Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam | Bagi korang yang tengah mencari hospital-hosital bersalin di Shah Alam ni, nah Fadzi nak share sikit dengan korang antara option yang ada.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Setakat yang Fadzi tau, ada 6 hospital (sama ada kerajaan atau swasta) yang menawarkan pakej bersalin dekat hospital diaorang. Fadzi senaraikan nama-nama hospital beserta pakej yang diaorang ada. 

Take note, masa Fadzi buat entry ni (September 2018), semua harga adalah betul. Tapi kalau korang baca entry ni lepas date yang Fadzi mention dekat atas, korang check lah semula website diaorang untuk pakej tau. Takut diaorang dah tukar harga.  

Hospital Shah Alam

Fadzi letak Hospital Shah Alam ni yang pertama sebab Fadzi tau mesti ramai yang cari hospital kerajaan kan. Sebab kos lebih murah dan kalau ada kes emergency, diaorang tak akan tolak. 


Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Untuk caj bersalin di Hospital Shah Alam ni tak ada lah pakej. Cuma ada harga ikut kelas. Boleh tengok dekat atas ni.

Kalau korang nak baca review orang lain punya pengalaman bersalin dekat sini, korang Google je "bersalin di Hospital Shah Alam". Banyak entry blogger lain buat. Macam-macam jenis pengalaman diaorang yang korang boleh baca. Ada yang okay dan ada jugak yang tak berapa okay.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital Shah Alam untuk korang pergi tengok.  

Alamat: Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi: Open 24 hours
Telefon: 03-5526 3000
Website: http://hsas.moh.gov.my/index.php/ms/orang-awam_/panduan/caj-bayaran.html

Avisena Specialist Hospital

Buat masa sekarang ni, kalau korang nak bersalin dekat Avisena Specialist Hospital, korang akan bersalin di bangunan lama. Bulan November kalau tak silap, diaorang akan buka Avisena Women And Children Hospital tak jauh dari bangunan yang sedia ada. 
Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam
Pakej untuk bersalin di Avisena Specialist Hospital:
Normal Delivery RM4500
Caeserean Delivery RM9750

Dalam pakej ni, akan include sekali bilik single, yuran konsultan, makanan, pemeriksaan neonatal, ubat-ubatan, pemeriksaan pendengaran untuk bayi, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi, lawatan ke rumah selepas bersalin dan stokin TED untuk bersalin Caesarean.

Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Avisena Specialist Hospital untuk korang pergi tengok.  

Alamat: No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (603) 5515 1888
Fax: (603) 5515 1815
Email: careline@avisena.com.my
Website: http://avisena.com.my/our-services/our-services-womens-childrens-hospital/

KPJ Selangor Specialist Hospital

KPJ Selangor Specialist Hospital ini pulak terletaknya dekat Seksyen 20 Shah Alam. Setakat ni Fadzi tak pernah lagi pergi ke sini. Mungkin sebab jarak agak jauh dari rumah jadi Fadzi tak survey pun nak bersalin dekat sini. 

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Pakej untuk bersalin di KPJ Selangor Specialist Hospital:
Normal Delivery 
- 4 bedded RM3290
- 2 bedded RM3390
- Single bed RM3590
Caeserean Delivery 
- 4 bedded RM9980
- 2 bedded RM10180
- Single bed RM10480

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, makanan, pemeriksaan neonatal, ubat-ubatan bawa balik, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi. Kalau korang nak buat ujian pendengaran untuk anak, cuma perlu tambah RM50 saja.



Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat KPJ Selangor Specialist Hospital untuk korang pergi tengok.  

Alamat: KPJ Selangor Specialist Hospital, Lot 1, Jalan Singa 20/1 Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: +603-5543 1111 
Fax: +603-5543 7222
Website: http://www.kpjselangor.com/page?p2=Maternity+Package

Klinik Bersalin An Nur

Klinik Bersalin Annur ni sebenarnya kecil saja. Tak besar macam hospital-hospital yang lain. Namanya pun klinik kan. Dan diaorang hanya terima kes-kes yang ringan saja. Diaorang tak akan terima untuk caesarean tau.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Masa pregnant kan Aneeq dulu, Fadzi plan nak bersalin dekat sini sebab semua perempuan dari doktor sampai nurse. Tapi disebabkan Fadzi pecah air ketuban 2 minggu awal, terus diaorang reject Fadzi dan refer Fadzi ke hospital pilihan Fadzi. Waktu tu Fadzi pilih PPUM.

