang.

Tapi bila makan, mula mula Fadzi okay. Lama-lama Fadzi rasa macam ada after taste yang terlekat dekat anak tekak. Bila Fadzi tanya orang lain, diaorang kata okay je. Huhuhu, maybe sebab Fadzi tak reti makan ribs tanpa sauce yang manis kot.

Uh, the chicken. Chicken dia kering. Fadzi cuba makan. Satu potong je larat nak masuk mulut. Nak menghabiskan yang satu potong tu pun bercinta tau. Lama jugak. Fadzi jenis suka makan tanpa sos. Jadi bila makan tanpa sos tu, terasa sangat keringnya.

Sudahnya tak ada sesiapa punya nak habiskan ayam tu. Kitaorang just tapau bawak balik rumah. Hari ni masak nasi goreng guna ayam tu lah. Jimat. Kehkehkeh.

Mashed Brotatoes dan Coleslaw. Homemade. Lain daripada yang lain. Coleslaw dia biasa-biasa saja. Mungkin KFC punya lagi sedap kot. Huhu. Tapi Mashed Brotatoes dia sedap. Rasa dia lain daripada mana-mana mashed potato yang ada dekat luar sana. Kuah blackpepper dia sedap. Cukup segala rasa.

Woody Chippy yang diaorang buat rasa dia standard saja. Macam chip dekat mana-mana yang korang boleh beli. Aneeq sedap makan chips ni. Brotatoes Bun pun rasa dia macam potato buns yang korang boleh beli dekat supermarket. Which is not that bad lah kan. Fadzi suka je bun macam tu.

Cornbread. Hmmm. Nak kata bread tak rasa pun macam bread sebenarnya. Rasa dia macam cupcake or cake. Sedap memang sedap. Rasa jagung dia tak kuat sangat. Rasa dia lebih kurang macam kek butter. 

Fadzi suka cornbread dia. Lain daripada yang lain. Tak pernah cuba lagi sebelum ni. Cumanya bila makan banyak, dia ada rasa macam berpasir. Ye lah kan, jagung kan ada dia punya biji kan. Fadzi faham lah kenapa rasa macam berpasir tu.   

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Banana Puding
Review jujur gila dari Fadzi. Rasa dia totally rasa pisang semata-mata. Crumbs tu pulak rasa macam biskut kering Giant. Hohoho. Setakat ni, Fadzi dengan Zul je lah yang boleh telan puding ni. Yang lain tak boleh nak telan.

Kalau ikutkan, rasa dia okay saja. Mungkin sebab rasa pisang dia kuat sangat. Eh, kalau korang makan ni rasa macam korang makan pisang semata-mata lah. Tak ada rasa lain. Kalau tak minat pisang, ermm mungkin korang tak suka lah.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Dekat sini area untuk korang ambil air, ais, garfu, sudu dan cawan serta pinggang pakai buang. Ada sinki sekali dekat sini. Untuk air kalau ambil set, korang akan dapat air Lemonade.

Air lemonade belah kiri sekali tu. Ada 2 tap untuk ambil air lemonade. Yang tap belah kanan tu pulak air sparkling. Tips nak air lemonade tu lagi kick, korang letak air lemonade dalam 3/4 gelas. Lepas tu tambah chilled sparkling water lagi 1/4 gelas. Pergh terbaik! Memang rasa kick sikit.

Selain daripada yang ada dalam set tu, kitaorang add on sikit air oren untuk Aneeq dan sosej. Mana tau tak cukup kan. Total untuk set ini saja RM397. Final harga based on berat semua makanan. 

Kalau korang tengok yang ribs tu tak ada berat kan dalam list menu dekat atas. So nanti dieorang akan timbang untuk tau total harga lah. Macam dalam gambar ni. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Staff diaorang mestilah nak bagi korang ambil lebih banyak makanan. So boleh charge lebih. Macam kitaorang, masa staff tengah potong ribs tu, dia ada tanya nak yang mana satu. Pastu dia kata nak ambil dua dua pun boleh. Huhuu.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Kalau ambil dua-dua, means lagi berat dan lagi mahal lah cam tu. Sebenarnya satu belah yang diaorang potong tu pun dah cukup untuk makan 5 orang dewasa. Sebab kan ade menu lain lagi.

