Rawatan Urut Belakang Dan Bekam Angin Murah Di Shah Alam | Kebelakangan ni Fadzi selalu je rasa sakit-sakit badan dan badan tu memang rasa banyak sangat angin. Bila sampai petang je measti rasa pening kepala. Jadi, minggu lepas Fadzi pun cari lah spa yang boleh buat urutan belakang dan bekam angin yang murah-murah dekat Shah Alam ni. iaitu dekat Celebriti Skin Expert.
Celebriti Skin Expert
Celebriti Skin Expert ni adalah salah satu spa di Shah Alam. Spa ni terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Dengan slogan Cantik Persis Celebriti, Celebriti Skin Expert ni menawarkan pelbagai rawatan seperti facial, urutan, spa bridal, salon dan bridal spa. Lagi best kali ni Celebriti Skin Expert ada buat promosi pulak untuk rawatan back massage dan cupping treatment.
Promosi Back Massage And Cupping Treatment Di Celebriti Skin Expert
Yang buat Fadzi lagi excited nak buat back massage and cupping treatment dekat Celebriti Skin Expert ni adalah promosi diaorang yang Fadzi rasa sangat berbaloi. Hanya dengan harga promosi RM48 sahaja, korang boleh dapat treatment back massage dan cupping selama setengah jam. Fadzi apa lagi, rembat je lah harga promosi ni.
Rawatan Urutan Belakang Dan Bekam Angin
Fadzi pergi ke Celebriti Skin Expert hari tu pada pukul 5.00 petang tapi sebelum tu lagi Fadzi memang dah buat appointment awal-awal. Senang sikit. Bila dah sampai ke spa, Fadzi diberi satu borang untuk tulis details diri dekat ruangan menunggu.
Ruangan menunggu dekat spa ni memang selesa. Dekat sini lah kita akan diberi penerangan pasal pilihan rawatan yang korang akan lakukakan nanti. Lepas tu, Fadzi terus dibawa ke dalam bilik rawatan untuk buat treatment.
Ruangan menunggu dekat spa ni memang selesa. Dekat sini lah kita akan diberi penerangan pasal pilihan rawatan yang korang akan lakukakan nanti. Lepas tu, Fadzi terus dibawa ke dalam bilik rawatan untuk buat treatment.
Bila dah masuk dalam bilik tu, mula-mula sekali Fadzi diberikan kain untuk tukar baju. Lepas tukar baju, Fadzi baring atas katil secara meniarap dan waktu ni belakang badan Fadzi diurut selama 15 minit. Staff yang attend Fadzi hari tu nama dia Kak Ina. Sedap betul badan rasa bila kena urut. Urut pun guna minyak yang berbau wangi tapi tak melekit.
Lepas 15 minit kene urut, badan Fadzi dibiar rehat seketika. Lepas tu baru beberapa cup diletakkan dan dipasangkan di belakang badan Fadzi. Total ada 6 cup semuanya.
Lepas habis je treatment, rasa lega sangat. Rasa badan lebih ringan. Lepas ni rasanya kalau ada rasa badan tak selesa dan penat-penat lagi, Fadzi nak datang sini lagi untuk buat treatment.
Lepas habis je treatment, rasa lega sangat. Rasa badan lebih ringan. Lepas ni rasanya kalau ada rasa badan tak selesa dan penat-penat lagi, Fadzi nak datang sini lagi untuk buat treatment.
Kalau korang tengah cari spa murah untuk buat rawatan seperti facial, spa bridal, urutan, waxing atau salon, korang boleh datang ke Celebriti Skin Expert yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Korang cuma perlu cari banner macam dekat atas ni. Lepas tu naik tangga ke atas. Senang je nak cari.
Untuk maklumat lanjut boleh tengok dekat bawah ni.
CANTIK PERSIS CELEBRITI
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
11.00 pagi hingga 8.00 malam
9 Comments
nice sharing :)
ReplyDeleteThanks fara :D
DeleteUntuk wanita saja ye...
ReplyDeleteUntuk lelaki pun boleh tapi hanya rawatan facial saje
Deletebest tu...
ReplyDeleteMemang best. Rasa lega je
DeleteBagus berbekam ni. Banyak jenis juga kaedah berbekam, bekam angin, bekam darah dan lain-lain.
ReplyDeleteSetakat ni pernah buat bekam angin je. Itu pun dah sedap walaupun masa treatment tu ada rasa sakit sikit dekat belakang
DeleteSlm bekam angin ada x
ReplyDelete