#MyInvisalignJourney: ClinCheck Treatment Plan Dan Masa Depan Gigi Aku

Minggu lepas sebenarnya aku ada pergi jumpa Doktor Nurzack. Doktor Nurzack tu doktor yang handle kes rawatan Invisalign aku ni. Sebelum ni aku dah cerita first check up aku dengan Doktor Nurzack dan aku cerita kan jugak apa yang aku buat hari tu. Gambar muka aku paling buruk aku pernah letak dalam blog. Hahahha. Kalau nak baca korang boleh baca dekat sini -> First Checkup Rawatan Invisalign.

Ini lah Dr Nurzack. Kecik molek je kan orang nya. Peramah pulak tu. Suka senyum. Jadi, aku nak buat treatment pape pada gigi pun tak rasa takut. Hehehhe. Untuk pengetahuan korang, Doktor Nurzack ni cuma ada dekat Klinik Gigi Dental Avenue Putra Heights cuma pada hari Khamis je. Hari lain dia dekat klinik gigi lain. 

Tapi, jangan risau. Kalau korang datang sini hari lain selain hari Khamis, masi ada doktor lain yang akan attend korang.

Ini waktu Doktor Nurzack buat penerangan pasal ClinCheck Treatment Plan aku. Sebenarnya mould yang aku buat hari tu ada problem sikit. Align Technology dari US kata tak boleh proceed lagi. Kena buat perubahan sikit. So, kali ni aku jumpa Dr Nurzack untuk perubahan ni lah.

ClinCheck © adalah perisian dan dianggap sebagai sebahagian daripada rawatan kerana ia diperlukan untuk mengkaji dan menentukan matlamat bagi setiap peringkat; ini adalah untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi melahirkan senyuman yang sempurna. Berdasarkan pelan rawatan yang dirujuk oleh pengamal Invisalign terlatih pergigian dan rekod pergigian dan teraan PVS (susun atur gigi) pesakit, satu pelan rawatan 3D maya atau secara rasmi dikenali sebagai ClinCheck © pelan rawatan akan ditubuhkan.

Gambar dekat atas ni tunjuk kedudukan gigi aku sekarang. Belah depan tu nampak sangat jarang dia kan? Ini lah yang menjadi mimpi ngeri aku. Gigi jarang. Huhuhu. Aku harap lepas ni, gigi aku boleh jadi elok sampai bila-bila.

Ini pulak untuk gigi bahagian bawah. Belah depan gigi aku tu nampak crowded sangat. Sampai 2 batang gigi depan tu macam dah nak terkeluar. Sebenarnya, kadang-kadang aku rasa sakit jugak dekat bahagian gigi depan tu. Nak-nak waktu sejuk. 

Korang nak tengok perubahan yang akan aku alami nanti tak? Dalam video dekat bawah ni, Doktor Nurzack gunakan software ClinCheck untuk tunjukkan perubahan gigi yang aku akan dapat nanti.  


Kalau korang tak berapa nak faham video dekat atas ni:
  • Bahagian pertama (Gigi menghadap depan) - Mungkin dekat sini korang tak berapa nampak sangat perubahannya sebab aku tak de la jongang sangat.
  • Bahagian kedua (Gigi menghadap kiri) - Dekat bahagian ni korang boleh nampak dengan jelas perubahan gigi aku tu.
  • Bahagian ketiga (Gigi emnghadap kanan) - Yang ini pun korang boleh nampak jelas gigi aku bergerak.

InsyaAllah lepas raya ni aku akan mula pakai Invisalign. Yey!

  

Post a Comment

10 Comments

  1. hi drop here follow u
    follow me back

    ReplyDelete
  2. uuuish jumpa doc gigilah antara benda paling seram kat dunia hahaha..
    tapi stahun skali CT kena pegi jumpa gak.. sebab ada gigi tipu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigi tipu macam mana tu? gigi palsu ke?

      Delete
  3. Tengok cam dah ok je gigi Fadzi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh, dari depan tak nampak zumal. kalau dari tepi nampak jarang sangat2

      Delete