Cara Mudah Untuk Buat Qurban Dan Aqiqah Dengan EZQurban

Aku ingat lagi waktu Aneeq lahir dulu, planning nak buat aqiqah pada hari ketujuh kelahiran Aneeq sebab itu yang paling afdal. Tapi, tu lah. Macam-macam hal pulak yang jadi - Aneeq kena demam kuning lah, ulang-alik pergi kaunseling penyusuan lah, ulang alik pergi klinik kesihatan sebab demam kuning lah, misi datang check Aneeq lah, kiteorang balik berpantang dekat kampung lah, last-last memang ke laut betul nak buat aqiqah tu. 

Walaupun akhirnya dapat jugak buat aqiqah untuk Aneeq tapi kiteorang terpaksa buat lambat sikit dan terpaksa buat 2 kali. Bayi lelaki kan afdal buat 2 ekor kambing. Tapi disebabkan mahal sikit kambing Malaysia ni, tambah lagi kampung aku tu, kalau buat kenduri kena ajak ramai-ramai, so kiteorang buat lah 2 kali aqiqah untuk Aneeq.  Murah sikit dan senang nak handle majlis.

EZQurban

Rupa-rupanya sekarang ni dah ada servis untuk aqiqah yang lebih murah dan senang dengan EZQurban. Aku baru tahu. Sedih betul. Kalau tahu, awal-awal lagi aku dah tempah dekat sini je. Tak payah pening-pening fikir mahal dan nak buat majlis kenduri semua. 

Program Qurban Dan Aqiqah EZQurban 1436H/2015

Dengan Program Qurban Dan Aqiqah EZQurban, korang semua boleh mengerjakan ibadah qurban dan aqiqah dengan lebih murah, mudah dan profesional. Aqiqah dan qurban ni akan dilakukan di negara-negara umat Islam yang sangat perlukan makanan seperti Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina.
EZQurban Sdn Bhd ini menyediakan perkhidmatan:
  • Perlaksanaan ibadah Qurban
  • Perlaksanaan ibadah Aqiqah
  • Sumbangan derma kepada orang miskin
  • Pengiraan dan pembayaran fidyah 

Lembu korban. Kalau korang tengok dekat kertas yang dia pegang tu ada nama pemegang bahagian untuk lembu yang dikorbankan tu. Nampak. Profesional tak diaorang? Nanti pemegang bahagian tu jugak akan dapat sijil penyertaan bahagian korban tu sekali.

Ini pulak Program Ibadah Korban EZQurban yang dilakukan di Vietnam. EZQurban selalunya akan pilih kampung-kampung pendalaman yang majoriti penduduk Islamnya miskin dan kurang mampu.

4 Sebab Memilih EZQurban

1. Mudah Dan Cepat
Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web EZQurban ataupun dekat pejabat EZQurban.
2. Membantu Komuniti Muslim Yang Memerlukan
EZQurban akan sentiasa mengutamakan dalam membantu komuniti Muslim di kawasan pendalaman dan kampung - yang kurang kemampuan dan uzur. Oleh itu, tak kan ada pembaziran yang berlaku sebab dieorang semua akan guna setiap bahagian kambing atau lembu tu.
3. Sijil Pengesahan
EZQurban akan menyediakan sijil pengesahan penyertaan untuk setiap peserta yang melakukan Qurban dan Aqiqah melalui EZQurban.
4. Pengalaman Luas
Kakitangan EZQurban ni ada pengalaman handle Aqiqah dan Qurban di negara-negara yang terpilih selama lebih 7 tahun.

Harga Terkini Qurban Dan Aqiqah EZQurban 

Aqiqah
  • Seekor kambing - RM580
Qurban
  • 1 bahagian lembu - RM300
  • 1 ekor lembu - RM2100
  • 1 ekor kambing - RM580
*Harga tu dah termasuk GST 


Gambar ni pula masa  EZQurban buat Program Ibadah Qurban untuk umat Islam pelarian Rohingya di refugee camp.

Gambar atas ni Program Ibadah Qurban yang dilakukan di Bangladesh. Seperti dekat negara-negara lain, EZQurban pilih kawasan perkampungan Islam yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka ni. 

Yang ini pulak Ibadah Qurban yang dilakukan di Kemboja. Sebenarnya kalau korang nak tengok sendiri sembelihan  Aqiqah dan Qurban  dekat negara-negara lain ni boleh je. Korang boleh join team EZQurban masa bulan Ramadhan dan jugak waktu Hari Raya Aidiladha.

Kalau korang berminat nak buat aqiqah atau qurban sempena Hari Raya Haji tak lama lagi ni, korang boleh register dekat sini:

Kalau korang ada soalan apa-apa pasal program EZQurban ni, korang boleh baca FAQ dekat sini -> FAQ EZQurban. Kalau jawapan untuk soalan korang tak ada dalam FAQ tu, korang boleh tanya direct dekat team EZQurban ni:

No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

T: +603 618 619 11
H: +6013 238 6000
F: +603 6186 7872

F: http://www.ezqurban.org
E: ezqurban.adm@gmail.com
Whatsapp: +6013-318 6984 

Rugi tak tahu pasal cara buat aqiqah macam ni awal-awal. Kalau tak, dah senang dah aku buatkan aqiqah untuk Aneeq dulu. Huuu.


Post a Comment

12 Comments

  1. Elok lah promo macam ni lagi lagi nak dekat raya haji dah hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ramai yang tercari-cari ni. Sekarang semua orang busy. Kalau ada servis yang boleh senangkan orang macam ni, memang bagus

      Delete
  2. Bagus da ada servis mcm ni skrg..org yg xtau pape psl qurban ni (ayue idris) bole phm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe nanti ayue dah rezeki lebih sikit, buat lah korban. saya pun tak tau bila nak buat korban pulak ni

      Delete
  3. Nak buat korban kena GST gak? Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee GST ni kena sebab servis dieorang halim

      Delete
  4. bagus ada service mcm ni sekarang. raya haji ni AR korban kat kampung 1 bahagian je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni dah buat 2 kali aqiqah. 2 2 buat kambing. mungkin tunggu bajet tahun depan untuk korban pulak hehehe. Nanti AR boleh try pakai servis ni je. tayah susah2 dah nak setel hal korban tu

      Delete
  5. Oh sekarang makin banyak syarikat yang menguruskan korban dan aqiqah di luar negara ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, saya rasa servis macam ni memang sangat membantu. Tapi nanti macam kurang meriah lah sebab korban ni macam dah jadi tradisi kampung. Kalau semua pakai servis ni, tak ada orang dah nak buat korban dekat kampung pulak

      Delete
  6. Pembetulan, untuk seekor lembu RM2100 kan?

    ReplyDelete