Cara Untuk Jadi Ghostwriter Malaysia

Cara Untuk Jadi Ghostwriter Malaysia | Kebelakangan ini Fadzi banyak dapat soalan dekat email pasal bidang ghostwriter. Ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak jadi seorang ghostwriter.


Jadi dalam entry kali ini, Fadzi kumpul semua soalan yang Fadzi selalu dapat dan jawab terus dekat sini. 


Mana tahu one day, korang pun terbuka hati nak jadi ghostwriter juga kan. Macam Fadzi dari blogger tiba-tiba jadi ghostwriter.


Sebelum Fadzi kongsikan cara-cara untuk menjadi seorang ghostwriter, rasanya eloklah kita fahamkan dahulu apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh ghostwriter dan siapa yang memerlukan khidmat ghostwriter ini?


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Apa Itu Ghostwriter?

Korang tahu atau tidak ghostwriter itu apa? Kalau yang masih belum tahu, ghostwriter adalah seorang penulis yang diupah untuk menulis bagi pihak orang lain


Hasil penulisan tersebut tidak akan dikreditkan langsung kepada ghostwriter. Ia akan menjadi hak milik pihak yang mengupah kita 100%. 


Nampak macam sedih? Jangan risau sebab harga yang dibayar untuk dapatkan hasil kerja kita memang berbaloi dengan apa yang kita korbankan.


Ghostwriter juga dikenali sebagai penulis siluman, penulis hantu ataupun penulis upahan dalam bahasa Melayu.



Jenis Kerja Yang Dilakukan Oleh Ghostwriter

Sebagai ghostwriter, banyak jenis pekerjaan yang korang boleh lakukan. Antaranya:

  • Menulis artikel untuk blog atau website
  • Menulis buku atau ebook
  • Menulis content untuk media sosial
  • Menulis copywriting untuk jualan
  • Menulis surat rasmi
  • Menulis teks ucapan 
  • Menterjemah
  • Transkripsi (menukar video atau audio ke teks)
  • Menyediakan kertas kerja untuk syarikat atau individu
  • Menyediakan company profile untuk syarikat
  • Menulis skrip drama
  • Menyediakan penulisan teknikal seperti SOP
  • Menyediakan proposal atau tender
  • Proofread dokumen

Apa yang Fadzi senaraikan adalah sebahagian daripada kerja yang boleh dilakukan oleh seorang ghostwriter. 

Banyak lagi tugasannya. Kerjaya sebagai seorang ghostwriter tidak terbatas

Bila korang masuk sendiri dalam bidang ini, korang akan dapat banyak peluang yang tidak tersangka-sangka. 

Korang akan rasa sendiri betapa luasnya bidang ghostwriter sebab ramai sebenarnya memerlukan servis menulis ini.


Siapa Yang Memerlukan Khidmat Ghostwriter?

Mesti korang tertanya-tanya, adakah orang yang perlukan khidmat menulis? Kenapa mereka tidak menulis sendiri? 


Memang ada orang di luar sana yang memerlukan khidmat penulis ghostwriter ini. Sebabnya:

  • Tidak mahir menyusun ayat dengan baik
  • Tidak mahir tentang SEO (Search Engine Optimization)
  • Tidak mempunyai masa
  • Tiada idea untuk menghasilkan content di media sosial 

Bakal client korang boleh jadi dari golongan:
  • Tokoh negara
  • Ahli politik
  • Artis dan selebriti
  • Orang kenamaan
  • Founder produk atau bisnes 
  • Pakar dalam sesuatu bidang
  • Organisasi

Jadi jika korang mempunyai kemahiran unutk menulis, ambil peluang ini untuk tawarkan servis menulis bagi pihak mereka. 

Tapi macam mana nak jadi seorang ghostwriter?


Cara Untuk Menjadi Seorang Ghostwriter

Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang boleh bermula sendiri. Caranya mudah tapi hati kena kental ya. 


Fadzi kongsikan dengan korang cara Fadzi bermula sebagai seorang ghostwriter.



1. Cari Ilmu Penulisan Dan Marketing

Perkara pertama yang Fadzi buat adalah join kelas online Ghostwriter Junior. Fadzi percaya setiap apa yang kita nak buat, kena ada ilmu


Jadi Fadzi join kelas ini. Alhamdullilah banyak benda yang Fadzi belajar pasal ghostwriter melalui kelas ini.