Diaorang tak ada website jadi Fadzi tak dapat nak survey berapa pakej bersalin diaorang. Tahun 2015, Fadzi survey harga dalam RM1.6k kalau tak silap. Ingat-ingat lupa pulak. Yang bestnya dekat Klinik Bersalin Annur ni, macam Fadzi cakap tadi, semua perempuan dan diaorang akan cuba jadikan pengalaman bersalin korang macam dekat rumah. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Klinik Bersalin Annur untuk korang pergi tengok.

Alamat: Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi: Tutup 8 malam
Telefon: 03-5519 9354

Hospital SALAM

Hospital SALAM ni pulak letaknya dekat Seksyen 19. Pun Fadzi tak pergi survey sebab jarak macam jauh sikit dari rumah Fadzi sekarang. 

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam


Pakej untuk bersalin di SALAM Shah Alam Specialist Hospital:
Normal Delivery RM2499
Caeserean Delivery RM6499

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, makanan, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi. 

Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam dalam bilik jenis single atau double. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam dalam bilik jenis single.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital SALAM untuk korang pergi tengok.

Alamat: SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Seksyen 19 ,40300 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-5543 4000
Website: https://www.salamshahalam.com/maternity

Hospital UMRA

Masa pregnantkan Aneeq, Fadzi pernah juga datang ke UMRA untuk survey. Hospital dia dekat bangunan kedai-kedai tapi besar jugak lah. Nampak pun selesa juga. Dekat pun dekat juga dengan rumah.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam


Pakej untuk bersalin di SALAM Shah Alam Specialist Hospital:
Normal Delivery 
- 3-4 bedded RM1999
- 2 bedded (sharing) RM2149
- Standard Single Room RM2499
- 2 bedded (non sharing) RM2599
- Executive Single Room RM2699
- 2 bedded (non sharing executive) RM3099

Caeserean Delivery 
- 3-4 bedded RM4999
- 2 bedded (sharing) RM5149
- Standard Single Room RM5499
- 2 bedded (non sharing) RM5599
- Executive Single Room RM5699

- 2 bedded (non sharing executive) RM5999

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, pemeriksaan bayi, ubat-ubatan bawa balik dan cas nursery. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital UMRA untuk korang pergi tengok.

Alamat: Hospital Umra, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Daru Ehsan.
Telefon: 603 5518 4319
Fax: 603 5511 4319
Email: umra@umra.com.my 
Website: http://www.umra.com.my/packages/

Itu antara 6 hospital yang Fadzi tau ada sediakan pakej bersalin di Shah Alam ni. Kalau korang tau ada hospital lain, boleh tolong komen dekat bawah supaya Fadzi boleh masukkan dalam senarai ini.

Yang tengah memilih hospital, harapnya entry ini dapat membantu sedikit sebanyak pening kepala korang tu. Pilih tu ikut kemampuan dan keselesaan. Mana-mana pun sama je sebenarnya cuma lebih selesa atau tidak je.


Post a Comment

44 Comments

  1. banyak pulak pilihan hospital nak bersalin ek fadzi, kak lily pun tak sangka shah alam banyak nau hospital selalu nampak SALAM medical je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kak lily. Tinggal nak pilih je huhuh

      Delete
  2. This list is so useful for expected mother.. Great comparison and choices.. Mummy to be need to read this before making a choice on where to delivery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. I hope this can help parents to be out there to choose their delivery hospital

      Delete
  3. bagus article ni. mudah untuk rujukan ibu bapa ketika memerlukan. hehehe

    ReplyDelete
  4. airah memang tengah survey hospital nak bersalin tapi dekat perak la hahaha shah alam jauh sangat.semua best2 ni

    ReplyDelete
  5. bestnyer klinik bersalin An Nur tu tapi akak idok ler nak bersalin lagi. Apa pun good info untuk sesiapa yang nak cari hospital untuk melahirkan mengikut bajet dalam poket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe mana tau ade rezeki lagi kak fuzy :D

      Delete
  6. Fuhhh beribu-ribu coast bersalin. Macam mana lah agaknya harga untuk hospital prince court dan glenegles. Mesti lagi mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih, tu memang saya tak tengok dah. Takut hahaha

