SGShop Malaysia Haul

August 31, 2018
SGShop Malaysia Haul | Sebelum ni Fadzi pernah kongsikan dengan korang cara untuk beli barang murah dengan SGShop Malaysia. Korang boleh baca dekat sini - Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop Malaysia.

Hari ni Fadzi nak kongsikan pula Fadzi punya SGShop Malaysia Haul - barang-barang apa yang Fadzi beli dekat SGShop Malaysia.


Beli barang China murah dengan SGShop

SGShop Malaysia

Bagi yang masih tak tau. SGShop adalah satu website yang mana korang boleh beli barang-barang daripada China. SGShop ni tak jual apa-apa tau tapi lebih kepada jadi "orang tengah" atau forwarder.

Dengan kata yang lebih mudah, korang beli 10 barang daripada kedai di China yang berbeza dan barang-barang tu semua akan dikumpulkan oleh SGShop sebelum dihantar ke alamat korang. 

SGShop ini boleh dikatakan sebangai one stop center untuk beli barang-barang China sebab banyak barang yang korang boleh cari dekat sini. Dari pakaian, kasut, bag, barangan make up, barangan elektrik, perabot dan macam-macam lagi.

SGShop Malaysia Haul  

Baru-baru ni Fadzi terjebak membeli dengan SGShop. Barang yang Fadzi beli dengan SGShop boleh tahan banyak jugak. Bila masuk website SGShop mesti rambang mata sebab banyak pilihan dan harga boleh tahan murah.

SGShop Malaysia Haul

Fadzi order dan bayar untuk pembayaran pertama bagi kesemua barang pada 18 Julai 2018. Fadzi tunggu dulu sampai semua barang siap kumpul dekat warehouse SGShop di Guan Zhou.

Tarikh 22 Julai 2018 baru semua barang dah siap kumpul di warehouse SGShop. Fadzi terus buat pembayaran kedua pada tarikh 23 Julai 2018 menggunakan Shipping Method Economy Air.

SUMMARY PERJALANAN BARANG
Day 1 - Pembayaran pertama: 18 Julai 2018
Day 2 - Barang first sampai di warehouse: 19 Julai 2018
Day 5 - Semua barang sampai di warehouse: 22 Julai 2018
Day 6 - Pembayaran kedua: 23 Julai 2018 
Day 7 - Repacking dan Loading Barang: 24 Julai 2018
Day 8 - Barang dihantar ke Malaysia: 25 Julai 2018
Day 22 - Barang sampai di Malaysia: 8 Ogos 2018
Day 23 - Barang sampai di rumah: 9 Ogos 2018

Total hari dari pembayaran kali pertama hingga lah barang sampai ke rumah Fadzi = 23 hari kalau guna penghantaran melalui sea shipping. Courier dekat Malaysia pula pakai GDex.


SUMMARY TOTAL PEMBAYARAN
Total pembayaran pertama: RM261.93
Total pembayaran kedua: RM145.02

Untuk pembayaran pertama tu, Fadzi bayar mula-mula RM278.84. Lepas tu ada satu barang tu, ada perubahan harga. Asalnya harga RM20.69. Lepas harga berubah, dia jadi RM11.59. Jadi diaorang refund balik balance RM9.10 ke dalam akaun Fadzi.

Lepas tu pula, ada barang yang Fadzi nak tapi dah habis stock. Yang itu pun, diaorang refund semula dalam bentuk credit. So dari harga asal kena bayar RM278.84 jadi RM261.93. 

Meh Fadzi buat SGShop Malaysia Haul sikit dan korang boleh tengok apa benda yang banyak sangat barang Fadzi beli tu. Fadzi banyak beli barangan untuk photography dan video untuk kerja blogging dan Youtube, storage untuk dapur dan juga beberapa helai t-shirt untuk Aneeq. 


SGShop Malaysia Haul
1. Photography Background Paper White Wood Grain 
2. Photography Background Paper Brown Wood Grain 
3. Photography Background Paper White Marble
(http://bit.ly/PhotographyDecorativePaper)

Background paper ini lebih untuk record video atau tangkap gambar. Masa dalam gambar website, nampak macam real. Bila depan-depan, nampak tak berapa real. Tapi bila korang ambil gambar, nampak lah real sikit.  

Kertas dia tak tebal tapi macam laminated. Rasa licin. Rasanya kalau kena air, korang boleh cepat-cepat lap untuk elakkan kertas ni rosak mengembang.