Korang tak perlu risau nak pergi kelas sebab semua pembelajaran dibuat melalui online sahaja. Kelas online selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. 


Ada 6 modul yang penting untuk korang tahu macam mana nak mula jadi ghostwriter.


Kalau korang nak join juga kelas ghostwriter junior ini, korang boleh klik dekat sini - Kelas Online Ghostwriter Junior. 


Selepas masuk dalam bidang ghostwriter, Fadzi non stop cari ilmu pasal penulisan dan marketing. 


Disebabkan Fadzi agak susah nak keluar rumah dan masuk kelas fizikal, biasanya Fadzi akan join kelas-kelas yang dijalankan secara online. 



cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

2.Promosikan Diri Melalui Media Sosial

Apa-apa jenis bisnes termasuk jual barangan atau servis memerlukan promosi untuk dikenali. 


Sama juga dengan servis penulisan ghostwriter. Servis ini juga memerlukan promosi untuk dikenali ramai.


Korang boleh bermula dengan promosi servis ghostwriter yang korang lakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 


Cuba lakukan promosi secara soft sell lebih daripada hard sell. Macam mana nak buat promosi secara soft sell? 


Bagi Fadzi cara promosi secara soft sell lebih muah daripada hard sell. Korang boleh jadi diri sendiri.


Ambil gambar workspace korang dan cerita tengah buat apa. Ambil video tengah menaip dan buat story telling sikit.


Ambil gambar tengah spend time dengan anak, kemudian buat storytelling tengah spend time dengan anak habis-habisan sebab nanti dah nak mula buat kerja-kerja menulis. 



3. Cari Kerja-Kerja Di Media Sosial

Selain daripada mempromosikan servis ghostwriter, korang juga boleh ambil inisiatif sendiri untuk mencari kerja. 


Kerja sebagai penulis bebas, kita tak boleh tunggu kerja datang cari kita. Kita sendiri kena cari kerja. 


Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencari kerja ialah melalui:

  • Facebook Jobs
  • LinkedIn Jobs
  • Bidding di website freelance marketplace seperti Upwork dan Freelancer.com
  • Email kepada founder produk atau servis terutamanya company start-up
  • Tanya kepada ahli keluarga serta kawan-kawan 
  • Cari di Google dengan keyword "penulis artikel"



4. Networking Dengan Ghostwriter Lain

Sama seperti bidang-bidang lain, lebih banyak networking yang korang ada, lebih besar peluang kerja yang bakal korang dapat. 


Bukanlah bermakna korang menggunakan kabel untuk mendapatkan kerja. 


Jauh ya beza guna kabel dengan bernetworking.


Kalau korang masuk kelas online Ghostwriter Junior yang Fadzi join tu, lepas habis kelas korang akan dimasukkan ke dalam Group Alumni Ghostwriter Junior. 


Dekat situ, korang akan dapat banyak peluang pekerjaan yang dikongsikan dengan alumni-alumni yang lain. 


Kebanyakan mereka yang berkongsi kerja ini tak menang tangan dapat kerja menulis.


Selain itu, dalam group alumni ini, banyak lagi ilmu yang korang akan dapat. Alumni akan berkongsi pengalaman-pengalaman diaorang masa buat kerja. 


Jadi kalau korang ada masalah masa buat kerja menulis, boleh tanya dekat situ saja.



Ada beberapa lagi cara yang korang boleh buat tapi Fadzi masih belum buat iaitu:



5. Buat Website Professional

Bina website ghostwriter yang professional. Letakkan maklumat-maklumat yang penting untuk orang mudah cari korang melalui website tersebut. 


Buat sekali professional personal branding supaya orang mudah nak kenal korang.


Korang tak perlukan website yang fancy pun. Cukup sekadar ada 5 page - Home, About, Contact, Services dan Blog


Jangan underestimate the power of page blog dalam sesebuah website ya. Blog inilah yang akan memastikan website korang sentiasa hidup. 


Page website lain kebiasannya statik dan tidak banyak perubahan. Kalau blog pula, sentiasa ber'update'. 


Itulah fungsi sebenar page blog dalam sesebuah website. Untuk memastikan webpage itu sentiasa hidup.



6. Buat Name Card

Fadzi ada name card online untuk servis ghostwriter. Tapi Fadzi tak buat name card fizikal. 


