Ada Mainan Percuma Tersorok Dalam Botol Carrie Junior! | Ada tak antara korang yang beli mandian atau shampoo brand Carrie Junior untuk anak-anak korang? Sebenarnya kan ada permainan percuma yang tersorok dalam botol Carrie Junior tu. Serius tak tipu.
Fadzi dah tau lama dah pasal ni sebab sebelum ni pun pernah je tercari-cari manalah mainan percuma yang diiklankan dek Carrie Junior ni. Punyalah tercari-cari ingatkan kena redeem dekat kaunter masa bayar ke kan. Rupanya bukan. Permainan percuma tu ada di belakang botol sabun atau shampo yang korang beli tu.
Kali ini, Carrie Junior tengah bagi permainan baru. Ikut tema lagi iaitu 'Sukan Ria'. Katanay untuk membantu perkembangan imaginasi dan minda kanak-kanak. Carrie Junior ni bukan saja nak bagi anak-anak kit seronok masa mandi, tapi juga untuk menekankan amalan murni di dalam interaksi masam bermain dengna permainanan dengna cara yang kreatif dan imaginatif.
Untuk tema 'Sukan Ria' kali ini, ada 6 patung permainan yang comel untuk korang kumpul. 6 patung itu adalah:
Carrie Junior - patung gajah yang suka main bola sepak
Speedy Tommy - patung kura-kura yang terpantas di trek larian
Tuffy Teddy - patung beruang yang paling kuat
Dribbly Minky - patung racook yang hebat dalam sukan hoki
Smashy Macky - patung monyet yang tangkas bermain ping pong
Trophy - Trofi kejohanan sukan
Sebelum ni punya Fadzi dapat patung Speedy Tommy tu tapi bukan dalam tema 'Sukan Ria'. Waktu masa dieorang buat tema Koleksi Pelaut Carrie Junior 'Pirates of Carrieland'. Dapatlah seketul hehehe.
Bagi yang tak tahu, mesti korang pun tercari-cari dekat mana mainan percuma ni kan? Sebenarnya kan, korang kena cabut pelekat dekat belakang botol Carrie Junior tu. Lepas tu korang akan nampak ada satu lubang yang diisikan dengan bekas plastik. Ha, dekat situ lah mainannya.
Fadzi ada dengar dan baca komplen ada mak bapak yang marah sebab tak ada pun permainan percuma tu bila tengok semula. Tapi diaorang tak tahu dekat mana permainan itu disorok sebenarnya.
Tak baik marah-marah tau. Sebenarnya dekat botol Carrie Junior tu pun dah bagitau. Dekat pelekat bahagian belakang, diaorang dah ada tulis "Peel to reveal toy".
Fadzi pun tau sebab Fadzi baca dekat pelekat tu. Biasanya Fadzi tak rajin sangat pun nak baca pelekat dekat belakang sabun mandi ni. Tapi sebab nak mencari permainan percuma tu punya pasal, habis satu botol tu Fadzi explore sebelum ni. Tu yang boleh tahu tu. Kalau tak, Fadzi pun tak tahu.
Tapi tak syoklah kalau korang yang bukakan untuk anak-anak korang. Tak adventure. Korang cakap je pada anak korang, ada mainan yang tersembunyi dekat botol tu. Biar anak-anak korang yang cari sendiri. Baru lah boleh meransang dan menggalakkan sifat ingin tahu dan bagi diaorang meneroka sambil berseronok.
Ini keadaannya bila pelekat belakang botol dah dibuka. Korang akan nampak ada bekas plastik separa lutsinar macam ni. Korang kena cabut pulak bekas plastik tu dari botol.
Bila dah keluar dari botol, keluarlah permainan tersorok ini. Masih dalam plastik pulak. Dah satu kerja kena bukak plastik ni pulak. Hahahha.
Bila dah jumpa, boleh buat main masa mandi dengan sabun dan shampoo Carrie Junior tu. Baru lah nak panggil mandi je seronok. Tak payah susah susah menjerit naik angin bila anak lari waktu suruh mandi. Eh, Fadzi dengn Aneeq lah tu. Hewhewhew.
Oh ye, patung-patung figura Carrie Junior & Buddies ni korang boleh dapat secara percu,a dari mana-mana jenis produk rangkaian Carrie Junior Baby Bath, Carrie Junior Baby Shampoo, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash serta Carrie Junior Kids Shampoo yang bersaiz 700ml.
36 Comments
banyak kt umah..heheh
ReplyDeleteDulu dulu saya tak tau. Buang je botol dia. Rugi
DeleteAnak sy pun pakai Carrie Junior ni..wangi dan dah biasa pakai..
