Chillax with Royal Kenko Recreation Hub

Chillax with Royal Kenko Recreation HubHujung bulan Disember lepas Zul ada pergi Australia 4 hari. Jumpa bos dia sambil sambil nak ambil mood sea breeze Sydney. Ikutkan Zul nak suruh Fadzi ikut sekali tapi Fadzi rasa malas lah setakat nak pergi 4 hari. Nak pergi setahun. Hahahhaa. ;p

Flight Zul masa balik ke Malaysia hari tu pagi-pagi buta pukul 4. Planningnya Fadzi nak drive ambil Zul dari airport. Pastu bila fikir-fikir semula, Zul tak bagi ambil sebab pagi sangat. Lagi satu Fadzi ni tak berapa nampak kalau drive gelap-gelap ni. Bawak budak-budak pulak tu. So tak jadi lah Fadzi ambil Zul dari airport.

Sydney Australia

Zul book je airport coach untuk balik ke rumah. Selalunya Zul okay je nak naik train tapi sebab rumah dekat Shah Alam, nanti kene buat 2 3 kali stop pulak. Jadi Zul book je la private transport. Nanti boleh claim dengan company dia hahahah.

Book Transport Dari Airport

Kalau korang nak tau, ada 2 cara yang korang boleh buat untuk dapatkan transport dari airport. 

First, public transport, which is boleh dikatakan favorite Fadzi sebab murah dan cepat gila. Korang boleh book KLIA Express online je kat Traveloka. Dah siap prepare tiket, korang just perlu hop on je train ikut date yang korang book. 

KLIA

Second, korang boleh pilih untuk dapatkan private transport. Yang ni pun best jugak, tapi nanti korang agak kesepian dalam taxi ni. Kalau korang minat yang ni, sama jugak, korang klik je airport limo online booking ni. Dari Traveloka jugak.

Royal Kenko Recreation Hub

So habis cerita Fadzi pasal intro Traveloka. Fadzi nak cerita tentang satu tempat yang Fadzi rasa macam rare dan menarik habis untuk korang lepak. Tempat yang Fadzi maksudkan itu adalah Royal Kenko Recreation Hub, Kuala Lumpur. Bunyi tempat dia macam wow je kan?

Memang wow pun sebenarnya gais. Korang melangkah masuk je kat dalam tempat ni, Fadzi yakin korang bakal teruja teruk. Nganga sikit mulut. Pastu senyum sikit. Weh, macam tempat raja-raja gitu. Nama pun royal kan? 

Royal Kenko Recreation Hub

So basically tempat ni memang awesome gila dari segi interior design, staff yang peramah sehingga la kemudahan dan perkara-perkara yang korang boleh buat dalam tu. Banyak okay. Dan apa yang paling menarik perhatian Fadzi ialah zon untuk lelaki dan perempuan di asingkan. 

Tapi ada je aktiviti lain yang korang boleh buat sama-sama contohnya macam karaoke, makan, tengok movie. Yang selebihnya Fadzi akan senaraikan nanti. So korang tak perlu risau.

Royal Kenko ni mempunyai 4 tingkat secara keseluruhannya. Fadzi akan explain kat korang apa yang ada di keempat-empat floor ni.

2nd Floor

Male Capsule 

Yang ni adalah tempat untuk kaum lelaki berehat dan tidur. Tilam dan bantal yang empuk. Serta suasana bilik yang buatkan korang rasa tenang dan ada privacy sendiri.


Sleeping Capsule 

Yang ni Fadzi rasa untuk mana yang dah kahwin. Sebab katil dia semua queen size.

3rd Floor

Beauty Saloon 

Untuk zon ni Fadzi tak pasti sangat untuk apa tapi apa yang Fadzi yakin, kaum wanita mesti suka. Maybe more to kepada freshkan bahagian muka.

Café

Tempat dimana korang boleh chill chill, lepak minum dan makan ringan-ringan. Seat dengan setting bilik untuk ruang ni memang superb. Rasa lepak habis. Yang ni laki perempuan boleh campur.

Cinema

Cinema

Cinema ni adalah wayang untuk korang layan movie of the day yang dah ditentukan setiap hari. Tak payah risau sebab movie yang ditayangkan tu ada macam-macam list. Dari action, kungfu, romantic, semua ada. Dan kalau korang nak tau, seat dalam cinema tu bukan standard seat GSC okay. Dia dah macam VVIP seat. Siap ada foot rest lagi. Yang ni Fadzi bagi 5 bintang. 