Mungkin sebab Fadzi memang tak selalu keluar rumah pun untuk berjumpa orang dan sebagainya. 


Tapi kalau korang jenis yang selalu keluar rumah atau jumpa ramai orang, korang boleh buat name card. 


Tinggalkan name card korang di mana-mana tempat yang sesuai atau bertukar name card dengan potential client.



Dah tahu cara-cara nak jadi ghostwriter? Dah ready nak jadi ghostwriter? 


Mungkin korang kena tahu juga untuk menjadi seorang ghostwriter, ada beberapa benda yang korang perlu ada.



Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Ghoswriter?

Apa yang korang perlu ada untuk bermula sebagai seorang ghostwriter? Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang perlukan benda-benda ini:



1. Laptop/Dekstop atau Smartphone

Seboleh-bolehnya dapatkan sebuah laptop supaya korang senang untuk buat kerja-kerja menulis. 


Kalau tiada laptop pun, sebenarnya smartphone sudah mengcukupi cuma korang kena bersabar sikit lah.


Fadzi sendiri guna ketiga-tiga laptop, dekstop dan smartphone untuk bekerja.

 

Kalau dekat meja kerja, Fadzi gunakan dekstop ataupun laptop. Kalau Fadzi buat kerja selain di meja kerja, Fadzi akan buat kerja menggunakan phone.


Untuk menulis Fadzi menggunakan Google Docs supaya Fadzi boleh sync semua kerja-kerja Fadzi sama ada dalam dekstop, laptop ataupun smartphone. 


Contohnya kalau belah pagi Fadzi buat kerja dengan dekstop kemudian Fadzi berhenti sekejap untuk masak lunch. 


Lepas lunch Fadzi boleh sambung buat kerja dekat mana yang Fadzi berhenti tadi menggunakan smartphone ketika duduk di sofa pula. Mudah kan?



2. Email Atau Cara Untuk Dihubungi

Sebelum ini Fadzi menggunakan nombor telefon supaya client boleh menghubungi Fadzi melalui Whatsapp sahaja. 


Tapi selepas ada mentor, Fadzi baru tahu nombor telefon kita sebenarnya private dan tak sepatutnya digunakan untuk komunikasi dengan client. 


Kecuali jika korang ada nombor telefon yang khusus untuk kerja dan tidak bercampur dengan nombor telefon peribadi.


Jadi nasihat Fadzi, korang berkomunikasi dengan email atau platform komunikasi yang tidak memerlukan korang untuk berkongsi nombor telefon peribadi contohnya seperti Skype, LinkedIn Message dan Facebook Messenger.


Tapi sebab Fadzi dah bermula awal dengan nombor telefon, jadi Fadzi teruskan juga dengan nombor telefon hehe.



cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

3. Portfolio

Untuk meyakinkan bakal client untuk mengupah korang menulis, mereka perlu pastikan yang korang mempunyai skill menulis yang bagus. 


Macam mana mereka nak tahu? Melalui portfolio korang lah.


Portfolio itu apa? Portfolio itu adalah contoh-contoh kerja yang korang boleh tunjukkan sebagai bukti yang korang mampu buat sesuatu kerja. 


Untuk kerja-kerja ghostwriter, korang boleh sediakan portfolio berbentuk penulisan.


Berapa banyak contoh penulisan yang perlu ada? 


Fadzi cadangkan korang sediakan 3 ke 5 contoh penulisan. Pastikan kesemuanya adalah contoh penulisan yang terbaik korang ada. 


Tak perlu tulis artikel yang terlalu panjang. Cukup sekadar satu page A4 penuh.


Tulis lebih kurang 500 patah perkataan. Korang boleh letak sample penulisan dalam blog, website atau Google Drive. 


Jika client nak contoh penulisan, korang boleh berikan sahaja link blog, link website atau link kepada Google Drive di mana korang simpan portfolio korang.


Pastikan korang set Google Drive kepada setting read only. Risau juga kalau potential client godek-godek masa tengok sample korang, terdelete atau tertambah dokumen pula.



4. Bank Akaun

Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang ghostwriter adalah bank akaun


Korang boleh pilih nak buat bank akaun dari bank mana-mana pun. Terpulang kepada pilihan korang sendiri.


Tapi kalau korang berniat untuk nak dapat kerja dari luar negara, Fadzi cadangkan korang buat akaun PayPal untuk menerima bayaran. 


Sebab PayPal adalah antara platform online payment system yang boleh dipercayai.



5. Semangat Yang Tinggi

Dan yang terakhir, korang perlu ada semangat yang tinggi. Kerja sebagai seorang ghostwriter atau mana-mana jenis freelancer bukan senang


Selain daripada buat kerja, kita juga harus mencari kerja. Tak boleh duduk diam sahaja nanti kerja tak masuk.


Kita juga kena pandai susun masa untuk waktu kerja dan waktu keluarga. 


Ambil kerja yang mampu kita buat dalam kuantiti yang sesuai supaya kita boleh menghasilkan kualiti kerja yang bagus.


Kita juga kena bersedia untuk menerima rejection apabila potential client 'seen' kan sahaja message kita selepas kita beri rate card. 


Perkara ini memang dah biasa berlaku. Fadzi pun sendiri selalu kena. Tapi jangan risau, insyaAllah ada banyak lagi rezeki kita di luar sana.



Fadzi dah bercerita panjang pasal apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang ghostwriter lakukan dan siapa yang memerlukan servis ghoistwriter ini. 


Korang pun dah baca macam mana nak mula jadi ghostwriter dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang ghostwriter. 


Macam mana? Dah berkobar-kobar nak jadi ghostwriter?


Mungkin ada satu perkara lagi yang korang nak tahu sebelum mula berjinak-jinak dengan bidang ghostwriter ini. 


Mesti korang nak tahu berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter untuk servis menulis ini kan?


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Berapa Bayaran Jadi Ghostwriter?

Ini adalah soalan yang paling 'hot' bila orang bertanya pasal ghostwriter. Berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter. 


Bila bercakap pasal bayaran ghostwriter, Fadzi tak boleh nak jawab secara tepat.


Setiap ghostwriter ada rate harga servis sendiri. Ada yang murah dan ada yang lebih mahal. 


Kenapa? Sebab ianya bergantung kepada pengalaman dan skill menulis yang mereka ada. 


Ada juga yang meletakkan harga berdasarkan patah perkataan, jam bekerja ataupun berdasarkan projek


Untuk kerja-kerja yang berulang atau kecil-kecilan, Fadzi boleh cadangkan korang letak harga berdasarkan jumlah patah perkataan ataupun jam waktu bekerja. 


Tapi untuk projek besar seperti buku, ebook dan content untuk media sosial, wajarlah kalau korang letak harga berdasarkan project milestone. 


Contohnya menulis buku; client buat bayaran deposit 30% sebelum kita mulakan kerja-kerja menulis. 


Lepas kita siapkan agak-agak dalam 40% kerja, client perlu bayar dalam beberapa % daripada harga penuh. Dan seterusnya sampailah kita siap kerja.

 

Harga untuk setiap penulisan juga haruslah berbeza-beza. 


Harga untuk menulis 1000 patah perkataan artikel untuk blog atau website tidak boleh sama dengan harga untuk menulis ebook 20 muka surat.


Harga untuk copywriting iklan FB Ads juga tidak semestinya sama dengan harga menterjemah teks berbahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. 


You get the idea, kan?



Dah Sedia Nak Jadi Ghostwriter?

Sekarang korang dah baca habis artikel ini, dah bersedia untuk menjadi seorang ghostwriter yang bagus? 


Sebelum menjadi seorang ghostwriter, pastikan korang lengkapkan diri dengan sedikit basic tentang menjadi penulis upahan.


InsyaAllah, kalau korang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, Allah akan bagi pulangan yang lebih berbaloi. Selamat berjinak dalam bidang ghostwriter 😄


Kalau ada apa-apa soalan lagi tentang ghostwriter, korang boleh email Fadzi dekat fadzirazak@gmail.com.


Kalau nak dapatkan servis penulisan Fadzi pun, boleh email juga Fadzi. InsyaAllah, korang akan dapat hasil penulisan yang terbaik daripada Fadzi.



Kredit Gambar: Freepik


Post a Comment

25 Comments

  1. wow....luas bidang ghostwriter ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas. Kalau jadi virtual assistant lagi luas. Designer macam Aini pun boleh jadi seorang virtual assistant tau. Fokus pada buat designing.

