Saya Mengandung! I Am Pregnant!

July 03, 2018
Saya Mengandung! I Am Pregnant! | Alhamdullilah Fadzi pregnant anak kedua. Tak sangka dan tak plan pun tapi rezeki Allah dah bagi, kiteorang terima saja.

Pada masa Fadzi taip entry ni, kandungan Fadzi dah masuk  25 minggu dah. Kira dah 6 bulan lebih. 

Buku pink


Awal-awal pregnant dulu Fadzi senyap je tak bagitau sesiapa kecuali keluarga. Alahan mengandung Fadzi kali ni memang teruk sangat sampai tak larat nak buat apa-apa.

Dekat media sosial pun Fadzi senyap. FB, IG, Twitter even blog pun terabai, tak update apa-apa sebab tak larat. 

Ada lah dalam 4 bulan Fadzi tak aktif dekat sosial media sampai ada kawan-kawan bertanya kenapa lama dah lama tak nampak dekat FB, IG dan Twitter. Yang tanya tu, Fadzi bagitau je Fadzi tengah pregnant. 


Pregnancy Test

Fadzi mula perasan yang Fadzi macam pregnant tengah-tengah bulan Februari. Dah 2 3 hari Fadzi rasa macam tak selesa badan, pening kepala, dah rasa loya. Period pun tak datang-datang.

Fadzi mengadulah dengan husband kata mengandung kot ni. Mula-mula husband macam malas nak layan sebab sebelum-sebelum ni pun, tiap-tiap bulan Fadzi selalu cakap Fadzi macam mengandung. Hahahha. Dia stress kot.

Tapi kali ni mungkin dia nampak Fadzi lain macam, jadi dia belikan Fadzi pregnancy test dengan panadol. Fadzi buat pregnancy test dan keluarlah dua line itu. 


Pregnancy Test


Awal-awal bila nampak dua line tu, Fadzi macam eh betul ke ni. Pregnant lagi ke aku ni. Rasa macam blur gitu. Fadzi tinggalkan pregnancy test tu dekat sinki toilet dan suruh husband tengok. Bila husband tengok, dia pun macam, okay dah tengok. Jadi? 

Masing-masing macam blur. Mungkin kiteorang rasa macam tak bersedia lagi untuk dapat anak kedua ni kot. Tapi rezeki Allah dah nak bagi, kiteorang terima lah.   


Morning Sickness Dan Simptom Mengandung


Dalam 2 3 hari lepas Fadzi buat pregnancy test dan keputusan adalah positif, terus teruk muntah-muntah dan tak lalu makan. Tapi tak stop sampai situ. Lagi banyak simptom mengandung pelik-pelik kali ini antaranya:

  • Muntah pagi petang siang malam
  • Muntah setiap kali makan
  • Muntah setiap kali minum air masak
  • Tak boleh telan air masak
  • Boleh minum air soya saja
  • Tak boleh minum air bersusu
  • Tak boleh makan makanan bersantan
  • Tak boleh makan pedas langsung
  • Tak boleh minum kopi dan teh
  • Muntah makanan
  • Muntah buih dan air
  • Muntah angin
  • Tak lalu nak makan
  • Boleh makan ikan bilis goreng terpilih dan sayur tumis saja
  • Cepat penat
  • Air liur non stop dalam mulut 
  • Tak boleh nak tidur siang
  • Selalu terjaga bila tidur malam
  • Dehydrated
  • Sakit ulu hati 
  • Tak nak keluar rumah

Gila jugak penangan pregnant kali ini. Lebih teruk daripada masa mengandungkan Aneeq dulu. At least masa Aneeq dulu, walaupun masa awal-awal pregnancy banyak kali masuk hospital, Fadzi masih boleh tidur siang dan simptom-simptom pregnancy pelik-pelik habis bila masuk 5 bulan. 

Ini dah masuk 6 bulan pun masih ada muntah-muntah dan simptom-simptom pregnancy yang lain. Penat kali ini pun lain macam sebab nak kena melayan Aneeq at the same time.

Masa masuk 2 bulan pregnant, Fadzi balik kampung sebab Mak dan husband risau Fadzi tinggal berdua je dengan Aneeq dekat rumah masa husband pergi kerja. Takut ada apa-apa jadi. So, melepek lah Fadzi dekat rumah Mak lebih kurang 3 bulan jugak lah.

Dalam 3 bulan tu, husband Fadzi ulang alik Shah Alam-Pekan-Shah Alam setiap 2 minggu. Kesian dekat dia, penat dan letih drive 3 jam. Pergi hari Sabtu balik hari Ahad.

Dengan Mak pun Fadzi kesian sebab setiap kali Fadzi dehydrated, Mak bawak Fadzi ke hospital dan kena tunggu lama masa Fadzi terima rawatan. Last-last, even Fadzi dehyrated Fadzi nekad tak nak pergi hospital dah. Fadzi paksa diri minum air banyak-banyak, rehat baring dan basahkan badan dengan towel basah.