ReplyDeleteBetul tu. Carrie Junior bau dia memang sedap
Deleteeheee dapat gajah carrie junior la.. dari kecik guna ni. skrang ni anak2 buah guna tapi makcik depa pun suka gak picit cilok sket..
ReplyDeleteHahah Fadzi pun ada jugak kekadang tu pakai shampoo aneeq
DeleteIzzat's feverey ni, fadzi. Wangi. Sedap aje cium dia nanti. And letak mainan tu is cara nak tangkap perhatian & minat anak- anak, kan :-)
ReplyDeleteSerius memang wangi betul bau sabun dan shampoo carrie junior ni
DeletePatutla along amni asyik beli mandian ni je untuk anaknya.rupanya ada mainan di sebalik botol hahahah
ReplyDeleteHeheheh ramai yang tak perasan sebenarnya
DeleteKreatif dan comel sangat toys. Anak2 mesti teruja nak buka sendiri pelekat tu kan
ReplyDeleteMemang sangat. Anak saya excited habis nak bukak mainan dia
DeleteWah menarik ni. Saya pon pakai bedak Carrie Junior sebab wangi. Nak try pulak shampoo nk dpt permainan tersorok tu. hehehe
ReplyDeleteDulu dulu masa remaja pun saya pakai bedak carrie junior ni hahahha
Deletecarrie junior punya shampoo ni mmg dr kecik lagi pakai....sedap bau sabun die kalau anak mandi tu mmg layan die main air aje la
ReplyDeleteRasa majoriti semua pernah pakai produk carrie junior kan
Deleteyeah never get bored with this brand. My son likes to know what's the toy hiding at the back. Always wanna take it out and put it back.
ReplyDeleteIt is the best moment trying to figure what toy we have everytime we buy a new bottle right
Deletewhoa!!! kawaii...Who knows ada surprise. Mesti adik adik suka dapat mainan terorok ni. I suka carrie junior punya talcum.
ReplyDeletebau talcum die sedap sangat kan. dulu masa remaja pun memang pakai jugak bedak dia
DeleteTau pun masa dapat botol carrier junior ni..kalau tak mesti tak tau..buang je botol ni..huhu..setakat ni ada dua jneis mainan ada..gajah dengan monyet..hehe
ReplyDeleteSaya pun nad. Dah ade dah yang terbuang. tak sempat pun nak tengok
DeleteComelkan patung heheh. Anak akk ameer plg suka klu beli syampu cj ni sbb ada hadiah hehe
ReplyDeleteJimat jugak duit kite nak beli mainan baru untuk dieorang hahhahaha
DeleteHahaha..dulu akk kita byk beli tp xtau ada mainan.. Bile skrg dh tau, asal beli je mesti korek dulu.. Berebut budak2 ni main.. Tp dia sediakan kt botol besar je... Klo smua bekas size msti lg meriah.. Hihi
ReplyDeleteHaah, ade unutk botol besar je. Botol kecil tak ada
DeleteMmg minat betul pakai carrie junior. Bau dia wangi dan x pedihkan mata. Xsangka skrg nie dorg bubuh mainan dlm botol tu. comel2 pulak
ReplyDeleteKan. Comel comel mainan dia. budak budak lagi lah suka
DeleteMemang seronok anak anak tiap kali beli botol sabun baru kan. Sebab dapat mainan percuma. Bagus usaha dari carri ni
ReplyDeleteBudak budak pun makin suka sebab dapat mainana percuma
DeleteAnak2 memang suka wangian carrier junior.. aritu masa beli bawa blk, si adik siap terus amik botol mandian n ckp 'mama, kat sini ada mainan!! Kawan rayyan ckp' .. AM pun excited sekali nak tgk siap explore botol tue.. bila dah jumpa memasing menjerit.. hahaha.. memang lucu bila ingat blk..
ReplyDeleteHahhaha same. Saya awal awal tu tak tau ada mainan. bile tau ada mainan, terus anak excited
DeleteMandian Carrie junior memang popular dari zaman Bonde kanak-kanak. Tak sangka masih bertahan hingga ke saat ini. Good carrie junior memberi nafas baru dengan adanya permainan buat kanak-kanak suka
ReplyDeleteLama jugak kan brand carrie junior ni. kagum dieorang boleh bertahan lama
DeleteWahh baru Ika tahu ada mainan dekat belakang botol. Ramai yang marah2 bila tak jumpa mainan. Kena baca betul2 label dibelakang botol kan?
ReplyDeleteHaah tu la. Kene baca betul betul baru tau dieorang letak dekat mana mainan tu
Delete