Sushi King Halal! - Pembukaan Outlet Ke-100 Di AEON Shah Alam | Selaku peminat makan sushi dan residen Shah Alam tegar (eceh), aku rasa seronok sangat bila sempat join Hari Perasmian Outlet ke 100 Sushi King di AEON Shah Alam yang baru tu. Tambah buat aku lagi happy bila Sushi King announce yang dieorang sekarang ni tengah dalam proses untuk memohon status Halal daripada JAKIM.
Bila dengar Sushi King tengah apply status Halal ni, ramai kawan-kawan aku yang kaki makan Sushi King pun seronok. Siapa tak seronok kan. Lepas ni boleh dah lah nak makan sushi halal tanpa ragu-ragu lagi. Untuk pengetahuan korang, Sushi King baru je memohon status Halal daripada JAKIM pada 7 Mac yang lepas dan berkemungkinan akan dapat status Halal tu pada bulan Jun atau Julai 2016.
Sushi King dekat AEON Shah Alam ni terletak dekat Tingkat 1, bersebelahan dengan Daiso. Tak susah pun kalau nak cari Sushi King ni. Yang penting, korang kena cari Japan Street. Bila jumpa Japan Street tu, senang lah korang nak jumpa Restoran Sushi King Halal ni.
Pada hari opening 100th Sushi King outlet di AEON Shah Alam hari tu, aku pun sempat cuba beberapa menu yang ada di Sushi King outlet AEON Shah Alam. Kalau korang nak tahu, ada beberapa menu di Shah Alam ni berbeza daripada outlet-outlet yang lain dan hanya ada di AEON Shah Alam saja. Ha, kalau nak tau apa menu yang berbeza tu, kena lah datang dan rasa sendiri.
Antara menu yang aku sempat rasa hari tu
Macam-macam jenis sushi yang aku makan hari tu. Makan banyak pulak tu >.<
Antara banyak-banyak menu yang ada, aku paling suka scallop ni. Sedap ya amat!
Ini pulak scallop goreng dan salmon nasi goreng tepung. Hahhaha. Suka hati aku bagi nama menu. Scallop goreng tu serius sedap dan isi tebal.
Bagi yang berani sikit, mari makan yang ni. Salmon raw tak berapa nak raw sangat. Picit lemon sikit dan wasabi dan kicap manis sikit.
Ini pulak soft shell crab. Dimakan bersama serbuk kari. Serbuk kari die ada macam rasa serbuk kari maggi sikit. Hahahha.
Mochi! Mochi! Mochi! Siapa suka makan mochi dekat sini? Mochi Sushi King ni aku rasa rare sikit sebab dia goreng. Yang atas ni Mochi Pandan. Yang nak lebih rare? Tengok mochi bawah ni pulak.
Ni ha mochi paling rare aku pernah jumpa. Mochi durian. Ha, bau durian die memang power lah. Bila picit mochi ni, memang cantik isi durian keluar. Siapa minat durian memang kena cuba mochi durian ni.
Tak lama lagi Sushi king akan dapat sijil HALAL daripada JAKIM. Dan Sushi King akan jadi sushi Halal pertama di Malaysia. Jadi, apa lagi? Dah tak payah rasa ragu-ragu lagi nak makan sushi halal di Sushi King lepas ni.
Jom bersushi di AEON Shah Alam!
17 Comments
1st time makan ikan salmon tak masak.. Grr..
ReplyDeleteHahhaha sedap kannnn
Delete1st time makan ikan salmon tak masak.. Grr..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletebaguslah kalau dieorg dah apply...
jd,x perlu dah nak ragu² ♥
Betul tu. Sebelum ni pun macam ragu2 nak masuk sebab orang duk share kata sushi King tak halal semua
Deletehalal rupenye sushi ni... boleh la try... :)
ReplyDeleteHa, deorang tak dapat lagi halal sekarang ni sbeba dieorang baru apply. dlaam bulan Jun or Julai nanti baru dapat
DeleteMoga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan sijil halal buat Sushi King
ReplyDeleteInsyaallah, lepas ni tak ada dah lah orang nak ragu-ragu lagi pasal status halal sushi king
Deletepuas hati sebab dapat makan sushi banyak - banyak . hehehe
ReplyDeletehaahhaha seronok gile makan sushiiii. dah lama tak makan lepas pregnant hari tu
DeleteSedapnya betul nampak Mochi Durian tu dan tak pernah nampak di outlet lain Sushi King
ReplyDeleteHaah, dengar kate dekat AEON Shah alam je yang ade mochi durian ni
DeleteWah bestnya
ReplyDeleteMeleleh air liur
DeleteDh ada sushi yang dpt sijil halal kat malaysia.
ReplyDeleteMari sama sama berdoa semoga permohonan dipermudahkan....
ReplyDelete