Dekat Aneeq pun Fadzi kesian jugak sebab bila dia duduk dekat kampung, tak tahu apa silapnya badan dia naik gatal-gatal. Teruk jugak sampai malam pun susah nak tidur. Siang-siang dia tak nak nap langsung sebab seronok main. Tapi serius Fadzi tak sampai hati tengok gatal-gatal naik dekat badan dia.

Last-last disebabkan Fadzi kesian dekat Mak penat tengok-tengokkan Aneeq sambil tengok-tengokkan Fadzi, kesian dekat Aneeq tergaru-garu gatal dan kesian jugak dekat husband asyik ulang alik drive 3 jam Sabtu Ahad, Fadzi pun kata nak balik ke Shah Alam walaupun masa tu masih lagi tak berapa nak sihat.


Aneeq Asyraf


Aneeq Tahu Tak Dia Nak Dapat Adik?

Yes, dia tahu. Sejak awal lagi Fadzi bagitahu Aneeq yang Fadzi tengah mengandungkan adik dia. Awal-awal Fadzi pregnant ya Allah, memang banyak betul ragam Aneeq. Perangai dia memang lain daripada perangai dia yang biasa.

Aneeq banyak mengamuk, banyak menendang. selalu memukul, tarik rambut dan selalu tak nak dengar cakap Fadzi. Sampai ada satu hari tu, Fadzi tengah emosi, tengah penat tak larat gila dan Aneeq pulak asyik tendang dan tarik rambut Fadzi.

Terus Fadzi marah dia. Mak Fadzi ambil Aneeq dukung jauh-jauh sambil pujuk Aneeq. Fadzi tak tahan sampai menangis. Fadzi masuk bilik air, mandi sambil menangis. Lepas tu Fadzi masuk bilik dan cuba untuk tidur. Tapi tak dapat nak tidur.

Dalam 2 bulan jugak Aneeq buat perangai macam tu. Tapi bila dah lama-lama, perangai Aneeq dah okay balik. Dia selalu usap-usap perut Fadzi, selalu nak tengok adik baby melalui pusat dan paling terkejut semalam Aneeq tanya "Macam mana adik nak keluar?" sambil pegang perut Fadzi.

Sekarang ni kalau Fadzi muntah-muntah, Aneeq datang ikut Fadzi masuk toilet dan urut-urut belakang Fadzi. Kalau dia nampak Fadzi gosok-gosok perut, mesti dia tanya "Sakit perut?" Sweet sangat rasa. Tapi kadang-kadang dia duk panggil Fadzi "Perut buncit". Sabar je lah.

Bila Fadzi mintak Aneeq buat apa-apa, dia ikut je cakap. Senang dan lega sikit hati ni. 

Malam-malam pulak, Aneeq tak boleh nak tidur dalam bilik dia dah. Sebelum ini dia okay je nak tidur dalam bilik dia sendiri. Tapi sekarang dia mesti nak tidur sekali dengan Fadzi. Nak peluk.

Rezeki Blogging 

Sejak awal lagi Fadzi pregnant memang Fadzi tak larat langsung nak bukak blog dan sosial media. Kalau korang nak tau, Fadzi memang full time buat blogging ni. Jadi sedikit sebanyak rezeki yang Fadzi dapat memang melalui blogging.

Tapi bila dah tak larat, banyak offer kerja blog yang Fadzi terpaksa tolak. Banyak jugak dapat yang best-best, payment pun menarik, even ada offer yang tak ada payment tapi memang sangat berbaloi untuk Fadzi yang tengah pregnant ni.

Cumanya bila Fadzi duk fikir Fadzi memang sangat-sangat tak larat nak follow requirement clients dan benda yang Fadzi paling takut adalah kalau Fadzi terima offer tu, Fadzi tak dapat nak commit dan akan menyusahkan clients. Itu yang Fadzi paling tak nak.  

Banyak yang Fadzi terpaksa tolak dan bagitau Fadzi tengah alahan teruk. Lagipun waktu tu Fadzi masih lagi di kampung dan tak tahu bila nak balik Shah Alam. Kebanyakan clients sangat memahami tapi adalah client yang cakap Fadzi tak nak ambil job tu sebab tak ada payment.

Bila dapat client yang jenis cakap banyak walaupun Fadzi dah bagitau condition Fadzi macam mana, Fadzi malas nak layan. Terus kata tak nak. Tak payah pening-pening kepala in the future. Lagipun, Fadzi nak menjaga nama baik Fadzi juga. Buatnya Fadzi terima offer tu dan tak dapat nak buat, nama Fadzi juga yang busuk.

Baru-baru ni je lepas raya Fadzi baru berani nak ambil offer job sikit demi sedikit. Dah larat sikit ni, walaupun husband mampu tanggung, Fadzi nak juga merasa duit sendiri. Dah 3 bulan bank Fadzi sunyi tanpa duit masuk heheheh.


Scan baby


Harapan Kehamilan Kali Ini

Fadzi harapkan pregnant kali ini senang je. Dan harap semuanya elok-elok sampai nak beranak nanti. Harap juga doktor dan nurse yang menyambut kelahiran anak baru Fadzi ni nanti semuanya perempuan. Aminnnn.