Kitaorang makan pun tak berhabis. Sebab kitaorang ada beli juga sandwiches dari Beard Brothers Deli. Kitaorang beli London Salt Beef dan Bee's Knees Grilled Cheese. Ada juga kitaorang beli Rizalar La Creme.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
 London Salt Beef (RM23)
Walaupun dia kata salt beef tapi Fadzi tak ada lah rasa masin sangat pun. Okay je nak makan. Tapi tak lah wow sangat. Biasa-biasa saja.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Bee's Knees Grilled Cheese (RM18)
Ini gambar portion dah kena rembat sebelah lagi. Sebenarnya dia roti empat segi saiz full. Rasa dia okay lah tapi kena makan masa dia tengah panas-panas lagi. Kalau dah sejuk, tak berapa best sebab cheese dia dah tak cair. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Rizalar La Creme (RM14)
Ini pergh sedap. Tak tahu lah ape ni sebenarnya. Kalau ikut dalam menu dia ni Rizalar Irish Cream. Rasa dia sangat familiar. Sedap, manis, a bit chocolatey. Rasa dia macam minum air caramel macchiato dekat Starbucks.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Beard Brothers BBQ
Kedai open concept gitu. Tak ada air cond. Belah belakang kedai ada mesin (?) grill yang macam selalu nampak orang putih pakai dekat kedai-kedai BBQ macam dalam TV. Kah! Diaorang siap guna kayu tau nak grill.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Beard Brothers Deli
Yang ini ada air cond. Sedap sikit. Tapi makanan dari Beard Brothers BBQ tak boleh bawak masuk dalam Beard Brothers Deli tau. Kalau dari Deli boleh bawak keluar ke BBQ.

Beard Brothers Deli tu kedainya dekat sebelah Beard Brothers BBQ tu. Main semua dekat Beard Brothers Deli adalah sandwiches and coffee. Beard Brothers BBQ belah kiri manakala Beard Brothers Deli belah kanan.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Fadzi dengan family. Yes, adik beradik Fadzi ramai perempuan. 4 orang. Ada abang sorang tapi abang duduk dekat Kuantan. Senang ada orang tolong tengok tengok kan Map dengan Apak dekat kampung. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Overall, pada Fadzi Beard Brothers BBQ is okay saja. Ada menu yang sedap dimakan. Ada yang so so saja. Kalau korang nak cuba, korang boleh order menu individu. Harga tak lah sampai ratus ratus.

Tapi kalau korang nak cuba makan menu meat yang dipanggang style omputih tu, ha mai lah datang sini. Mesti korang teruja tengok mesin mesin grill dieorang yang ada dekat belakang kedai.

Lagi satu Fadzi suka open concept kedai diaorang ni. Kedai diaorang end lot, sebelah tepi tu ada ruang yang berumput serta besar untuk budak-budak main. Biasalah kan budak mana boleh duduk diam lelama.

Kalau boleh, korang cari meja yang belah dalam kedai. Sebab bahagian luar tu macam panas sikit. Kalau ada bebudak, mungkin tak berapa selesa sebab panas. 

Okay, mana nak pergi makan next? 


Post a Comment

36 Comments

  1. Beef ribs ya!!! Woww tq kasi idea fadzi. Anyway happy belated to your sweet sister. Untung dpt adik belanja makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala belanja kakak. Masa kecik kecik dulu, dieorang dah berhabis macam macam untuk saya

      Delete
  2. omg so tempting! nak try !!!!!

