Cara Lariskan Jualan Tudung

Dulu saya pernah jadi dropship jual tudung. Tapi setakat buat dropship sajalah. Waktu itu tak nampak lagi kepentingan belajar cara jual tudung online dengan betul.

Ikutkan, setiap hari saya nampak banyak iklan orang jual tudung dekat Instagram dan Facebook. 

Dari brand yang berbeza pula tu. Saya selalu tertanya, berbaloi lagi ke nak jual tudung jenama sendiri ni?

Banyak saingan. Tudung pun macam lebih kurang sama saja design dan jenisnya.

Kalau kita yang baru nak start buat bisnes tudung jenama sendiri, boleh ke nak bersaing dengan jenama yang memang dah lama terkenal?


cara jual tudung online

 

Cara Jual Tudung Online Jenama Sendiri

Bila tertanya-tanya macam tu, saya banyak buat pembacaan. 

Bukan lah sebab saya nak mulakan bisnes tudung online tapi lebih kepada curious. 

Gigih tau Google sana sini sampai saya jumpa jawapan.

Ramai Penjual Tudung, Ramai Jual Pembeli Tudung

Memang ramai yang dah jual tudung dalam Malaysia. 

Tapi dalam masa yang sama, permintaan dan pasaran tudung juga sangat besar. 

Orang yang pakai tudung pada zaman sekarang, sangat ramai.

Majoriti wanita islam di Malaysia hari ini memakai tudung. 

Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee. 

Zaman dulu-dulu memang tak ramai yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari budak-budak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej dan universiti, wanita bekerja dan wanita berumur, semuanya memakai tudung.

Dan yang lagi menariknya, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai tudung.

Macam kita juga lah. Berlambak dah tudung dalam almari tapi masih mencari tudung lagi.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru.

Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar.

Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain.

Nak nak lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, korang yang baru nak bermula jual tudung tidak perlu risau. 

Walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai.

Apa yang penting, kita perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri. 

Salah satu strategi yang boleh di gunakan ialah dengan mempunyai "produk killer".
 

Cara Jual Tudung Online - Keluarkan 'Produk Killer'

Apabila buat bisnes tudung, kita mesti kena ada produk KILLER! 

Produk KILLER inilah yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain.

Dengan produk killer inilah nanti, bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan.

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.

Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat bisnes tudung ni nanti, kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak-banyak jenis tudung yang kita jual.

Bila dah ada produk killer, kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu, mana nak beli tudung yang mereka suka.

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi. 

Dari jual retail, kita juga jadi pembekal untuk stokis yang lain.

Kita cuma perlu tahu cara jual tudung online dengan teknik yang betul saja.

Buat Tudung Jenama Sendiri

Bila pelanggan dah mula ramai dan kita pun sudah ada modal yang banyak. 

Kita dah boleh mula buat tudung jenama sendiri.

Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah.

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. 

Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sale kita selepas tu nanti.

Macam mana nak cari produk killer? Macam mana nak buat tudung jenama sendiri?

Semua tu kita boleh gali ilmunya. Paling mudah, kita baca saja ebook Rahsia Bisnes Tudung ni.
 

Rahsia Bisnes Tudung

Penulis ebook ini adalah Madihah Mustafha. 

Madihah adalah pemilik bisnes Madiha Scarf yang dah lama jual tudung online sejak tahun 2012 lagi.

Banyak pengalaman, jatuh naik Madihah dalam buat bisnes tudung. 

Kali ini, dia kongsikan pengalaman, cara jual tudung online dan tips yang berguna untuk kita yang baru nak mula.

Ebook Rahsia Bisnes Tudung ini ada 2 + 3 (bonus) ebook. 

Dalam kesemua ebook ini kita akan belajar cara jual tudung online langkah demi langkah.
 
cara jual tudung online

Ebook pertama:

Mengandungi ilmu untuk kita bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan, dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, Madihah ceritakan bagaimana dia boleh dapat untung RM15k dalam masa sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja!

Dalam bab ini, dia tunjukkan secara step-by-step, bagaimana untuk buat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu.

Kalau kita baca pengalaman Madihah ini, kita juga boleh buat seperti yang dia buat.

Malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan kita dapat.

Ebook Kedua:

Dalam ebook ini, ada 4 perkara utama yang perlu kita ketahui dan cara jual tudung online dengan jenama sendiri! 

Setiap perkara tersebut dijelaskan secara terperinci, langkah demi langkah.

Malah, Madihah pun turut berikan maklumat supplier yang boleh kita gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. 

Biasanya bab supplier ni susah orang bisnes nak kongsikan.

Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercaya. 

Korang tau tak banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi guna suplier ini.

Ebook Bonus 1

Dalam ebook bonus ini, kita akan belajar dengan lebih mendalam tentang cara nak jual tudung online dengan produk killer waktu musim raya.

Masa nak dekat-dekat raya, orang akan cari tudung baru. 

Jadi, kita kena ada strategi supaya tudung kita tak kehabisan stok atau tak sempat nak disiapkan sebelum raya. 

Ebook Bonus 2

Buat bisnes bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak benda yang kita kena tahu dan kena rasa sendiri.

Tapi sebelum kita ambil keputusan yang terburu-buru atau tersilap langkah, baca dulu ebook bonus yang kedua ini.

Dalam ebook bonus 2 banyak nasihat dan tips bisnes yang kita boleh ambil untuk buat bisnes.

Bila baca pengalaman Madihah buat bisnes tudung, banyak benda yang kita boleh belajar. 

Apa kesilapan yang dia dah buat, kita elakkan. 

Apa benda hebat yang dia dah buat, kita ikut saja.

Ebook Bonus 3

Ebook bonus 3 saya paling suka. Ebook ini pasal buat dropship tudung. 

Kalaulah masa saya buat dropship dulu dah ada ebook ini, mesti sekarang saya dah jadi tokeh tudung. 

Korang tau tak selain daripada buat dropship dengan pemilik jenama tudung, sebenarnya ada 3 platform percuma yang kita boleh gunakan untuk buat dropship?

Bab ini yang korang kena baca kalau nak bermula dengan dropship percuma, tanpa keluarkan kos yang banyak dan tanpa simpan stok. 
 

Isi Kandungan eBook Rahsia Bisnes Tudung

Saya kongsikan apa yang korang akan dapat bila baca ebook-ebook ini.

BAB 1 : BELAJAR CARA JUAL TUDUNG ONLINE

Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). 

Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri korang.

Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu korang belajar terlebih dahulu, adalah belajar menjual. 

Belajar cara jual tudung online. Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!

Ada 9 soalan yang perlu korang jawab untuk memudahkan korang membuat jualan. 

Korang dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan korang akan menjadi lebih mudah.
 

BAB 2 : APA & SIAPA?

Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini kita akan terus tahu 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung.

Korang tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung kepada 3 golongan ini!

Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan korang pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!

Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.
 

BAB 3 : SUPPLIER

Saya paling suka bab supplier. Kiranya bab inilah yang paling mahal bila korang belajar cara jual tudung online dengan betul.

Dalam bab ini, korang akan tau 5 pembekal tudung yang korang boleh gunakan untuk memulakan bisnes tudung!

Yang bestnya, korang bukan saja dapat nama supplier saja. Tapi complete dengan nombor telefon serta alamat mereka.

Korang boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!

Satu perkara yang korang perlu tahu. Bila nak buat bisnes tudung, kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal saja. 

Kita kena ada 2-3 pembekal sebagai backup.

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah korang takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya.

BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU

Bila korang dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut.

Nak ambil gambar ini pun ada caranya. Bukan main ambil saja.

Tapi korang tak perlu pun beli kamera mahal atau upah photographer profesional. 

Cukup dengan kamera telefon yang korang dah ada sekarang. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.

Yang penting, model tudung yang korang nak gunakan mestilah yang real.

Tapi macam mana nak dapatkan model yang real? Macam mana nak ambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah?

Semua itu korang boleh baca dekat dalam bab yang ini.

Bab ini pun saya suka sebab saya memang suka ambil gambar. 

Siap masuk kelas phone photography sebab nak belajar ambil gambar guna smartphone saja. 

