Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes | Instagram ni dah menjadi salah satu platform untuk kita promosikan bisnes tak kisahlah jenis bisnes apa pun. Betul tak? Sekarang ni Instagram dah perkenalkan Business Profile yang mana memudahkan lagi potential customer untuk menghubungi korang.
Antara Kelebihan Profil Instagram Bisnes
- Ada butang CONTACT supaya orang lebih mudah untuk call atau email korang
- Boleh tengok analisis untuk impression, reach dan maklumat follower IG korang
- Lebih mudah untuk buat Instagram Ads
Ha, best kan? So macam mana nak tukar profil Instagram Personal kepada profil Instagram Bisnes?
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Aku kongsikan dengan korang step by step cara tukar akaun Instagram Personal profile ke Instagram Business profile.
Pergi ke bahagian Profil korang dan tekan titik tiga bertindih (Setting)
Tekan Switch to Business Profile
Dekat skrin Connect Your Facebook Page, korang akan nampak Facebook Page yang korang ada sebagai admin. Pilih Page mana yang korang nak connect kan dengan Instagram Bisnes Profil korang tu.
Langkah 4:
Dekat skrin Set Up Your Business Profile, lihat balik korang punya maklumat bisnes, kalau perlu ubah, ubah lah. Kemudian tekan Done.Nota:
Untuk nombor telefon tu, mula-mula dia akan keluar +1. Untuk Malaysia +60. Untuk dapatkan nombor Malaysia tu, korang kena tekan dekat +1 tu lepas tu nanti, dia akan keluar list negara dan prefix untuk nombor telefon.
Dah siap!
Nota:
- Dengan adanya Instagram Bisnes Profil ni, korang akan dapat access kepada ciri-ciri bisnes yang baru seperti butang contact, Instagram Insight dan Promote untuk korang punya Instagram.
- Buat masa sekarang, hanya satu Facebook Page yang boleh connect dengan Instagram Bisnes Profil korang tu.
- Insight Instagram hanya boleh dilihat untuk posting baru selepas tukar ke profil Instagram Bisnes. Yang posting lama tak akan dapat lihat dah.
Cara Tukar Instagram Bisnes Kepada Instagram Personal
Macam mana kalau korang nak tukar balik Instagram Bisnes kepada Instagram Personal pulak? Senang je. Lebih kurang sama macam tadi.
Langkah 1:
Pergi ke bahagian Profil dan tekan titik tiga bertindih (Setting). Klik Switch Back to Personal Account
Klik Switch Back dan dah siap.
Nota:
- Bila korang tukar balik dari Business Profile ke Personal Profile, segala data dan insight dalam Instagram korang akan terpadam.
Senang je kan? :) Nak tau tips Instagram yang lain? Boleh baca dekat link di bawah.
Tips Instagram:
3 Comments
Kalau ig bisnes connect dengan fb page, bila post dekat ig akan keluar sekali dekat ig page tak?
ReplyDeleteTakde Pon kat setting saye tulis bisnes account...mcm mane ni?
ReplyDeleteSaya pun tkde jgk. Mne nk cri
ReplyDelete