Gym Room

Untuk para-para tetamu exercise. Banyak equipment gym yang ada kat dalam ni. Nak angkat berat ke, nak berlari ke, semua ada.

Darts Room

Zon khas untuk korang main dart game. Lelaki perempuan boleh campur.

Massage Room

Kalau rasa nak acah acah spa bali, ini salah satu tempatnya. Korang akan di massage mengikut bahagian mana yang korang nak. Tukang urut yang terlatih dan tau je part mana yang kena tekan. Keluar dari sini, rasa macam baru bangkit dari tidur yang panjang. Tukang urut mengikut jantina ye korang semua.

Nail Saloon

Dimana berlakunya adegan pedicure & Manicure. Kebanyakkan nya perempuan je la yang masuk sini.

VIP Room

Untuk korang bersenang lenang di atas kerusi yang sangat empuk dan selesa. Dia ada bagi satu skrin kecik yang attached kat kerusi untuk korang layan video.

Pool Table

Yang ni tak lain, tak bukan, main snooker la. Boleh ajak member-member lawan snooker kat sini.

Relax Space

Kalau korang nak rasa macam duduk restoran mewah, boleh datang sini. Sambil duduk rehat minum petang ke, dorang ada sediakan pemain muzik yang mengalunkan pelbagai genre muzik ala-ala jazz pun ada. 

Table Tennis

Tempat untuk korang mengasah bakat bermain ping-pong.

4th Floor

Restaurant

Tempat untuk korang mengisi perut yang kelaparan. Semua pasal makanan ada kat sini. Buffet dan korang tinggal ambik je apa korang nak. Memang dorang dah siap provide makanan. 24 Hours. Makanan dia diyakini enak dan lazat.

Private Jacuzzi Room

Nak rehat dalam Jacuzzi berapa lama yang korang suka, name it. Syok gila layan Jacuzzi kat sini. Badan pun rasa fresh je.

Karaoke Room

Macam biasa la. Melalak la kuat kuat dalam ni. Benda free kan. Sound system pun terbaik. Lagu-lagu up to date. Wajib masuk bilik karoke dia ni. Macam 5 bintang. 

Aesthetic Clinic

Yang ni Fadzi tak berapa sure untuk apa. Boleh check website dia for further information. Sorry guys.

Private Massage Room

Private Massage Room

Same like the other one cuma yang ni more privacy kalau korang memang perlu kan me time. Sesuai bagi orang introvert. No one will disturb you.

Function Hall

Untuk meeting, occasion, or anything la. Dia dah siapkan kerusi, meja, whiteboard, lcd projector. Boleh book kat kaunter.

Hair Saloon

Rambut berminyak dan tak terurus? Masuk la hairsaloon ni. Sambil dia maintenance rambut, dia urut-urut sikit kepala. Sedapnya kena urut.

24 Hours Cyber Café

Kaki game? Nak layan internet puas-puas dalam Royal Kenko? Boleh la singgah cyber café dia. Dibuka 24 jam. Sampai muntah la main tu.

5th Floor

Untuk level ni, dorang sediakan lebih banyak facilities yang merangkumi bahagian spa. Dari sauna, Jacuzzi, pool, semuanya kat sini. Yang ni laki perempuan asing okay. Lepas korang dah masuk, sila simpan barang kat locker yang dorang dah sediakan kat tingkat 5 ni. Jangan risau, semuanya disimpan dengan selamat with double security. Gitu. Apa yang ada kat tingkat lima ni? Ini lah senarainya.

Jacuzzi

  • Changing Area
  • Double Security Personal Cabinets
  • Fish Spa
  • Female Jacuzzi Area
  • Femal Steam Room
  • Female Sauna
  • Female Jacuzzi
  • Grooming Supplies
  • Male Rain Shower
  • Male Spa Pool
  • Male Sauna
  • Male Spa Area


Fadzi rasa kemudahan yang ada dekat sini semua memang terbaik. Kalau ada masa, Fadzi cadangkan sangat korang datang ke Royal Kenko dan enjoy your time here. Tempat ni memang rasa lain lah daripada tempat yang lain.

