Safi Shayla Itch-Kontrol - Shampoo Untuk Wanita Bertudung

October 04, 2016

Baru-baru ni aku pergi travel satu semenanjung selama 2 minggu berturut-turut. Alang-alang Zul nak habiskan cuti dia kan. Ape lagi, ambik lah kesempatan ni. Nanti aku akan cerita pasal aku travel dalam entry-entry yang lain. Tapi satu masalah masa travel hari tu, aku tak sempat nak basuh shampoo selalu sebab asyik on the go je kan. Nak pakai tudung lagi. Takut lembap-lambap pakai tudung, busuk pulak rambut. Lepas tu, shampoo yang disediakan oleh hotel pulak, hmmmm haru je. 


Shampoo untuk wanita bertudung

Jadinya, lepas balik dari travel hari tu, aku ada cuba shampoo untuk wanita bertudung brand Safi Shayla ni. Dulu aku selalu je dengar pasal shampoo Safi Shayla ni tapi tak pernah terfikir nak pakai. Baru ni je aku cuba Safi Shayla Itch-Kontrol dalam pek fleksi dia. 


Shampoo untuk wanita bertudung

Safi Shayla Itch-Kontrol 

Since aku memang tengah gatal kepala waktu tu, Safi Shayla Itch-Kontrol memang tolong sangat untuk kawal kulit kepala aku daripada berkelemumur dan dalam masa yang sama dia buat kepala aku jadi sejuk selesa. Dalam shampoo ni jugak diaorang ada masukkan habbatus sauda, minyak argan dan mentol untuk sihatkan kulit kepala, bagi rasa sejuk-sejuk segar minty dan bau yang wangi. 

Pek Fleksi Shampoo Safi Shayla

Pek Fleksi Shampoo Safi Shayla ni bagi aku lebih menjimatkan tapi kualiti tetap sama dengan shampoo- shampoo yang ada dekat luar sana. Harga pek fleksi ni bagi aku memang okay. Korang boleh beli Pek Fleksi Safi Shayla ni dengan harga RM14.65 untuk saiz 480g dekat mana-mana pasaraya dekat Malaysia ni. 


Shampoo untuk wanita bertudung

Saiz dia sangat okay untuk korang bawak ke mana-mana pun even nak bawak pergi travel letak dalam beg pun tak ada masalah. Tak berat dan tak ambil banyak ruang dalam beg pun. Nak refill terus dalam botol lama pun boleh. Lagipun Safi Shayla Pek Fleksi ni mesra alam tau sebab penggunaan plastik untuk buat packaging dia 65% jauh lebih kurang daripada botol punya.  

Bagi yang pernah pakai shampoo Safi Shayla dalam botol, warna dan corak reka bentuk setiap pek fleksi sama je dengan yang botol punya. So, tak ada lah korang confuse jenis apa shampoo tu kan. Ada banyak lagi variasi Safi Shayla Pek Fleksi ni.

Shampoo untuk wanita bertudung
Hitam - SAFI SHAYLA Hitam Menawan
Hijau - SAFI SHAYLA Segar Bermaya 
Biru SAFI SHAYLA Anti Kelemumur
Merah - SAFI SHAYLA Rambut Rosak 
Hijau Emerald - SAFI SHAYLA Itch Kontrol 
Kuning - SAFI SHAYLA Kawalan Minyak
Oren - SAFI SHAYLA Rambut Gugur
Ungu - SAFI SHAYLA Licin Terurus 

Kalau korang nak tengok any info pasal Safi Shayla ni, korang boleh tengok dekat Facebook, Instagram ataupun Youtube Safi.


You Might Also Like

4 comments

  1. salam ziarah..

    mmg suka syampu ni..selain bau wangi..mmg berkesan untuk masalah rambut bila bertudung.. plg suka hijau emerald tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. The range here for Safi Shayla certainly has a lot of choices to choose from. Love the design for the shampoos as well :)

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter