Semalam hari Sabtu bersamaan dengan 29 November 2013, aku dan housemate aku ada sertai satu marathon makan sampai lebam selama 12 jam. Memang lebam aku dan housemate aku makan je sehari suntuk.
Event ni pun aku dapat tahu saat-saat akhir. Hari Sabtu eventnya, hari Jumaat aku dapat tahu. Aku pun apa lagi. Alang-alang memang tak ada apa nak dibuat hujung minggu lepas, aku pun turut serta dalam AK Food Adventure ni.