Jom Berbuka Puasa Di Ten Years Sri Petaling

Buat peminat-peminat makanan signature setiap negeri dalam Malaysia ni, aku ada nak bagi suggestion tempat makan. Ini memang tempat yang bagus untuk korang nimati makanan tempatan original dari pelbagai negeri di Malaysia ni.

Ten Years Sri Petaling

Dekat Restoran Ten Years Sri Petaling ni ada 8 jenis makanan tempatan yang jugak merupakan resepi signature bagi setiap negeri tu termasuk Laksa Nyonya Nancy Kitchen dari melaka, Nasi Lemak Panas Yati dari Petaling Jaya, Nasi Dagang Kak Pah dari Kuala Terengganu, Nasi Kuning Pasar Besar Tawau dari Sabah, Mee Udang T&T dari Penang, Char Kuey Teow dari Penang, Abu Pasembor Indian Rojak dari Kepong Baru dan Nasi Kerabu dari Kelantan. 

Untuk bulan Ramadan ni, Restoran Ten Years Sri Petaling ada menyediakan set berbuka puasa yang berharga RM60. Set Perfect Combo ni sesuai dimakan unutk 4 orang. Nak tau sebab apa? Ha, cuba tengok gambar dekat bawah ni.

Ten Years Sri Petaling

Dalam Set Perfect Combo ni korang akan dapat 4 jenis nasi iaitu Nasi Kerabu Kelantan, Nasi Kuning Kak Tum, Nasi Lemak Kak Yati dan Nasi Dagang Kak Pah. Di samping nasi-nasi tu, set ini jugak menghidangkan kacang, ikan bilis, okra, telur masin, kerisik, kurma, acar, kacang panjang dan kurma.

Selain daripada tu, ada juga Ketupat Palas, Ayam Percik dan Sos Percik, Ayam Goreng, kari Ikan, Sate Ayam, Nasi Impit, Serunding Ikan dan Sambal Nasi Lemak.  

Set Perfect Combo Berbuka Puasa ni boleh didapati dari 6 Jun hingga 15 Julai 2016, 6 petang ke atas saja. Selain tu ada jugak main course lain yang korang boleh order.

Ten Years Sri Petaling
 Tiger Char Kuey Teow – RM13.90

Ten Years Sri Petaling
 T&T Prawn Mee – RM14.90

Ten Years Sri Petaling
 Linguine Chicken Sambal Tomato – RM19.90

Ten Years Sri Petaling
 Abu Pasembur Indian Rojak - RM12.90

Ten Years Sri Petaling
Prawn Curry Carbonara – RM22.90

Ten Years Sri Petaling
 Nancy Nyonya Laksa – RM16.90

Ten Years Sri Petaling
Ha, macam mana menu dekat sini? nampak sedap? Apa lagi, jomm berbuka di Restoran Ten Years!



Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. Mmeang best. Banyak menu yang sedap2 dekat sini

      Delete
  2. adoiii..time ni jugak dia nak publish..I is teringat char kuey teow!

    ReplyDelete
  3. kita dapat jugak yang ni tp tak pergi sebab kejar g klang parade that time.. huwaa sedapnya tgk char kuey teow tuuuu

    ReplyDelete
  4. nampak mi kari je ni mata

    ReplyDelete