      Delete
  7. Alahaiii baca entry ni terkenang pulak masa bersalinkan anak2 yg dah besar panjang ni. Seorg kat tawakal n sorg lg kat damansara specialist.Dulu pun leh nangis gak gan harga utk bersalin kat sepital swasta ni..lagilah sekarang ekk..ummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dulu, harga tu value dia pun mahal jugak kan kak hanny

      Delete
  8. bagus juga ada info macam ni.. sangat penting especially buat first time mothers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully boleh tolong dieorang buat pilihan

      Delete
  9. Banyak juga rupanya hospital bersalin di Shah Alam. Kalau kinah memang pilihan hospital kerajaan je la sebab lagi murah dan satu lagi boleh guna GL je itu je yang mampu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital kerajaan tu pun fadzi okay je. Pengalaman sebelum ni, Fadzi dekat ppum. Half gov, half swasta. So far memang okay je layanan

      Delete
  10. Bagus ada informasi dan pilihan sebegini. Boleh la memasing memilih mana yang sesuai dengan pilihan dan keupayaan memasing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu rawlins. Depend pada kemampuan sendiri

      Delete
  11. Ibu mengandung tak payah risau dah tempat bersalin .Boleh tengok kt sini je. Pilih nak kerajaan xpun swasta. Pilih ikut kemampuan diri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tak kisah kerajaan atau swasta. Bezanya keselesaan dengan cas bayaran je

      Delete
  12. Hospital shah alam not bad. Maybe sbb dia agak baru juga. And kos dia xderlah mahal sangat heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kat hospital shah alam kan. Saya baca entry akak hehehe

      Delete
  13. banyak rupanya hospital bersalin di sekitar shah alam. nak pilih kena tengok ongkosnya lah kan. kalau swasta memang lah mahal tp layanan best dan jauh lebih selesa. thanks ya atas info nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut tengok banyak ni hospitalnya dekat shah alam hehehe

      Delete
  14. Great compilation Fad! Senang ibu ibu nak refer pegi bersalin nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully entry ni dapat tolong orang yang tengah mencari hehehe

      Delete
  15. Wife dulu bersalin di KPJ Shah Alam. Di KPJ Shah Alam, kita boleh pilih sama ada nak doctor perempuan or tak kisah mana-mana pun. Yang penting, hospital yang di pilih tu mesti lengkap. Cuba bayangkan, semasa tengah operation ceaser tu, tiba-tiba tak ada electrik.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, tak dapat bayangkan kalau tak ada elektrik. Serammm

      Delete
  16. Good to know of these list! I remember I googled for a hospital too and found it from those forum people recommending a good gynae.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I gathered all in this entry because i was too searching for hospital for my second delivery next month :D

      Delete
  17. Bagusnya share psl hospital area Shah Alam Dan byk pilihan utk mereka bla time terdesak.

    ReplyDelete
  18. Duluada juga survey hospital bersalin di Shah Alam ni, tapi macam jauh sangat dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jugak kan kalau pilih tempat bersalin ni jauh jauh. Takut tak sempat nak sampai dah terberanak dulu

      Delete
  19. Kne dftr dlu ke atau trus msuk je..Bslin nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang swasta kena daftar dulu. Sebab kita sekurang-kurangnya kena jumpa dan buat checkup dalam 2 3 kali sebelum bersalin dengna doktor dekat sini.

      Untuk hospital shah alam, rasanya daftar masa nak bersalin nanti.

      Delete
  20. Tkut nnti bslin kne dduk kt luarrr..kne dtar ke trus msuk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut pengalaman saya dekat Hospital Avisena, saya datang masa sakit contraction. Dia akan bagi duduk dekat ruang menunggu. Ada katil kita boleh baring dan suami boleh teman. Tempat tu ada cubicle so bertutup. Dia akan check dari semasa ke semasa untuk tengok kita punya progress dah berapa cm terbuka. Bila dah ready nak bersalin, dia akan bawak ke bilik bersalin.

      Kalau Hospital Shah Alam, yang ni ikut pengalaman kawan-kawan saya. Diaorang datang bila dah mula sakit. Register. Nanti akan tukar baju dan kena tunggu dekat dewan menunggu ramai-ramai dengan patient lain. Bila dah ada tanda, baru akan masuk dewan bersalin.

      Delete