Hospital Bersalin Pilihan Fadzi

August 29, 2018
Hospital Bersalin Pilihan Fadzi 2018 | Fadzi dah mengandung 33 minggu tapi masih lagi tak decide nak bersalin dekat mana. Banyak pilihan sebenarnya tapi itulah confuse tak tau nak pergi ke mana.

Antara hospital yang menjadi pilihan Fadzi untuk bersalin adalah Hospital Shah Alam, PPUM, Hospital Andorra dan juga Avisena Specialist Hospital.

Hospital Bersalin Pilihan Fadzi

Dekat bawah ni Fadzli list kan antara hospital bersalin yang menjadi idaman Fadzi sendiri.

Hospital Andorra

1. Hospital Andorra

Fadzi tunggu masa je sebenarnya nak pergi register dekat Hospital Andorra ni. Fadzi survey dekat website dan Facebook, diaorang kata bila kandungan dah masuk 28 minggu, baru boleh register.

Fadzi pun tunggu lah sampai masuk 28 minggu. Nak suruh dah Zul ambil cuti sebab nak buat appointment dekat Hospital Andorra. Tengok-tengok lah FB Hospital Andorra. Tiba-tiba tengok diaorang dah naikkan harga pulak.

Pastu macam eh eh berbelah bahagi pulak nak beranak dekat Hospital Andorra tu. Satu sebab diaorang naikkan harga. Harga untuk mak beranak harga lain. Untuk anak pulak harga lain. Harga pun tak tetap jadi tak boleh nak budget betul betul.

Satu lagi sebab agak jauh dari rumah. Dari Shah Alam ke Seri Kembangan dalam sejam jugak lah kalau tak peak hour. Risau kalau terkena peak hour jem. Pengsan mak beranak dapam kereta.

So, tak jadilah nak bersalin dekat Hospital Andorra yang menjadi idaman kalbu sebab semua doktor perempuan, hospital baru yang cantik dan makanan sedap dari Chef Zubir tu.

PPUM

2. PPUM

PPUM ni menjadi salah satu hospital pilihan Fadzi untuk bersalin sebab masa bersalinkan Aneeq pun Fadzi beranak dekat situ. Pengalaman yang Fadzi rasa masa tu memang semua menyenangkan kecuali husband tak boleh masuk masa labour.

Tapi dengar cerita sekarang husband dah boleh masuk teman isteri bersalin dalam labour room dekat PPUM. Alahai, kenapa lah dulu tak boleh. Geram tauuuu.

Kos bersalin dekat PPUM pun tak murah sangat dan tak mahal sangat sebab dia semi government dan semi swasta. Masa bersalinkan Aneeq dulu, Fadzi kena dalam RM1.6k kot. Itu pun sebab kena refer dekat situ dan Fadzi ambil epidural.

Kalau nak ikut jarak, rasanya lebih kurang je dengan Hospital Andorra. Masa bersalinkan Aneeq dulu, dari Shah Alam Seksyen 7 ke PPUM tu nak dekat sejam jugak lah sebab kena rempuh jem sikit dekat Federal.

Serius Fadzi suka dengan servis PPUM. Dari sampai dekat depan bangunan wad bersalin sampai discharge layanan yang Fadzi dapat elok elok semuanya. Tapi bila fikir ada hospital baru dekat Shah Alam ni, buat apa nak pergi jauh jauh sampai ke PPUM kan.

Hospital Shah Alam

3. Hospital Shah Alam

Dari awal masa nak beranakkan Aneeq lagi memang plan nak bersalin dekat sini. Tapi waktu tu tak siap lagi. Delay Delay punya lah lama. Geram je rasa.

Sekarang bila dah 2 tahun siap kalau tak silap, ada juga plan nak bersalin kali kedua dekat Hospital Shah Alam ni. Baca review blogger blogger lain ada okay ada tak okay. Tapi kalau dah namanya hospital kerajaan, tak payah lah nak berangan kena layan macam anak raja. Fadzi okay je.

Dari rumah sekarang ke Hospital Shah Alam ni tak jauh pun. Dalam 10-15 minit je. Expectation terhadap layanan pun Fadzi tak letak tinggi. Ikut nasib lah kot. Dapat doktor dan nurse tengah good mood, happy lah. Kalau dapat tengah diaorang ramai patient dan kelam kabut, redha aja lah.

Lagi satu yang Fadzi suka, suami boleh masuk teman dalam labour room. Kecuali lah kalau kena operate memang tak dapat masuk lah. Teman dalam ward, memang tak dapek lah.

Lagi lagi yang Fadzi suka, of course kos murah. Nak compare dengan hospital hospital lain yang Fadzi senaraikan dalam entry ni, Hospital Shah Alam paling murah sebah kerajaan bagi subsidi.

