Photoshoot Amatur Newborn Baby Aneeq Di Pantai Lagenda

12 April yang lepas, kakak aku Kak In dan Simon balik ke kampung di Pekan. Katanya rindu pada baby Aneeq. Abang aku dan kakak ipar, Kak Beena pun ada balik jugak. Nak tengok baby Aneeq. Amboi bertuah betullah baby Aneeq ni. Semua orang rindu, semua orang sayang pada dia. Al makumlah cucu dan anak saudara pertama dalam kedua-dua belah keluarga.

Alang-alang Kak In, Simon, Abang dan Kak Beena ada dekat kampung, diaorang bercadang nak bawak Simon pergi pantai. Dekat je pantai dengan rumah. Lebih kurang setengah jam. Aku pun cakap lah nak ikut. Ingatkan Mak tak bagi ikut sebab masih dalam pantang. Tapi Mak kata pergi je lah. Aku pun pergi ikut sekali.

Abang pulak bawak DSLR dia. Sudahnya dekat Pantai Lagenda tu jadi pulak newborn photoshoot Baby Aneeq. Menyempat. Saja-saja je nak buat photoshoot tu. Nak ambil photographer professional memang tak mampu lah aku kan.

Meh aku nak belanja sikit beberapa gambar sewaktu photoshoot baby Aneeq. Gambar diambil oleh Abang dan diedit oleh aku sendiri.


Ini gambar dalam perjalanan ke Pantai Lagenda yang terletak lebih kurang setengah jam dari rumah kampung aku. Yang belah kiri tu kakak ipar aku Kak Beena. Dan yang belah kanan tengah dukung baby Aneeq tu kakak sulung aku, Kak In. Ini gambar kitaorang dalam van Combi Simon.

Ini pulak gambar aku dengan baby Aneeq bila dah sampai dekat Pantai Lagenda. Waktu tu lebih kurang pukul 5 petang lebih. Tak panas sangat tapi angin betul-betul kuat. Ombak pantai pun agak besar waktu tu.

Tadaaaa! Ni baby Aneeq. Sepanjang dalam perjalanan ke pantai dan waktu dekat pantai ni, kerja dia tidur saja. Hahahah.

Tu dia beach boy. Berlatar belakang kan ombak dan pasir pantai.

Ini Mak die punya kerja lah ni. Ambil gambar letak atas pasir. Sudahnya tengah-tengah baby Aneeq tidur, tangan dia bergerak, tersapu pasir. Nasib baik dia tidur, mata tertutup je. Pasir pun tak masuk dalam mata.

Waktu ni operasi membersihkan pasir-pasir yang terkena pada muka baby Aneeq supaya Tok dia tak tahu. Kalau tak habis aku kena marah. Hehehhe.

Baby Aneeq mata sepet. Ya, beach boy ini masih kusyuk tidur waktu ni. Sedap sangat kot kena angin pantai.

Gambar terakhir ni masa dah sampai rumah semula. Dan ya, baby Aneeq masih tidur. 

Seronok rupanya main newborn photoshoot ni. Agak-agak ada tak professional photographer yang nak sponsor newborn photoshoot untuk baby Aneeq ni? Hehehehehe.


0 comment... add one now