Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

Waktu dulu-dulu, ada satu benda yang Mak aku kata yang sampai sekarang masih terngiang-ngiang dekat telinga. Tak pernah aku nak lupa.




"Jangan sedih, Mak selalu ada" 

Memang sampai sekarang aku ingat. Mendalam sungguh maknanya. Tapi kata-kata Mak tu betul, setiap kali aku ada masalah, setiap kali aku happy sangat-sangat, setiap kali aku berjaya, setiap kali aku gagal, mak mesti ada dengan aku. Tak kisah dari jauh atau pun dekat. Sebenarnya masih ada banyak nasihat-nasihat lain yang Mak aku selalu cakap pada aku. Mak kata,


"Jadi berani. Buat apa yang kita nak buat asalkan perkara itu tak salah" 
"Jadi peramah dengan orang. Layan orang dengan baik"
"Jaga diri elok-elok. jaga maruah diri dan keluarga"
"Jaga kesihata. Makan cukup, tidur cukup"
"Kerja kuat tapi jangan risau pasal duit. Duit sentiasa cukup kalau kita reti bersyukur"


Sekarang ni, aku pulak yang selalu kata dekat Aneeq apa yang Mak aku selalu cakap pada aku dulu-dulu:  

"Wujudkan rasa ingin tahu dalam diri. Tanya banyak soalan. Cuba pelbagai aktiviti." 
Rasa ingin tahu itu tanda awal pembelajaran. Sekarang Aneeq sudah mula makan sendiri walaupun lebih banyak yang berterabur atas lantai daripada masuk mulut. Bila Zul solat je, mesti Aneeq ada di sebelah untuk ikut pergerakan Zul. Walaupun dia tak faham, tapi dia ikut saja pergerakan Zul sebab dia rasa ingin tahu apa yang Zul tengah buat. Selalu jugak bila Aneeq jumpa kotak, gigih dia nak bukak dan nak tahu apa yang ada dalam kotak tu. Kadang-kadang bila baru balik dari beli groceries, gigih Aneeq nak tolak troli barang-barang groceries tu sebab selama ini asyik aku dan Zul je yang tolak.


"Terokai segala yang ada di dunia ini. Jadi berani. Atasi rasa takut."  
Pertama kali aku bawa Aneeq main air, dia sangat takut. Takut nak jejak kaki dalam air. Takut nak lepaskan pelukan aku. Takut nak pandang air pun. Tapi, aku tetap tunggu dan peluk Aneeq dekat gigi air pantai tu sampai satu ketika, dia sendiri yang berpaling menghadap air pantai, dan perlahan-lahan tunduk capai dan rasa air pantai menggunakan tangan sendiri. Waktu tu, aku rasa macam nak menjerit dan melompat kegembiraan sebab Aneeq dah tahu cara untuk atasi rasa takut dia pada air. Dan waktu itu, aku tahu pada masa akan datang, Aneeq mampu menghadapi dan mengatasi segala rasa takutnya untuk meneroka segala yang ada di dunia ini.


"Bina hubungan baik dengan orang. Jadi peramah dengan semua orang. Layan orang dengan baik. Buat semua orang senyum bila bersama Aneeq. Buat SATU dunia suka pada Aneeq"
Pada awalnya, Aneeq susah nak terima orang lain selain aku, suami dan Mak. Sebab ketiga-tiga orang inilah yang paling rapat dengan Aneeq. Bila ada saudara dan kawan-kawan aku cuba nak dukung atau acah-acah dengan Aneeq, dia tak mahu. Jadi, setiap kali aku keluar, aku akan bawa Aneeq bersama dan dedahkan dia kepada saudara, kawan-kawan aku dan kanak-kanak. Lama-lama, Aneeq semakin selesa bila berjumpa dengan sesiapa saja dan makin berani untuk membina hubungan baik dengan orang lain. Tapi, jauh dalam hati aku masih ada risau. Oleh itu, setiap kali Aneeq berdukung atau bermain dengan sesiapa, mata aku tak pernah lekang dari dia.


"Belajar berusaha untuk capai apa yang diinginkan. Hadapi semua rintangan yang ada. Jadi kreatif untuk mencapai cita-cita"
Walaupun Aneeq masih kecil, tapi sedikit sebanyak sekarang ni dia dah tunjuk semangat yang kental bila mahukan sesuatu. Sekarang ni, Aneeq dah pandai berfikir sendiri dan belajar macam mana nak mengambil biskut dan bekas air di tempat yang tinggi dengan mengambil kerusi untuk dipanjat. Aneeq sangat cepat belajar melalui pemerhatian. Bila Aneeq nampak aku menyapu sampah, perlahan-lahan dia belajar untuk menyapu. Bila nampak aku lap lantai, perlahan-lahan dia ambil kain dan lap lantai.   

Dan akhir sekali aku nak kata pada Aneeq


"Jangan sedih. Mak selalu ada"


Dalam membesarkan anak ni, tidur yang mencukupi, aktiviti riadah yang berfaedah dan pemakanan yang seimbang memang perkara yang penting bagi mereka. Dalam mendapatkan kebaikan dan nutrisi dalam pemakanan anak, aku amat mementingkan penggunaan bahan-bahan makanan yang berkhasiat dan semula jadi dalam menu harian anak aku.


Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

Namun begitu, aku tidak sekali pun meremehkan kepentingan dan khasiat susu untuk anak aku. Dutch Lady 4 Step Nutri Plan dihasilkan khusus untuk membantu memberi nutrisi kepada kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 6 tahun. Setiap umur memerlukan nutrisi yang berbeza kerana tahap perkembangan fizikal dan mental mereka adalah berbeza pada setiap tahap.

Melalui program pemakanan dan nutrisi Dutch Lady 4 Step Nutri Plan (Curious, Explore, Create dan Learn) yang disesuaikan untuk kanak-kanak mengikut perkembangan usianya, kini aku lebih mudah untuk memberi tumpuan dalam membantu anak aku mancapai tahap-tahap asas setiap peringkat umur. Dan aku tidak sabar nak melihat segala perkembangannya yang semakin hari semakin memberangsangkan.  

Apa pulak yang korang kata pada anak-anak korang sekarang? Mesti banyak nak nasihat kan dieorang, betul tak? Alang-alang tu apa kata korang sertai Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak' Contest ni? Macam mana nak join? Senang ja. Pergi ke laman web www.smartmoments.com.my.


Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

Contest bermula pada 1 Ogos 2016 dan akan berakhir pada 30 September 2016. Cepat-cepat banyak masa lagi ni.

Hadiah yang korang berpeluang untuk menang dalam kontest ni:
  • 9 pemenang bertuah dan keluarga mereka akan berpeluang untuk menghadiri majlis minum petang bersama Scha Al Yahya dan Lara Alana dan juga menerima sebuah instant camera.
  • 250 penyertaan mingguan yang pertama akan menerima cash voucher RM50
Cara untuk menyertai contest ini pulak:
  • Langkah 1: Beli mana-mana pek Dutch Lady 650g atau 900g (hanya unutk susu tepung rumusan kanak-kanka Dutch Lady Curious, Explore, Create and Learn)
  • Langkah 2: Hantar pesanan 'Mak Kata' kegemaran anda bersama foto untuk dipadankan di www.smartmoments.com.my
  • Langkah 3: Kongsi penyertaan anda atau hantarkan lebih penyertaan bagi meningkatkan peluang untuk menang. Simpan bukti pembelian original untuk menebus hadiah.
Apa lagi, jom join Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest. Good luck buat semua.


Post a Comment

2 Comments