SGShop Malaysia Haul
4. Photography Background Paper Rust Black
5. Photography Background Paper Sand White 
6. Photography Background Paper Light Ash 
7. Photography Background Paper Cement Ash 
(http://bit.ly/PhotographyDecorativePaper)

Yang ini pula sama juga, background untuk photography atau video. Tapi saiz dia lebih kecil daripada background yang atas. Background yang ini lebih nipis, lembik dan pendek. Rasanya kalau kena air ni rosak. So kalau korang nak beli, kena hati-hati jangan sampai terkena air.


SGShop Malaysia Haul
8. T-Shirt Kanak-Kanak Putih 
9. T-Shirt Kanak-Kanak Merah 
10. T-Shirt Kanak-Kanak Oren 
(http://bit.ly/TshirtTaobao)

Baju ni Fadzi saja beli lebih besar dari saiz Aneeq. Fadzi beli saiz XL. Hahahha, boleh lah tahan sampai tahun depan kot. Tapi Fadzi suka kain dia. Cotton yang selesa. Jahitan pun cantik.


SGShop Malaysia Haul
11. Octopus Tripod (http://bit.ly/OctopusTripod1)

Octopus tripod ni masa mula-mula dapat, Fadzi suka sangat. Dah lama dah nak beli tapi bila nak sambung phone holder dengan tripod tu, tak muatttt. Skru yang ada pada octopus tripod tu terlalu besar untuk phone holder tu.

And nak pasang Fadzi punya compact kamera dekat octopus tripod tu pun tak muat. Sadis. Tapi yang Fadzi suka dengan tripod ni, kaki dia, korang pusing macam mana pun, tercabut macam mana pun, boleh pasang semula.


SGShop Malaysia Haul
12. Plastic Storage Container Extra Large x 4 (http://bit.ly/ContainerLarge)
13. Plastic Storage Container Small x 4 (http://bit.ly/ContainerSmall)

Container ni Fadzi beli untuk simpan barang-barang dekat dapur. Mula-mula dapat tu Zul macam risau sebab dia tanya sesuai ke untuk letka barang makanan. Lepas tu Fadzi pun macam hmmm. Haah eh. Tak terfikir pulak.

Tapi Zul ada nampak code dekat bawah container tu. Code tu tandanya sesuai untuk letak makanan dan BPA free. 


SGShop Malaysia Haul
14. LED Camera Light x 2 (http://bit.ly/CameraLEDLights)

Yang ini pula LED Camera Light. Kalau nak gambar cantik, lighting pun kena cukup. Kalau korang biasa ambil gambar dalam rumah yang tak cukup natural light dan lampu rumah pun tak berapa kuat, mungkin boleh cuba beli LED light ni. 


SGShop Malaysia Haul
15. Black Small Lattice Wrought Iron Rack (http://bit.ly/IronRack)

In ipula sebenarnya lebih kepada untuk hiasan masa ambil gambar. Fadzi kan suka ambil gambar barang-barang dan letak dekat blog, FB, IG semua. Nak nampak cantik cantik sikit, Fadzi beli lah jaring ni. Boleh naik sikit seri gambar hehehe. 


SGShop Malaysia Haul
16. Two-tier Kitchen Storage Rack (http://bit.ly/TwotierRack)

Ini pula rak 2 tingkat. Zul semangat sangat nak beli sebab nak letak dalam kabinet dapur. Dia complain barang dapur Fadzi banyak sangat sampai tak ada tempat nak simpan barang-barang tu. Jadi, Zul nak jugak Fadzi beli rak 2 tingkat ni. Kena pasang sendiri tau.


SGShop Malaysia Haul
17. Photography Background Non Woven Light Blue (http://bit.ly/PhotographyBackground)

Yang ini background untuk video atau photograhy. Warna dia nampak sweet kan. Yang ni sebenarnya Fadzi lebih suka pasang dia secara melintang. Ni Fadzi pasang secara menegak untuk ambil gambar ni saja. 


SGShop Malaysia Haul
18. Photography Background Non Woven Light Yellow (http://bit.ly/PhotographyBackground)

In ipun sama macam dekat atas. Cuma waranya lebih terang dan menarik, wana kuning. Sebenarnya barang-barang photography dan video ni Fadzi beli sebab awal tahun dulu Fadzi nak start projek baru. Tiba-tiba mengandung pulak dan sangat-sangat tak larat. So, Fadzi beli je dulu, then next year lepaspantang lah baru Fadzi start projek baru tu. 


SGShop Malaysia Haul
19. Photography Background Non Woven White (http://bit.ly/PhotographyWhiteBackground)

Yang ini pulak backdrop photography dan video warna putih. Nampak macam studio tak kehkehkeh. Yang ini saiz memang besar. Mohon abaikan keserabutan rumah Fadzi sekarang. Time time pregnant ni lah kononnya nak buat spring clean lepas tu tak larat. Hahhaha.

