Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor

Bulan depan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 akan diumumkan. Korang-korang dah sedia ke nak terima keputusan SPM korang? Dulu aku cuma mampu dapat 7A 3B saja. Dan 3 B yang aku dapat tu semuanya subjek Sains. Teruk gila aku rasa sebab aku budak sekolah sains. Hahahha.

Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor
Tapi, hari ni aku bukan nak cakap pasal keputusan SPM. Aku nak kongsikan dengan korang pasal Hadiah Anak Masuk Universiti untuk anak-anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Sebanyak RM1000 akan diberikan kepada korang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam ataupun swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Tak kisah lah untuk peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda.


Syarat-syarat Untuk Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti

1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama).
4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*.
5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pemohon masih belajar dan dalam tempoh pengajian.
7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah sahaja.
Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor
Untuk memohon, korang boleh ke laman web Portal Hadiah Pengajian IPT. Semua maklumat pasal Hadiah Anak Masuk Universiti ni ada dekat laman web tu. Kalau korang layak dan semua dokumen untuk permohonan lengkap dan diterima, insyaAllah korang akan dapat duit Hadiah Anak Masuk Universiti bernilai RM1000 dalam bentuk cek.
Kalau ada apa-apa yang korang masih kurang pasti, korang boleh cuba hubungi pihak dekat alamat, no telefon dan laman web yang aku sertakan dekat bawah ni. 
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5544 7484 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my
  

Post a Comment

24 Comments

  1. Terror la tu sis 7A 3B....yg dah sambung mengaji leh apply ke sis:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh apply lagi sheila. Nanti pergi dekat website tu ok?

      Delete
  2. Selalu nya dapat bila ek duit 1000 tu? lambat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis boleh semak balik status pembayaran tu lepas sebulan hantar borang. nanti boleh tengok sama ada anis layak dapat atau tak. nak semak status tu, anis kena tengok dekat http://ehpipt.selangor.gov.my/hpiptv3/login

      Delete
  3. Kalau saya mohon sekarang, bila saya boleh dapat duit tu ek sis? Sebab kalau dpt cepat boleh saya guna utk bayar masuk U ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan website dia, lepas sebulan buat permohonan, dah boleh check sama ada status pembayaran dapat atau tak.

      Delete
    2. Baiklah. terima kasih banyak2 ya sis :)

      Delete
  4. Salam Sis, nak mohon hadiah ni kena buat online kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Anis, ye boleh mohon online. Boleh baca lebih info dekat sini http://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/index.php/proses-permohonan/prosedur-permohonan

      Delete
  5. Maaf .tumpng bertnya.
    sya ank selangor, tp tggal kt n.sembiln. blh kn?
    jadi pengesahan dun, parlimen smua tu apa ya?
    dikata, setiap salinan kena ada pngesahan pegwai krajaan kump. A, tu brkait dgn dun, parlimen atau mana2 pegwai krajaan blh seperti pengetua k..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh apply jugak walaupun tak duduk di Selangor.

      Pengesahan tu boleh mintak tolong ketua kampung tempat awak stay sekarang.

      Delete
  6. Saya apply dan hantar semua dah settle bulan 10 tahun lepas dan sampai sekarang permohonan still dalam proses bila cek kt website
    Cmne eh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hidayah, mungkin awak boleh cuba call dieorang tanya update 03- 5544 7385 / 03-5544 7484 / 03-5521 2306 atau kalau ada masa terus pergi ke ofis dieorang dekat Bangunan S.S.A.A.S Sha Alam. Maaf tak dapat bantu ya :)

      Delete
  7. Kalo ayah sy org selangor and sy dh belajar kat selangor melebihi 11 thn..(sy lahir di johor)
    Di mana sy boleh amik surat pengesahan pemastautinan ye?

    Thx in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Vivian,

      Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);

      Untuk borang tu, boleh cuba download di link ini https://sraisc.files.wordpress.com/2012/02/borang-pemastautin.pdf

      Delete
  8. kalau dokumen yang kena upload tu, kena ada cop pengesahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon,

      Ye semua dokumen tu kena ade cop pengesahan

      "Setiap salinan lampiran dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional)."

      Delete
  9. Apa email hpipt ye?
    Yg ni btul ke? hpipt@selangor.gov.my .Sbb dia suruh email kan slip bank sbb hari tu terbagi yg salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tonight's catchy, saya tak pasti pulak email dieorang apa. boleh call semula dieorna guntuk dapatkan kepastian.

      Delete
  10. borang pengesahan ipt tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unkown,

      itu boleh bagi surat tawaran IPT

      Delete
  11. surat tawaran IPT dengan borang pengesahan IPT kiranya sama ke?

    ReplyDelete