Post a Comment

40 Comments

  1. wow...bestnya tmpt die. Memang lain dari yg lain..kalu nk brcuti sorang sntai2 mcm ni memang sesuai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dia all in one macam macam ade. Rare habis tempat macam ni

      Delete
  2. Nampak menarik untuk masa diri sendiri. Tempat yg unik siap ada cinema lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jarang nak ada tempat macam ni kan

      Delete
  3. Meriah ye kemudahan kat sini. Memang terasa semacam Royalty la kalau check in kat sini. Memang terasa pampered kan/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mesti seronok kalau dapat pergi sini

      Delete
  4. Cantik dan kelihatan mewah sekali. Memang tak keluar ke mana-mana kalau bermalam di Royal Kenko ni. Macam best kalau book date untuk anniversary tahun ni kan.. Oooohhh... fefeeling romantic pulak.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI kalau duduk sini mesti berhari hari nak cuba semua aktiviti dekat sini kan

      Delete
  5. Perghh terbeliak mata Sis ko nengok..Jakuzzi dia makk aii hebat gile!!
    Ada dalam wishlist nak ke Australia ni..kalau pergi ramai-ramai best ni ek..happening jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha ni bukan dekat Australia. Dekat Malaysia saje :D :D

      Delete
  6. wahhh banyaknya kemudahan disediakan! Berbaloi ni kalau nak refresh and retreat dekat hotel royal kenko ni. Terbaik!

    ReplyDelete
  7. Wow!!!!!! Menarik giler Kenko Vacation Club nie. Is it a Japanese brand? Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah nampak mewahnya tempat ni. Kalo ada rezeki ke sana boleh la kan terus ke tempat eksklusif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak jugak pergi kalau ada rezeki hehehe

      Delete
  9. pergh memang terbaik. macam-macam ada tu. siap ada Private Jacuzzi Room dan karaoke lagi tu. memang masa berlalu pon x sedar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Private jacuzzi tu uish, menggoda sungguh

      Delete
  10. Fuhh hebat betul tempat dia. Harga dia pun sure hebat jugak kan..kalau masuk jenjalan tengok je boleh tak..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha tempat hebat, harga harus hebat >.<

      Delete
  11. wah seronoknya mewah dan eksklusif ya semua. macam mana pulak dengan harga? macam tak mampu je ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe dia ada pakej. Rasanya kalau nak mampu milik sikit, boleh ambil yang pakej tu

      Delete
  12. Wahhhh bestnyaaa kat sini. Ya Allah kalau dah stay sini rasa nak try satu satu je ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nak try satu satu sampai habis hehehe

      Delete
  13. Menariknya tempat royal kenko ni. Sampai 5 tingkat. Siap ada swimming pool. Bestnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam macam lagi yang ada aktiviti nak buat dekat sini

      Delete
  14. Bestnya Fadzi tempat dia. Complete semua.. Bosan bodan boleh tengok wayang. Takpun pergi gym. Berbaloi rasanya kalaubstay kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Banyak gila aktiviti boleh buat dekat sini. COnfirm tak bosan punya

      Delete
  15. Fullamak...!! Gerek seyhhh tempatnya! Rugi laaa Fadzi tak ikut.
    Tapi kalau single trip bujang bujang sesuai sangat tempat ni. Nak ajak group MakMak stay. sini nanti laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan. Dapat bawak geng mak mak memang best gila membawang hahahah

      Delete
  16. pergh gilakentang tempat dia..menarik , ekslusif..weii ni kalau banyakduit boleh ke sini ni..hahaa..syok sangat..aduh ..dah terbayang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok kan. Pergi pulak dengan geng geng rapat. Membawang je keje hahahha

      Delete
  17. Ok bestnya tmpt tu.. Tapi utk org yg claustrophobia mcm akak ni.. Takut gak la nak tdoq dalam capsule macam tu.. Kang kena panic attack tiba2... Takuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi tidur dalam kapsul macam tu. Mungkin luas jugak kot

      Delete
  18. Betul2 wow sangat tempat ni.. Kita tengok pun jd terbeliak.. Dh nama pun royal kan.. Hehe.. Tapi memang nampk best la kemudahan yg disediakan kat sini

    ReplyDelete
  19. Jakuzi tu ada gym dan private massage room best nye mewah giler hotel ni hurmmmm mesti orang have2 kan duduk sini wakakakkaka... Kita ni mampu tengok jer lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat marhaein macam kite ni boleh jugak lah maha. Try ambil yang pakej dia. Mampu milik jugak lah

      Delete
  20. ni memang bestlah kalau nak buat me time kan. macam2 ada untuk memanjakan diri

    ReplyDelete