Selamat Ke Beli Barang Elektronik Di SGShop MY?

Selamat Ke Beli Barang Elektronik Di SGShop MY? | Aku selalunya sangat skeptikal bila nak beli barang elektronik dekat online ni. ye lah kan. Selamat ke idak. Tipu ke idak. Tapi bila tengok banyak gila review pasal satu online shop ni, aku rasa berani pulak nak cuba - SGShop Malaysia.

SGShop Malaysia

Dekat website ni banyak barang dari China. So, aku try beli dua barang elektronik iaitu:

1. Yoobao Charging Treasure 10000 Ma Cute Mini Portable Fast Charge Ultra Slim Mobile Power Smart Phone Universal

SGShop Malaysia
 Ini gambar illustrasi daripada website SGShop.


Ini pulak gambar real yang aku tangkap. Semua barang dapat. User manual dia dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Power bank ni berat jugak tapi saiz dia lebih kurang saiz smartphone. Bila keluarkan dari kotak, dah siap-siap ada power, tak perlu nak cas. Dah boleh terus pakai untuk cas phone. Charging dia pun laju jugak. 


2. Android X96 Crystal Morning S905X Quad Core Network Set-Top Box BOX 4K 2+16 Player Box Android6.0TV

SGShop Malaysia

Ini gambar illustrasi daripada website SGShop.


Ini gambar real aku ambil sendiri. Semua benda yang ada dalam gambar website ada dan berfungsi dengan baik. Cumanya plug dia kepala China so kiteorang terpaksa cari adapter kepala China untuk pasang. Remote dia okay, senang nak guna. User manual pun ada dalam bahasa Inggeris, so senang nak faham. Cumanya bila download apps dia dekat phone, tak boleh nak connect ke wifi. Dan nak control guna remote tu bila nak taip satu satu memang susah. Last-last Zul guna wireless mouse untuk control cursor dia. Lagi senang. Setel masalah. Hahahaa.

Disebabkan barang-barang ni semua dari China, so memang lambatlah dapat. Kalau guna website ni kena bayar dua kali. Maksud aku dua kali.

Bayaran pertama: Harga Produk + Kos Penghantaran Dalam Negeri China
- Diperlukan segera oleh penjual pihak ketiga yang anda pilih. 

Bayaran kedua: Bayaran Penghantaran Antarabangsa + Caj Perkhidmatan + Clearance Fee dalam talian
- Pembayaran itu dibuat kepada SGshop. Lepas pembayaran dilakukan, produk akan dihantar ke pintu rumah anda.

Risau tengok kena bayar dua kali? Tak yah risau sebab harga barang dekat SGShop tu gila murah. Ada barang-barang yang korang boleh dapat semurah Rm2 lebih je. Gila kan? Aku tengok barang-barang Ikea dekat website SGShop pun murah-murah kalau korang rajin nak cari.  

SGShop Malaysia

Bila dan mana lagi korang nak dapat barang-barang Ikea murah macam ni kan? Ade orang tu siap boleh beli lebih 10 item dengan harga RM200 termasuk kedua-dua bayaran yang aku sebut dekat atas tadi tu. Lagi gila. Korang tak nak jadi gila shopping macam dieorang ke? Hhahahaha. Kalau korang nak tengok barang apa lagi yang murah dekat sini, korang boleh pergi ke website SGShop Malaysia ni. 



Post a Comment

1 Comments