You Might Also Like

42 comments

  1. Alhamdulillah.. teruk juga alahan yer. jue pulak tak pernah kena alahan mcm tu. maybe sebab Allah nak bg jue kuat sebab nak urus 2 anak time tu. bayangkan pergi klinik kena bawak dedua hero tu... fuhh.. semput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue kena layan 2 orang anak masa pregnant, lagi payah kan. Fadzi nasib baik suami boleh work from home. So time Fadzi pergi klinik, husband hantar and drop, pastu jaga anak dekat rumah. Senang sikit

      Delete
  2. tahniah...mmg kalo lama xnmpk di media social slalunya gtula..sure ngandung tu....alahan truk mmg melepek je la jwbnya...smoga dipermudahkan utk fadzi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak amy. Alhamdullilah sekarang dah makin kuat sikit even alahan tu masih ada. huhuh

      Delete
  3. Congratulation for the second pregnancy. You have when through a lot of difficulty may you and baby healthy. I will see you again for the next event. Can't wait to see your post with your little one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you betty. Cant wait for the baby to come out too :D :D

      Delete
  4. Ya Allah atie...Alhamdulillah.Tahniah...
    Jaga diri dan kandungan baik-baik ok..semoga dipermudahkan segala urusan awk kawai :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terim akasih kak nonie. InsyaAllah harap semua selamat sampai bersalin berpantang :D

      Delete
  5. Tahniah fadzi....moga dipermudahkan hingga selamat bersalin. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak marsha. InsyaAllah aminnnn :)

      Delete
  6. Tahniah! lepas ni jagi mum to be blogger la. Harap rezeki mum to be and baby to be melimpah ruah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much cindy. Hopefully rezeki melimpah ruah juga untuk kedua kami

      Delete
  7. Tahniah fadzi, patut la senyap je dengan projek dari bro lately hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you bro. Mana ade senyap. Bro tak ajak hahahaha

      Delete
  8. Alhamdulillah. Take k fadzi. Semoga di permudahkan sehingga urusan bersalin nanti. Tiap anak ne rezekinya berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih miza. InsyaAllah harap semuanya selamat nanti. Betul setiap anak rezeki berbeza. Alahan pun berbeza hihihihi

      Delete
  9. perasan jugak la jarang nampak kat fb hehe tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee terima kasih banyak banyak syafyqah :D

      Delete
  10. Alhamdulillah...akak pun tau Fadzi pregnant dah beberapa bulan..itupun dengar dari sapa ntah..teruk eh kali ni pregnant..itu yang x larat tu kan..eh..akak nyer pengalaman baru sekali..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni yang bongsu kot hahaha. Tak larat dah nak melalui pengalaman macam ni sekali lagi

      Delete
  11. Tahniah Fadzi... hihihi ms hilang kejap tu mmg mcm rs fadzi mesti preggy hahaha main agak je tp betul.. mmg preggy ni klau kita sakit je tp xpernah serik kan?? Akwk doakan awak sihat kuat hingga bersalin nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah betul tu kak liez. Tak pernah serik tapi rasanya kali ni memang serik dah. Bongsu dah la kot yang kali ni

      Delete
  12. tahniah fad..yeahh aneeq nak dapat adik..akhirnya..hheee..tengok aneeq nanti macam mana bila dapat adik..hehee..rezeki adik dapat bnyk job tu..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak tengok macam mana aneeq layan adik die nanti

      Delete
  13. Semoga Fadzi dipermudahkan urusan. Kehamilan saya, dua2 alahan yang teruk. Tapi bila baby dah keluar tak sabar nak preggy lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah baby dah keluar tak sabar nak mengandung lagi tu tak tahan. Saya dah tak sanggup huhuhuh

      Delete
  14. Wah Aneeq nak dapat adik baru. Tahniah! Semoga segala urusan korang dipermudahkan.

    ReplyDelete
  15. Yeayyy Aneeq nak ada adik dh. Alhamdulillah n tahniah Fadzi. Patutlah lama senyap..kisahnya alahan teruk ya. Bawak byk2 berehat kay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun banyak job kena tolak sebab tak larat. Hehhe memang berehat bersungguh sungguh

      Delete
  16. Tahniah! semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  17. Tahniah fadzi. Sama la kita AS pun sepanjang mengandungkan 3 orang anak, tak ada seorang pun yang takde alahan. Alahan pula sampai lah nak bersalin pun masih ada alahan. Harapnya Allah reward kita dengan ganjarannyang besar lah atas ujian dan kesulitan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah macam tu lah hendaknya. Kadang kadang rasa tak mampu nak tanggung ni

      Delete
  18. Tahniah fadzi.take care tau. Tapi teruk juga alahan fadzi tu. Harap dipermudahkan sehingga saat melahirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak banyak kak ayu. InsyaAllah harap semua okay je

      Delete
  19. Congrats and take care. I wish you and your baby all safe and healthy ya. Hugsss

    ReplyDelete
  20. naseb baik aneeq faham n dengar kata. harap2 nti adik aneeq dh lahir, aneeq betul2 jadi abang. senang hidup mommy dia.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aneeq jadi abang yang baik hehehe

      Delete