      Delete
  2. ghostwriter ni pekerjaan yang perlu ada minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tak minat dan cuma nak kan duit semata-mata, memang susah nak bertahan dalam bidang ni

      Delete
  3. kaella buat service ni untuk content facebook page sekolah je, free pulak tu. sebab untuk kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaella cikgu ya? Mungkin boleh minta sedikit wang saguhati ke. Sebab buat content untuk social media dah lari dari bidang cikgu ni.

      Delete
  4. Memang nampak luas je jadi ghostwriter ni..macam berminat juga sebab penulisan ni juga antara kerja hakiki....nanti kena minta tunjuk ajar la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat, boleh saja buat. InsyaAllah, ada minat dan niat yang betul, rezeki melimpah ruah dalam bidang ni. Kalau ada apa-apa, tanya saja. Apa yang saya tahu, saya jawab

      Delete
  5. Memang nampak luas je jadi ghostwriter ni..macam berminat juga sebab penulisan ni juga antara kerja hakiki....nanti kena minta tunjuk ajar la...

    ReplyDelete
  6. Memang nampak luas je jadi ghostwriter ni..macam berminat juga sebab penulisan ni juga antara kerja hakiki....nanti kena minta tunjuk ajar la...

    ReplyDelete
  7. sebenarnya kan me pun baru je tahu ada kerjaya Ghostwriter ni.Hmm sebelum ni xpenah tau pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga baru tahu tentang ghostwriter awal tahun 2019. Bila dah tahu, terus proceed. Tak pandang belakang. Nabila juga boleh cuba

      Delete
  8. saya pun baru tau pasal ghostwriter ni sejak 2 tahun lepas...tq for sharing

    ReplyDelete
  9. Semangat yang tinggi tu penting. Good info pasal ghostwriting.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Salam kenal. Kita geng. Sy start buat ghostwriting ni sejak 2014. Mmg tak menang jari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan, boleh cerita perjalanan puan sebelum menjadi ghostwriter ? saya lepasan spm dan berminat dalam kerjaya ni.

      Delete
  11. macam best ja..bayaran pun mesti lumayan kan..

    p/s baru tahu apa tu ghostwrite.

    thank u for the great sharing!

    ReplyDelete
  12. Saya baru berjinak dalam dunia ghost writer. Tapi dalam bentuk novel sahaja. Yang lain saya belum berani buat.

    ReplyDelete
  13. Good morning sdr. Fadzi. Saya sudah berumur 50 tahun dan bercadang untuk quit kerja yang ada sekarang. Masih bolehkah saya memulakan kerja sebagai Ghostwriter dalam umur sebegini dan perlukah kita ada pengetahuan yang luas dari segi bahasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jackson, boleh tak ada masalah. Kerja ghostwriting tak kira usia. Sesiapa saja boleh mula asalkan ada kemahiran menulis.

      Cukup sekadar kita tahu dan mahir bahasa yang kita selalu gunakan. Sudah cukup untuk kita mulakan kerjaya ini. Kalau Encik mahir bahasa Melayu, boleh tulis dalam bahasa Melayu. Kalau mahir dalam bahasa Inggeris, boleh offer penulisan dalam bahasa Inggeris.

      Cuma saya cadangkan boleh cuba dapatkan kerja-kerja ghostwriting sebelum berhenti kerja. Mungkin awal-awal nak mula, agak mencabar untuk dapatkan job.

      Delete
  14. pernah nmpk content berkenaan ghostwriting. try2 google info berkenaan ghostwriting lately ni. mcm berminat. tapi kalau student mcm sya ni sesuai ke ceburkan diri dalam ghostwriting? 😅

    ReplyDelete
  15. kebalakangan ni bnyak sangat cari info berkenaan ghostwriter. macam berminat pula. tapi nak tanya, kalau masih student boleh ke ceburkan diri dalam bidang ghostwriter ni? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Jannah. Asalkan minat menulis dan selalu improve skill, insyaAllah boleh.

      Delete
  16. Salam Fadzi, Akak merancang nak jadi ghostwriter. Tengah kumpul maklumat. Boleh Fadzi cadangkan buku yang sesuai untuk Akak baca tentang cara menjadi ghostwriter ni?.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..nak tanya tentang buka bank akaun..perlu buka personal atau bisnes akaun?

    ReplyDelete