Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi

July 05, 2017

Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi | Lepas balik raya hari tu, Fadzi ada scroll Facebook. Ada sorang kawan dalam Facebook Fadzi kata nak get ready masak tiap-tiap hari. Siap ada hashtag #1Hari1Resepi. Tiba-tiba Fadzi teringat, Fadzi ada buku 1 Hari 1 Resepi hasil tangan Chef Hanieliza.

Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi

1 Hari 1 Resipi - Panduan Langkah Demi Langkah

Kalau korang tengok pada tajuk buku, 1 Hari 1 Resipi - kiranya memang korang boleh rujuk buku resipi ini untuk menu memasak selama setahun ataupun 365 hari. Dah tak pening dah nak fikir masak apa hari ini. Dulu Fadzi setiap kali waktu tengah hari dan waktu malam, mesti penat fikir nak masak apa hari ni ye. Bila rujuk buku resipi 1 Hari 1 Resipi ini, tak ada lah pening sangat. At least ada lah jugak idea nak masak apa.

Buku resipi 1 Hari 1 Resipi yang Fadzi ada ni keluaran tahun 2010. Fadzi baru tahu ada keluaran terbaru yang mana diaorang tambah lagi 140 bonus resipi baru. Total semua 505 resipi. Jadi, kalau korang nak beli, better korang beli keluaran yang terbaru punya. Pastikan ada 505 resipi dan bukannya 365. Baru berbaloi sikit beli kan?

Resipi Ayam Percik

Isi Kandungan Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi

Fadzi suka dengan buku resipi ni sebab buku ni siap ada pengenalan kepada rempah-ratus dan peralatan. Ye la, kadang-kadang Fadzi bukan tau sangat fungsi rempah ratus tu buat apa rempah ratus ni buat apa. At least, bertambah lah ilmu Fadzi. Dalam buku resipi ni, korang akan dapat pelbagai jenis resipi mengikut kategori:
  1. 20 Menu Istimewa Chef Hanieliza
  2. Senangnya Memasak Ayam
  3. Senangnya Memasak Ikan
  4. Senangnya Memasak Daging
  5. Senangnya Memasak Kambing
  6. Senangnya Memasak Makanan Laut
  7. Senangnya Memasak Tauhu Dan Telur
  8. Senangnya Memasak Kerabu Dan Salad
  9. Senangnya Memasak Sayur
  10. Senangnya Memasak Sambal Dan Sos
  11. Senangnya Memasak Nasi
  12. Senangnya Memasak Mi, Mihun Dan Kuetiau
  13. Senangnya Memasak Makanan Barat
  14. Senangnya Memasak Kuih Muih Minum Petang
  15. Senangnya Memasak Kuih Kukus
  16. Senangnya Memasak Puding Dan Desert

resipi sambal mudah

Antara banyak-banyak resipi dalam buku ni, Fadzi paling nak suka dengan resipi sambal dia. Ada lebih kurang 20 resipi sambal mudah yang korang boleh cuba. Fadzi nak cuba buat semua sambal yang ada. Sehari buat satu sambal. Hihihii besar betul cita-cita kan. 

Satu benda yang Fadzi suka dengan buku resipi ni adalah gambar-gambar yang ada memang cantik. Siap ada gambar step by step untuk semua resipi. Senang sikit nak tengok kita buat betul ke tak kan. Tapi jujur Fadzi cakap, ada juga gambar nya yang agak blur. Huhuhu. Dan ada antara kih muihnya tak berapa cantik buatannya. Maksudnya, macam tak rata bahagian atas. Korang kena tengok lah sendiri. Ada gambar yang okay dan ada gambar yang bagi Fadzi tak berapa okay.

Dan kebanyakan resipi dalam buku ni nampak senang sangat nak dibuat. Nanti Fadzi cuba masak guna resipi dalam buku ni dan Fadzi update betul ke tak senang nak masak ikut step by step dia. 

Resipi Onde Onde

Fadzi rasa untuk korang yang baru nak belajar memasak atau selalu tak ada idea untuk memasak setiap hari tu kan, boleh lah korang beli buku ni. Pada Fadzi memang berbaloi sangat untuk dapatkan buku resipi istimewa daripada Chef Hanieliza ni. Dan Fadzi rasa ada antara korang yang memang dah ada pun buku ni kan. Kalau korang dah ada, resipi apa yang korang dah buat? Kongsilah sikit dekat bawah.

kalau korang rasa nak beli buku resipi secara online, korang boleh tengok dekat Lazada. banyak Fadzi tengok buku-buku resipi dekat situ. Tapi bahaya tau. Kalau korang tengok, mesti nak terbeli punya walaupun korang tau korang tak kan buat hehehhe. Korang boleh tengok dekat sini kalau nak cari buku resipi dekat website Lazada


You Might Also Like

14 comments

  1. Pernah nak beli dah buku ni dekat kedai buku...tp setan hasut perli plak cakap kau buat ke julia...ke jadi perhiasan je buku tu hahaha...best ye tgk tajuk resepi sambal tu banyak betul...haish tergoda plak nak beli buku ni balik hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli je kak julia. Even kita simpan pun, ada satu masa nanti mesti kita nak pakai jugak hehehe

      Delete
  2. Yeahhh buku ni bagus sgt.. Dah ada satu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu buat tak? Fadzi baru je nak start hihihih

      Delete
  3. kadang beli bku resepi ni bukan tiru sgt..last2 campak2 je..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi same lah. Kadang2 kalau rasa malas, main campak-campak je. Kalau duk belek buku ni, rasa nka buat ikut resipi tapi tka buat pun hahahha

      Delete
  4. Dulu rajin jugak beli buku resepi ni, last2 tersimpan entah kemana..hehehe

    ReplyDelete
  5. Lazada sells everything nowadays! So convenient! But yes, beli resipi book tapi jarang ikut buku masak lolxxx

    ReplyDelete
  6. Alja tak pernah kisah pasal buku resepi ni. Tapi bila orang kata "malu lah anak dara tak reti masak" "hantaran nak banyak, pergi dapur pun malas" maka, buku ni memang kena beli untuk cuba setiap 1 hari. Kalau tak, mak aneeq reject! Hahaha

    ReplyDelete
  7. Beli buku ni sbb nak msk contest dulu..haha..tp mmg ok resipi dia..mjadi jugak..

    ReplyDelete
  8. Waaah, banyaknya resepi. Nak beli la satu buku ni. Memang penting untuk orang bujang buat rujukan.

    ReplyDelete
  9. Haha.. saya pun ada buku ini. Beli tahun lepas. Angan2 setinggi gunung tapi yang ado hanyalah tinggal bukunya yang tersimpan di rak..

    ReplyDelete
  10. Ada jugak buku ni! Memang sangat membantu,hihi

    ReplyDelete
  11. Buku ni saya beli masa mula-mula kawen 2007 kut. Memang amat-amat berguna di kala putus idea nak masak apa. Haha

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter