Rawatan Urut Belakang Dan Bekam Angin Murah Di Shah Alam

Rawatan Urut Belakang Dan Bekam Angin Murah Di Shah Alam | Kebelakangan ni Fadzi selalu je rasa sakit-sakit badan dan badan tu memang rasa banyak sangat angin. Bila sampai petang je measti rasa pening kepala. Jadi, minggu lepas Fadzi pun cari lah spa yang boleh buat urutan belakang dan bekam angin yang murah-murah dekat Shah Alam ni. iaitu dekat Celebriti Skin Expert. 

Spa Murah Shah Alam

Celebriti Skin Expert

Celebriti Skin Expert ni adalah salah satu spa di Shah Alam. Spa ni terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Dengan slogan Cantik Persis Celebriti, Celebriti Skin Expert ni menawarkan pelbagai rawatan seperti facial, urutan, spa bridal, salon dan bridal spa. Lagi best kali ni Celebriti Skin Expert ada buat promosi pulak untuk rawatan back massage dan cupping treatment

Spa Murah Shah Alam

Promosi Back Massage And Cupping Treatment Di Celebriti Skin Expert

Yang buat Fadzi lagi excited nak buat back massage and cupping treatment dekat Celebriti Skin Expert ni adalah promosi diaorang yang Fadzi rasa sangat berbaloi. Hanya dengan harga promosi RM48 sahaja, korang boleh dapat treatment back massage dan cupping selama setengah jam. Fadzi apa lagi, rembat je lah harga promosi ni.

Rawatan Urutan Belakang Dan Bekam Angin

Fadzi pergi ke Celebriti Skin Expert hari tu pada pukul 5.00 petang tapi sebelum tu lagi Fadzi memang dah buat appointment awal-awal. Senang sikit. Bila dah sampai ke spa, Fadzi diberi satu borang untuk tulis details diri dekat ruangan menunggu. 


Spa Murah Shah Alam

Spa Murah Shah Alam

Ruangan menunggu dekat spa ni memang selesa. Dekat sini lah kita akan diberi penerangan pasal pilihan rawatan yang korang akan lakukakan nanti. Lepas tu, Fadzi terus dibawa ke dalam bilik rawatan untuk buat treatment.


Spa Murah Shah Alam

Bila dah masuk dalam bilik tu, mula-mula sekali Fadzi diberikan kain untuk tukar baju. Lepas tukar baju, Fadzi baring atas katil secara meniarap dan waktu ni belakang badan Fadzi diurut selama 15 minit. Staff yang attend Fadzi hari tu nama dia Kak Ina. Sedap betul badan rasa bila kena urut. Urut pun guna minyak yang berbau wangi tapi tak melekit.


Spa Murah Shah Alam

Lepas 15 minit kene urut, badan Fadzi dibiar rehat seketika. Lepas tu baru beberapa cup diletakkan dan dipasangkan di belakang badan Fadzi. Total ada 6 cup semuanya. 

Lepas habis je treatment, rasa lega sangat. Rasa badan lebih ringan. Lepas ni rasanya kalau ada rasa badan tak selesa dan penat-penat lagi, Fadzi nak datang sini lagi untuk buat treatment. 
  
Spa Murah Shah Alam

Kalau korang tengah cari spa murah untuk buat rawatan seperti facial, spa bridal, urutan, waxing atau salon, korang boleh datang ke Celebriti Skin Expert yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Korang cuma perlu cari banner macam dekat atas ni. Lepas tu naik tangga ke atas. Senang je nak cari. 

Spa Murah Shah Alam


Untuk maklumat lanjut boleh tengok dekat bawah ni.

CANTIK PERSIS CELEBRITI
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor.


Waktu operasi: 
11.00 pagi hingga 8.00 malam

Post a Comment

9 Comments

  1. Untuk wanita saja ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lelaki pun boleh tapi hanya rawatan facial saje

      Delete
  2. Bagus berbekam ni. Banyak jenis juga kaedah berbekam, bekam angin, bekam darah dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni pernah buat bekam angin je. Itu pun dah sedap walaupun masa treatment tu ada rasa sakit sikit dekat belakang

      Delete