Cara Tambah Akaun Instagram Dalam Satu Masa

Cara Tambah Akaun Instagram Dalam Satu Masa | Bagi orang-orang berbisnes, Instagram merupakan satu platform yang sangat penting dalam membina marketing. Betul tak? Tapi dalam masa yang sama, nak juga ada akaun Instagram yang berbeza untuk perniagaan dan juga untuk personal. Tak nak campur-campur. Kalau dulu, nak pakai 2 akaun instagram yang berbeza kena tukar secara manual - maksudnya log out akaun A lepas tu kena log in akaun B pulak. Sekarang ni, Instagram dah mudah sangat, dah boleh tukar akaun A dan B tanpa log out dan log in lagi. 

Cara Tambah Akaun Instagram Dalam Satu Masa

Macam mana nak buat multiple akaun Instagram dalam satu satu masa. Nah, aku buat step by step. Dalam tutorial ni aku letak gambar dulu lepas tu baru letak explaination tau.

STEP 1
Cara Tambah Akaun Instagram

1. Log in salah satu akaun instagram korang. Sekarang ni aku log in guna akaun @fadzirazak aku. Lepas tu pergi dekat bahagian Setting (titik tiga belah kanan atas) dan klik situ.

 STEP 2
Cara Tambah Akaun Instagram
2. Scrol sampai bawah sekali dan jumpa OPTION - Add Account. 

 STEP 3
Cara Tambah Akaun Instagram

3. Nanti akan keluar log in page macam ni. Isikan bahagian log in (nombor 1) kalau korang dah ada akaun instagram yang lain. Klik bahagian sign up (nombor 2) kalau nak buat akaun instagram baru yang tak pernah wujud lagi. 

  

  TADAAA!
Cara Tambah Akaun Instagram
4. Inilah hasilnya bila dah ada 2 atau lebih akaun Instagram.  Kalau korang perasan, belah bawah kanan akan ada default profile picture untuk bezakan korang dekat akaun yang mana satu. 

CARA TUKAR AKAUN 1
Cara Tambah Akaun Instagram
5. Cara tukar akaun 1 - tengok belah atas sekali kiri. Pada nama korang ada anak panah ke bawah kan? Tekan situ. Nanti akan keluar list akaun yang korang ada. Pilih akaun mana yang korang nak guna.


 CARA TUKAR AKAUN 2
Cara Tambah Akaun Instagram

6. Cara tukar akaun 2 - tengok belah bawah sekali kanan. Pada default picture korang tu, tekan lama sikit. Nanti akan keluar list akaun yang korang ada belah bawah. Pilih akaun mana yang korang nak guna.

Tips:
1. Ramai yang tak jumpa Option Add Account - Cuba update Instagram app versi yang paling latest.
2. Untuk buat akaun instagram yang baru, kena pakai email yang tak pernah digunakan untuk akaun instagram lain.
3. Boleh buat sampai 5 akaun saja, tak boleh lebih-lebih (update dari blogger Mohd Zarin)

So yeah, good luck semua!


 

{ 27 comments.. read them below or add one }

Mus Mus 09 February, 2016
Masa nak update kena hati-hati takut terupdate salah akaun.. Hihihi
Linda Linda 09 February, 2016
Tq dear...mmg sgt berguna info ni...tq tq
Dilla Jalil Dilla Jalil 09 February, 2016
Tq..sangat2 membantu..kalau idak penat nak tukar2 acct 😅
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 February, 2016
Bro mesti banyak gile akaun kan :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 February, 2016
Ha itu pun kena hati-hati jugak :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 February, 2016
Heheh dulu pun saya main tukar2 jugak. Sama-sama :)
Sobri Mansor Sobri Mansor 09 February, 2016
yeeeeeeehaaaaaaaa.... dh boleh.... hehehe
Fhatin Amelia Fhatin Amelia 14 February, 2016
ada insta satu pun tak terjaga sis hehe

http://mellyacrayola.blogspot.my/
Teknik Jualan Insta Teknik Jualan Insta 14 February, 2016
Features IG yang sangat berguna terutama bagi mereka yang ada akaun bisnes dan akaun personal. Tak perlu login atau logout lagi
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 March, 2016
Hahahahh itu yang parah tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 March, 2016
Betul tu. dah makin senang nak pakai ig sekarang ni yang ade bisnes
nur sha nur sha 15 March, 2016
Xda ponnnn button add account tuu.
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 March, 2016
Nur Sha dah update ke instagram. Cuba uodate ke latest version lepas tu tengok semula
Rara Rara 30 March, 2016
Mcm mana nak log out satu account yg kita dah log in ea? Xjumpa 😂
Fadzi Razak Fadzi Razak 06 April, 2016
Rara pergi dekat bahagian setting (titik tiga belah atas kanan) scroll sampai bawah, nanti akan ada option untuk log out :)
MOHAMAD SALEEM AL AHMADI MOHAMAD SALEEM AL AHMADI 14 July, 2016
Try buat acc 2....tp bila nk bukak acc yg ptama xdpt....biasa bila connect ngn fb dia bukak acc yg biasa... Ni connect ngn fb dia klua acc ig yg no 2...np ek...ke acc 1 dah hilang or hapus....please bantu
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 July, 2016
Eh sepatutnya ada tak kan dihapus. Cuba log out any acc. lepas tu log in acc 1, lepas tu login lg sekali acc 2.

Sy kadang2 kene kick out dari log in salah satu acc jugak. Tak tahu jugak kenapa. Tapi lepas log in semula, tak ada masalah
aRz MoHa aRz MoHa 23 July, 2016
menarik...terima kasih atas perkongsian
Norhasyimah kamaroulzaman Norhasyimah kamaroulzaman 02 November, 2016
Ya2 sama la macam masalah yang dinyatakan diatas..bila dah buat acc 2 then ak buka acc 1 tak bole pulak... dia ada keluar word "switch to" apatah terus acc 1 jadi acc 2... Dah banyak kali dah try log out balik then log in balik tapi still dia buka acc 2. Ada cara lain tak Fadzi nak kembalikan acc 1 tu, sayang gila kalau acc 1 takleh buka.
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 November, 2016
Sama2 arz moha. Ramai yang perlukan function ni lebih lebih lagi yang ada banyak ig
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 November, 2016
Hi hasyimah,kalau ada keluar word 'switch to', awak klik pasa button tu. Nanti awak akan nampak list akaun ig yang awak ada. Awak boleh pilih salah satu antara tu.

Jgn risau, akaun tu tak hilang. Cuma klik je pada 'switch to' tu
Norhasyimah kamaroulzaman Norhasyimah kamaroulzaman 02 November, 2016
Saya dah klik dah button tu, masalahnya kat list akaun ig tu dua2 acc 2 punya. tu yang tak bole nak "switch to" ..akaun ig 1 takada pon. :(
Fadzi Razak Fadzi Razak 03 November, 2016
Alamak, kalau kes macam tu saya pun tak pasti hasyimah. saya ada google pasal problem awak and saya baca ada yang problem macam tu, dieorang kena uninstall lepas log out account A. Install baru untuk bukak Account B