Tu dia 19 jenis barang yang Fadzi beli dekat SGShop. Korang boleh juga tengok video SGShop Malaysia Haul yang Fadzi dah record dekat bawah ini.


Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal SGShop Malaysia ni, korang boleh lawat:

Website: http://www.sgshop.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/SGshopMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/sgshop_malaysia/

Sekarang ni SGShop tengah buat promosi gila tau sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 ni.


Buat pembelian dan Pembayaran Pertama dalam tarikh

28 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018

Dan korang akan dapat diskaun:
RM10 off untuk barangan yang dibeli atas RM199
RM20 off untuk barangan yang dibeli atas RM299
RM30 off untuk barangan yang dibeli atas RM399
Dan dapat Free Service Charge jugak

Nak lagi best? Guna code voucher dekat bawah ini untuk dapat extra 10% diskaun untuk international shipping fee.

FADZI10%

Korang boleh baca dekat sini untuk Terms & Conditions. - Celebrate Malaysia's 61 Birthday Promotion.



You Might Also Like

30 comments

  1. bestnya shopping kat sgshop! sha suka jugak sbb barang murah dan harga murah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan berbaloi baloi sangat kalau beli dekat SGShop ni

      Delete
  2. best shopping sgshop wlupun lambat tapi murah. bnyknya die shopping

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh dah macam kita punya lah hehehe..
    kalau buat produk review gambar potrait ke memang bagus ada benda ni... senang, tak de lah gambar dalam rumah bersepah ni haaa termasuk dalam gambar kih kih kih.... tapi kalau ada ringlight lagi bagus... sikit sikit sikit lama lama complete gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah kumpul duit jugak untuk ringlight ni hehehehe

      Delete
  4. kertas background tuh macam menarik nie, ni yg nak terjah SG Shop ni. meh shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya rasa paling berbaloi beli kak lily

      Delete
  5. Assalamualaikum dan selamat pagi sis fadzi, bagusnya ada perkhidmatan macam ni sekarang kan. Boleh tempah custom made je gambar gambar untuk di abadikan kenangan kemudian hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jimat banyak dah tak payah ke studio

      Delete
  6. dapat idea nak bagi apa untuk hadiah harijadi. Boleh buat custom made photo macam ni. Tak apelah kena keluar extra effort tapi hasilnya bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sekali sekala. Nak upgrade servis kite jugak

      Delete
  7. banyaknyaaa barang fadzi beli hehehe.Syokla tengok orag shopping ni.tapi Amni kena tahan nafsu dulu nak membeli ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sekarang ni tengah pregnant tak larat nak shopping dekat luar. Shopping online memang berhantu

      Delete
  8. Wah banyaknya shopping! Syira tak penah lagi shopping dkt sgshop. Tapi dengar2 mmg murah sgt. Nanti nak belek2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi ni kalau shopping dekat sgshop. kalau nak lagi berbaloi, syiera share dengan kawan kawan

      Delete
  9. Wahh byk nya shopping barang. Bila ada review mcm nie, baru rasa yakin nk order brg online dri luar. Kalau x, takut kne tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua kali saya shopping dengan SGShop. Dua dua kali alhamdullilah semua okay

      Delete
  10. Serius byknya dia boring.. confirm nak buat mini studio ni.tergida pulak dgn photo paper tu...mmg duk cr2 tp xpasti sgshop ada jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nak buat mini studio. Senang sikit nak ambil gambar untuk blog or ig nanti

      Delete
  11. suka barang2 yang fadzi pilih..semuanya menarik dan cantek....teringin nak beli paper marble tu nanti nak carikla

    ReplyDelete
    Replies
    1. investment berbaloi untuk blog dan ig tu kak ayu hehehe

      Delete
  12. Best jugak ekk beli belah kat sgshop ni.. Belum pernah cuba lagi..nanti nak cuba jugaklah. Harap2 tak rambang mata lah nanti..sis ni pantang tgok..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kak hanny. Sekali terjebak, habisss hahahaha

      Delete
  13. Banyak laman e commerce yang wujud dan muncul macam cendawan lepas hujan. Yang bestnya, tak ramai yang survive melainkan yang ada modal besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting diaorang kena sediakan servis yang jujur. Kalau tak jujur memang melingkup

      Delete
  14. I need the photography background. Look like a good quality. Want to buy using SG shop too. My hand itchy now. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please do. I think the photography background is the best investment i made so far

      Delete
  15. Bestnya Fadzi banyak nya shopping. Lia x pernah cuba lagi SG SHop. Memang lia nak sangat beli background cover tu. Sebab nak ambik gambar kat umah kan. nanti nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba beli lia. Memang berbaloi background cover tu. Sesuai untuk lia yang buat beauty

      Delete