    ReplyDelete
  3. Rawlins suka review jujur sebegini. Takle indah khabar dari rupa kan. Teringin pula nak minum air Rizalar La Creme tu (sejenis mudah terpengaruh)

    ReplyDelete
  4. Ohh nampak menarik jugak eaa semua makanan dia kat sana..so far tak pernah try lagi makan kat sana..air Rizalar tu nampak nampak mcm best hehee sbb packaging pon mcm comel jee kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe packaging memang comel. Harga pun 'comel' :D

      Delete
  5. Sis klu bab bab makan ni kurang sikit nak cuba esp restoren macam ni... dah la mahal tak tau lak sedap ke idak dan sesuai ke dgn anak tekak. Klu kat Majestic tu ok lah sebab dah try haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kemain kak fas. Nak majestic tu je :D :D

      Delete
  6. banyak tempat makan best yang Fadzi share. Tak terkejar nak pegi semua. Nice la rezeki dapat rasa makan kat tempat2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekali belanja orang. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain jugak kan

      Delete
  7. Memang best la tempat ni. I suka menu yang they all serve. Menarik and lagi best pegi makan dengan kawan atau keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi makna dengna family or kawan tu yang buat everything nice

      Delete
  8. Gambar food macam menyelerakan tapi.... Rasa so so je ni yang kadang buat kecewa.. Anyway nanti sy try pulak cuba sendiri.. Thanks bagitau naa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, better try sendiri sebab taste lain lain kan. Saya pun tak lah berapa ke arah western food sangat pun

      Delete
  9. Besar jugak portion set Behemoth 4.0 tu. Pulak tu macam-macam ada.. Ni kalau ada yang tak makan kambing leh pilih ayam or daging. Kira berbaloi la share reramai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasa berbaloi jugak lah bila diaorang ada buat set campur campur macam ni

      Delete
  10. Wow...bestnya dapat adik yang comel baik hati macam ni hehehehe..
    Set BBQ dia tu sedapnya oii..puashati makan sebanyak tu..tambah pulak Sis ko memang suka makan daging terutama RIBs tu.alahai bikin mau start enjn aje laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, sekali sekala jadi adik yang comel dan baik hati :D :D

      Delete
  11. memang bestla nampaknya. nantiboleh bawa family sekali mencuba menu2 kat situ.

    ReplyDelete
  12. Harga boleh tahan jugak. Tempat dia nampak bersih dan selesa. Kalau ke sana bolehlah try nanti. Nak merasa sendiri makanan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila. Boleh buat pilihan sendiri dan rasa menu diaorang

      Delete
  13. Ok frist time baca yg jujur ckp biasher2 ja kt beard brothers ni.. Baru ja nak try. Hahahhaha... Tq fadzi for the honest review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha nak cuba boleh je kak alia. Sebab taste lain lain kan. Ada saya cakap tak sedap, tapi orang lain suka

      Delete
  14. Jarang betul saya nak ke tropicana Avenue. tapi kalau ada lokasi n tempat makan best macam Beard Brothers BBQ ni boleh la p bila2 nanti. teringin pulak nak ke sini.

    ReplyDelete
  15. Nak jadi adik fadzi boleh tak? Nanti birthday boleh claim makan sedap2. Hehe gurau je. Tapi best lah tengok menu dia. Bikin terliur gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha jangan gitu. Sekali sekala belanja kakak. Dulu dulu diaorang dah habis berbelanja untuk saya since saya bongsu

      Delete
  16. Tiba2 rasa lapar plak tgk gambar makanan fadzini...mengancam nafsu makan betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe nanti boleh lah singgah sana dan cuba

      Delete
  17. tengok tempat dan menu nampak menarik...bolehlah cuba lepas nie..tq for sharing
    Anyway, k mid dah follow blog u..feel free to follow back ya :))

    ReplyDelete
  18. bila baca artikel ni tengah2 malam, rasa laparnya sangat membuak-buak. terima kasih atas review yang jujur. nanti nak try jugaklah dkt sini : )

    ReplyDelete