Dan, teknik ini bukan saja boleh guna untuk bisnes tudung.

Bisnes lain pun boleh kalau nak guna cara yang sama untuk dapatkan gambar yang cantik.

cara jual tudung online

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA

Selalu tak korang tengok penjual tudung jual tudung mereka dengan harga yang tak masuk akal? Murah sangat.

Ada penjual yang suka main dan lawan harga. Diaorang tak kisah untung sikit pun asalkan tudung mereka laku terjual.

Sebenarnya ada cara yang kita boleh buat untuk bersaing dengan penjual tudung lain jenis macam ini. 

Kiranya dengan teknik ini, kita dah tak payah takut dan risau pasal seller lain turunkan harga tudung mereka.

Dalam bab yang sama juga, kita akan belajar cara nak kira harga kos dengan selamat. 

Siap dengan 4 tips utama yang saya sendri tak pernah ambil tahu.

Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja korang jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung. 

Kalau tak dapat untung, maknanya cara jual tudung online korang tak berapa betul.
 

BAB 6 : AYAT IKLAN

Sebagai seorang freelance copywriter/ghostwriter, bab ini banyak membantu saya. Bab buat ayat iklan.

Bagusnya ebook ini sebab bukan saja ada tips ambil gambar. Tips nak buat ayat iklan pun kita boleh belajar.

Ada 3 jenis ayat yang boleh korang gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan korang.

Ayat-ayat ini kita boleh gunakan sama ada di Facebook ataupun Instagram.
 

BAB 7 : LUBUK JUALAN

Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual!

Dalam bab ini, kita akan tahu 10 tempat atau lubuk yang boleh kita masuk untuk menjual tudung korang!

Korang boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang korang rasakan mudah dan sesuai dengan diri korang.

Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk korang tidak dapat menjual tudung korang.
 

BAB 8 : PACKAGING

Perkara ini mungkin korang sudah tahu! Bungkus dan pos. Betul tak?

Tetapi dalam bab pembungkusan ini, kita akan dapat ilmu yang lebih advance.

Dalam bab ini kita akan tahu pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

Nampak macam leceh. Tapi bila baca, baru macam terbuka minda.
 

BAB 9 : PENGHANTARAN

Macam mana nak dapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa?

Rahsia besar ni. Kalau korang nak jimatkan kos dan tinggikan untung, dekat bab inilah jawapannya.

Tahu tak kita sebenarnya tak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran. 

Abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang korang mahu poskan.

Macam mana nak buat tu?

Semua perkara yang kita perlu tahu pasal penghantaran ada diceritakan dalam bab ini.
 

BAB 10 : CASE STUDY - CARA JUAL TUDUNG ONLINE DENGAN UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN

Bab yang paling hot!

Dalam bab ini, kita akan tahu step-by-step macam mana nak susun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.

Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.

Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! 

Korang perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Nak mula berniaga tudung ni tak susah sebenarnya. Cuma kena ada ilmu dan cara yang betul.

Saya percaya tips-tips yang diberikan dalam ebook ni bukan saja boleh apply untuk jual tudung saja tapi jugak untuk bisnes-bisnes yang lain.

Nak belajar cara jual tudung online, korang boleh cuba baca ebook Rahsia Bisnes Tudung ni dulu.

Post a Comment

36 Comments

  1. Actually utk org bisnes boleh la baca e-book ni sebab basically konsep marketing tu sama je tinggal lagi camne nak apply pada bisnes kte

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak min. Konsep dia sama boleh apply dekat bisnes produk lain sekali

      Delete
  2. Iyerrr sejak-sejak ni kat FB ke IG ke gasak lalu lalang jualan tudung, maklum, agaknya dah nak raya kot hahaha..
    Dulu pernah jual tudung cara dropship, tapi owner plak buat taik! Terus malas nak menjual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah buat ejen tudung jugak dulu. Tapi selalu kena sailang dan owner buat tak kisah. Letih je gitu

      Delete
  3. Kalau ada jual tudung nak nak jenama sendiri memang laku keras sekarang ni. Sekarang ni trend tudung bawal..Jual lah jenama apa pun mesti orang akan cari tudung bawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tapi nak menjual tu pun kena ada strategi yang betul

