Duta Invisalign - Impian Aku Jadi Kenyataan

May 25, 2015

Aku ada cerita dulu yang aku menang satu kontest daripada Nuffnang dan Invisalign - Contest Make Your Dream Smile A Reality. Bila dah menang kena lah ada macam prizes giving ceremony cekonon-kononnya kan. Hehhee. Jadinya 24 April yang lepas, aku pergi ke Nuffnang untuk tanda tangan kontrak sebagai duta Invisalign

Invisalign
Memang mula-mula tak percaya nama aku naik sebagai salah seorang pemenang. Sebab hadiah dia memang gila lah. Korang nak tau hadiah apa? Hadiah dia, rawatan gigi yang bernilai RM20 000 untuk seorang. Rawatan apa sampai mahal macam tu sekali? Hehehhe tu orang panggil Invisalign treatment - untuk meluruskan, mencantikkan kedudukan gigi. Nanti aku akan cerita lebih lagi pasal Invisalign dan aku akan kongsikan dengan korang aku punye Invisalign Journey.

Nuffnang Office
Ini waktu aku mula-mula sampai dekat ofis Nuffnang. Aku suka ofis Nuffnang. Walaupun nampak tak besar tapi semua staff dekat situ duduk dekat antara satu sama lain dan tak ada bilik untuk bos bos diaorang pun. Bos diaorang duduk sekali dengan staff lain. Saja aku ambik gambar ni jadi bukti dan kenangan aku pernah pergi ofis Nuffnang, Hewhewhew.

Invisalign Prize Giving Ceremony

Invisalign Prize Giving Ceremony
Ini pulak gambar kiteorang, pemenang-pemenang Contest Make Your Dream Smile A Reality dengan representative daripada The Maker of Invisalign - Valerie Chan. Dalam gambar ni dari kiri Valerie Yan, Valerie Chan, Aku dan Carinn Tan. Tiga-tiga kiteorang dapat bantal Invisalign yang besar tu dan kontrak menjadi duta Invisalign.

Kontrak Duta Invisalign 
Ini pulak fail yang ada dokumen kontrak aku menjadi duta Invisalign. Sebenarnya aku masih tak percaya aku menang. Dah lah pertama kali join kontest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Menang pulak tu. Lepas tu jadi duta pulak. Tang yang jadi duta tu betul-betul memenuhi impian aku. Kehkehkeh. Dulu aku selalu teringin nak jadi duta produk apa-apa. Sekarang ni, jadi duta Invisalign dan dapat pulak rawatan gigi macam ni. Memang syukur Alhamdullilah.

Nuffnang Invisalign
Sebelum balik, kiteorang sempat jugak berborak-borak ramai-ramai. Tapi tak boleh lama sebab waktu tu dah nak dekat pukul 12 tengah hari. Hari Jumaat pulak tu. Zul ada ikut sekali waktu aku pergi sign kontrak Invisalign ni. Jadi terpaksalah rushing sikit balik sebab Zul nak pergi solat Jumaat.

Apa-apa pun, aku gembira sangat sebab melalui blogging ni, aku dapat banyak pengalaman, dapat banyak kelebihan dan yang penting aku dapat banyak kenalan baru. Dannnn, aku tak sabar nak mulakan rawatan gigi Invisalign ni. Nanti aku akan update setiap rawatan Invisalign yang aku buat, mana tahu ada antara korang yang berminat nak buat jugak kan. Senang sikit korang nak survey atau nak tahu apa yang kena buat bila nak mulakan rawatan Invisalign ni.

Kalau korang nak ikuti perkembangan rawatan Invisalign ataupun my Invisalign journey ni, korang boleh:

Follow Instagram aku Fadzi Razak atau cari hashtag #fadziInvisalign  
Follow Twitter aku Fadzi Razak atau cari hashtag #fadziInvisalign
Like Facebook Page aku Blog Fadzi Razak atau cari hashtag #fadziInvisalign    



Percaya tak bila aku cakap pekerjaan perempuan ni ramai yang tak boleh terima sebab orang anggap ia satu pekerjaan yang 'KOTOR'? Tak percaya? Tengok sendiri dekat bawah.

Make Up Mayat Satu Pekerjaan Yang 'KOTOR'?

 

 


 


You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniahh kakk!! Alhamdulillah impian tercapai hehe

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter