4 Resepi Air Dalgano Viral 2020

4 Resepi Air Dalgona Viral 2020 | Sampai minggu lepas resepi air dalgona ni memang jadi hot stuff dekat media sosial. Lepas viral hari tu, rata-rata kawan dalam Facebook Fadzi ada buat air dalgona ni. 

Air dalgona coffee ni rupanya minuman kopi viral yang berasal daripada Korea. Bukan setakat air dalgona coffee je yang ada. Diaorang siap tukar-tukar bahan lagi macam teh hijau dan milo. 

4 Resepi Air Dalgona Viral 2020

Fadzi tak sempat lagi nak into the scene dengan air dalgona viral ni. Jadi Fadzi save je lah semua resepi dekat sini so that lepas habis PKP nanti, boleh lah keluar beli barang untuk buat air viral ni hahaha.

Dalgano Coffee

1. Dalgona Coffee


Bahan-bahan:
Susu segar
Serbuk kopi/Nescafe | 2 sudu besar
Gula | 2 sudu besar
Air Panas | 2 sudu besar
Ais

Cara-cara:
1. Ambil bekas dan campurkan serbuk kopi, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga pekat dan likat. Ketepikan campuran ini.
2. Ambil gelas dan letakkan ais. Tuangkan susu segar.
3. Kemudian tuang campuran yang dipukul tadi untuk lapisan di bahagian atas susu.
4. Gaulkan sebelum minum dan hidangkan mengikut citarasa korang

Dalgano Milo

2. Dalgona Milo


BAHAN-BAHAN :
2 Sudu besar Milo
2 Sudu besar gula
2 Sudu besar air panas
Hujung sudu ovelatte
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas.

Dalgano Matcha

3. Dalgona Matcha


BAHAN-BAHAN :
1 Sudu serbuk Matcha
1/4 cawan gula
1/4 Air panas
1 biji putih telur
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Asingkan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk yang kecil. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Di atas dapur campurkan gula dan air. Biarkan gula mencair. Jangan kacau.
3. Apabila gula sudah mencair. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk putih telur tadi. Pukul campuran sehingga kembang dan berbuih.
4. Tambahkan serbuk matcha dan pukul campuran sehingga sebati.
5. Tuangkan susu ke dalam gelas, masukkan ais dan tuangkan campuran matcha yang telah kembang tadi kat atas. Siap untuk diminum!

Dalgano Teh Susu

4. Dalgona Teh Susu


BAHAN-BAHAN :
2 Sudu besar teh susu thai
2 sudu besar gula
2 sudu air panas
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Campurkan serbuk teh susu thai, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran teh tadi di atas.

Korang dah buat ke air dalgona ni? Versi mana yang korang buat? Ada lagi tak versi dalgona lain yang Fadzi tak senaraikan dekat atas ni? Share sikit.



You Might Also Like

8 comments

  1. br je try smlm dalgona coffee tp adjust ikut citarasa sdiri..ada lg 1 org share resepi dalgona bandung plak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, nak kena cari resepi dalgano bandung tu pastu nak update list resepi ni hehehe

      Delete
  2. Uitt tergoda plak nengok Dalgona Milo tu ...nak buat susu dah habis dek bedal gan anak...aishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, sabar Sis Lin. Nanti buat dalgano milo, minum sorok sorok okay :D

      Delete
  3. Tak pernah try buat lagi, sebab tak berapa suka susu.. Btw dalgona kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, salah eja lah ye saya ni hahahaha

      Delete
  4. Yang dalgona coffee tu nampak macam menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua memang menarik nak cuba ni. Tinggal malas ke tidak je hehehhee

      Delete