Antara blogger yang Fadzi kenal bersalin dekat Hospital Shah Alam baru-baru ni adalah Kak Ayu, Nadia Johari, wife Acul dan Mira CitCit. Ada yang pengalaman best dan ada jugak yang tak berapa best.

Avisena Specialist Hospital

4. Avisena Specialist Hospital

Hospital Avisena ni baru je dijenamakan semula. Kalau tak sebelum ni nama dia DEMC. Katanya tukar nama sebab nak buka cawangan luar Selangor. Kalau pakai nama Darul Ehsan Medical Center, macam tak kena pulak kan.

Kalau ikutkan, pakej dekat Avisena Specialist Hospital ni paling mahal antara semua yang Fadzi list kan dekat sini. Tapi of course lah sedap kan. Single bed, boleh pilih doktor dan makanan sedap.

Yang lagi best, rumah Fadzi sekarang ni betul-betul dekat dengan hospital ni. Bukak pintu, turun lift, jalan 50 langkah, cross jalan, dah sampai ke Avisena Specialist Hospital. Tak payah tunggu husband patah balik dari ofis pun Fadzi dah boleh pergi sendiri. Hahaaha.

Tapi itu lah, mahal kan. Walaupun Zul kata okay ok nak bersalin dekat Avisena Specialist Hospital ni, Fadzi fikir jugak 2 3 kali incase kena ceaser ke anak kena demam kuning ke, banyak jugak kena keluar duit tu.

Tapi tapi tapi, sebab Fadzi rasa lepas ni Fadzi dah tak sanggup nak mengandung lagi dan banyak kali dah discuss dengan Zul pasal tak nak mengandung lagi, Zul macam ala ni yang last kan. Bagi la selesa sikit untuk isteri.

Jadi akhirnya kitaorang setuju untuk pilih Avisena Specialist Hospital untuk bersalin kali kedua ni. Baru je kejap tadi Fadzi pergi walk in register dekat sana. Kalau korang nak baca macam mana nak register walk in untuk bersalin di Avisena Specialist Hospital, korang boleh baca dekat sini - Walk-In Register Dan First Check Up Bersalin Di Avisena Specialist Hospital.  

Dah tak lama lagi dah Fadzi nak bersalin ni. Hopefully dipermudahkan urusan beranak Fadzi kali ini. Aminnnn.


Korang boleh baca jugak:



You Might Also Like

46 comments

  1. tklama dh tu nk bsalin kn...avisena (demc) mmg best sbb pernh ada program tour dlm spital..tgk bilik2 & service mmg ala2 mcm dilayan bukan bagai pesakit...mcm ala2 check in hotel hehe...tp andorra tu best juga tgk ada kwn2 yg bsalin situ dpt mkn menu chef zubir hehe...apa2pn smoga smua dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh thank you kak amy. Memang 2 2 hospital tu nampak macam best.

      Delete
  2. amin.. semoga di permudahkan segalnya..

    ReplyDelete
  3. wahhh, lawa hospital Avisena tu.. Awat nak stop dah fadzi? Ikat ke lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan macam nak ikat tapi bila baca-baca rupanya haram buat ikat tu kalau tak ada complication. Nampak gayanya kena pilih cara lain lah.

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan fadzi ya.. Amin..btw kena pilih betul2 tempat untuk bsalin ni kan..avisena tu okay jugak fadzi pilih.. Pnh baca psl tempat tu..ramai gak share dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih avisena tu pun sebab betul betul dekat dengan rumah. Senang kalau ada apa-apa hehe

      Delete
  5. Waah... banyaknya hospital bersalin yang nest disana. Semoga berkah dan sehat ibu dan anak karena ada hospital yang keren ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah harap semua okay saja nanti :)

      Delete
  6. Selamat bersalin Fadzi semoga semua selamat hendaknya. Kalau Ika , ika pilih hospital Avisena kerana ada kawan Ika yang lahirkan bayi di situ. Layanan terbaik

    ReplyDelete
  7. Ooh hospital2 ni memang bagus dan tengok feedback ibu2 yang pernah melahirkan di hospital2 ni pun, kebanyakannya positif2 belaka. Kawan Bella baru je melahirkan semalam di Hospital Andorra and wow, best tengok hospital ni. Layanan dari doktor dan nurse pun terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak bersalin dekat Andorra tapi jauh sangat. Jadi kite pilih Avisena je hehehe

      Delete
  8. Seronok bila dengar cerita nak sambut baby ni sebab memang suka tengok bayi hmmm mula la rasa nak beranak lagi kiikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe boleh lagi ni kalau nak join jadi mak baru hahaha