      Delete
  4. kalau meniaga bab fashion ni memang mudah buat untung sebab tak lapuk dek zaman. Sekarang trend tu jatuh, dua tiga tahun kemudian dia naik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Itu pun saya perasan jugak. Trend trend lama nanti akan naik semula

      Delete
  5. Meniaga kena ada ilmu dan ilmu kena cari. Macam fadzi, rajin membaca dan mengulas. And yes, pasaran tudung nie memang luas. Yang penting dalam meniaga adalah istiqamah

    ReplyDelete
  6. menarik idea bisnes ni kalau pandai implement.. sebab tudung pasti akan dicari dan diguna setiap hari.. kepelbagaian jenama, rekabentuk, kualiti fabrik dan harga yang kompetatif akan menjadi faktor kejayaan jualan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Itu antara tips yang penulis share dalam ebook ni

      Delete
  7. Kalau meniaga apa-apa pun sekarang ni ramai yang jual secara online, kalau kena cara pemasaran dan promotenya meletoplah sale dia kan!

    ReplyDelete
  8. setuju dengan pendapat kak min. boleh aplikasikan utnuk bisnes lain jugak. mesti menjadi perniagaan anda. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh aplikasi dalam mana-mana jenis bisnes pun kan

      Delete
  9. sapa-sapa nak jual tudung kena wajib miliki lah ebook ni ya. Tak rugi pun kalau melabur sikit untuk bnda baik dan untuk jangka masa depan kan. untuk keuntungan business jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu madi. Melabur untuk dapat lebih lagi

      Delete
  10. apa-apa bisnes pun kena ada ilmu. kena belajar marketing, design terkini dan macam-macam lagi. igt zaman dulu-dulu kena pergi kelas dan macam-macam lagi. tapi sekarang dan ada buku untuk memulakan bisnes tudung. mudah sangat kan. cuma perlu semnagat dan modal je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat sekarang semua di hujung jari kan

      Delete
  11. Bgus la atas sharing ni.. Memang kena tau cara sebabbnak bersaing dengan mcm2 jenis tudung dekat luar kan.. Bukan senang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dah lah ada jenama yang memang nama besar. Kite kena ada strategi untuk cari pelanngan

      Delete
  12. Berniaga selain daripada minat. Kena ada ilmu juga baru boleh berjaya dan pergi lebih jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak ayu. Kalau minat tapi tak ada ilmu, lambat nak pergi jauh

      Delete
  13. Nak meniaga semua orang boleh meniaga tapi nak berjaya dalam perniagaan tu yang kena ada ilmu kan. Bagus la ada ebook macam ni. Sekurang-kurangnya dapat memberi ilmu kepada mereka yang nak menjual tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Nak berniaga memang semua orang boleh berniaga. Tapi nak maintain dan pergi jauh tu yang susah

      Delete
  14. Dalam apa jua bzness memang perlu ada ilmu. Perkongsian menarik ni bagus di apply buat Founder tudung. Malah bzness lain pun patut tahu basic ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, boleh jugak nak di aplikasi kan untuk bisnes lain

      Delete
  15. Memang banyak benda kene ambil tau kalau nak berniaga ni. Tudung ni walau banyak pun orang jual tetap akan pembeli dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ni antara info yang penulis ada share dalam ebook ni jugak.

      Delete
  16. Bisnes tudung memang ada permintaan yang luas. Asalkan jaga adab dengan customer selain jaga kualiti, strategy, marketing dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adab tu memang penting tak kira bisnes apa pun

      Delete
  17. Wah tips bagus sbb very details. Nak berjaya haruslah kan.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak berjaya dan terus maintain bisnes kena ada strategi

      Delete
  18. suka juga beli tudung. tapi kalau kain elok memang saya sambar je, tak kisah jenama pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak kisah jenama asalkan selesa dan senang nak pakai

      Delete
  19. tip untuk menjual tudung mcmne yer , sy bru nk mencuba jual tudung ..tudng yg viral dan mudah dijual bawal tp cara mcmne ye untk lebih dapt sambutn menjual tudung

    ReplyDelete