      Delete
  9. Good compilation dear. Senang nak buat reference nanti. Tak payah la tercari cari. Semoga Fadzi selamat bersalin dan segala dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hopefully ade orang yang dapat benefit from this entry

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan ye Fadzi. Pemilihan hospital memang sangat penting. Yelakan kita mesti nakkan servis yang terbaik. Hospital Andorra tu sounds really good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Andorra tu memang first in list tapi jauh sangatt

      Delete
  11. bestnye dapat rasa hospital cantik ni hehe, insyallah ada rezeki akan kesana juga nanti

    ReplyDelete
  12. owh baru tahu kenapa DEMC tukar nama kepada Avisena hahaha.Ingatkan kenapalah diorang tukar nama.Apa2pun semoga urusan fadzi nak bersalin dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tak sangka tukar sebab nak bukak cawangan lain kan. Terima kasih banyak banyak insyaAllah

      Delete
  13. Ikut budget masing2 sebenarnya..klau mampu swasta lebih baik. Tapi hosp kerjaan pun ada yg ok.. kak liez bersalin dkt hosp ampang dan hosp selayang mmg pengalaman i dah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hospital kerajaan memang ada yang ok. Cuma kalau ada rezeki lebih, baik kite ke swasta. At least kite kurangkan crowded di hospital kerajaan untuk bagi lebih keselesaan untuk dieorang yang lebih memerlukan untuk ke hospital kerajaan dan dalam masa yang sama, kite pun selesa

      Delete
  14. Woq banyak rupanya hospital bersalin. Kita tau hospital yang biasa2 je. Memang bagus info macam ni memudahkan orang nak buat survay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, hopefully ada yang dapat manfaat dari entry ni hehe

      Delete
  15. Semoga di permudahkan urusan melahirkan.
    Banyak betul pilihan awok ekk..hehehe. Samalah macam sis dulu..memang sis pilih tempat yang memberi keselesaan buat sis lps melahirkan dan pilih doc yang jaga kita dari awal mengandung. Kita yg tanggung sakit so layaklah kita pilih tempat yg best, tak gitu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hehhehe. Alang alang suami dah offer. Kite grab je

      Delete
  16. Waaa.. Bestnya ada hospital yang dekat dengan rumah. Senang macam tu. Sakit dah turun tanda, boleh jln kaki je ke sana ye.
    Knpa awal dah stop awk. Masuk baby kedua kan ni?
    Apa pun, semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yang ni masuk baby kedua. Rasa macam dah tak sanggup emosi dan fizikal nak pregnant lagi lepas ni

      Delete
  17. Dulu time kerja, company kitorang dapat supply machine di Hospital Shah Alam..since dah lama projek jalan dan bangunan masih baru, ada jugak kena kacau kecik2. Tapi sekarang rasanya dah takde pape sebab hospital dah buka kan. Btw, saya dulu beranak hospital kerajaan je..tak mampu nak beranak kat swasta..sobsob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius kene kacau? Eiii tak sukenye tapi biasa kan hospital memang ada kes macam tu. Tak apa rezeki di hospital kerajaan pun okay kan layanan die

      Delete
  18. Pernah lalu depan hospital yang sis fadzi pilih untuk bersalin ni, tepi highway kan? Ibu doakan semua urusan sis lancar. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Andorra tu kan? Terima kasih banyak banyak

      Delete
  19. Mmg cantik hospital Avisena tu. baru tahu knp namanya ditukar. Rupanya nk bukak kat cawangan lain. And hospital Andorra tu nmpk eksklusif betul. Selalu lalu tepi jalan nmpk hospital tu. masakan kat situ chef zubir yg sediakan ? Saya baru tahu. Banyaknya benda kne fikir ya bila dah berumahtangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh zharif get ready ye. Kalau boleh, berikan yang terbaik untuk isteri nanti

      Delete
  20. ikut mana yang rasa bagus dan selesa bagi fad..nad pilih mana yang mampu dan dekat..semoga pilihan fad dipermudahkan nanti ya..semoga fad dan baby selamat

    ReplyDelete
  21. Best best semua hospital pilihan Fadzi ni..tp mesti pilih Avisena kan.beberapa langkah je dari rumah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh haah memang pilih avisena pun :D :D

      Delete
  22. Banyak juga hospital bsalin yg kita blh pilih tp kena tgk kos dulu ikut kemampuan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Ikut apa yang kite mampu.

      Delete
  23. Kalu cover by panel mmg syiok bersalin di hospital swasta. Macam Fadzi ckp la lps bersalin kena pk plak kos Utk baby.huhu jd kena la standby duit extra 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul tu. Kena tengok kos kos lain pulak. Heee

      Delete