Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dutch Lady Dengan Lara Alana | Baru-baru ini Aneeq terpilih jadi salah seorang talent untuk relaunch produk Dutch Lady. Alhamdullilah satu pengalaman baru yang best untuk Aneeq dan juga untuk Fadzi.
Waktu gimik untuk launching tu, tiga-tiga sekali excited nak naik pentas. Troli Aneeq agak berat sebab kotak paling besar. Sampai je atas pentas, seronok Aneeq melompat-lompat.
Tibe-tiba Fadzi rasa kesian nya Aneeq dekat rumah selalu sorang-sorang. Bagus juga bila ada aktiviti macam ni. Dia jumpa ramai kawan. Sampai dia tak nak balik sebab seronok sangat bermain.
Sempat jugak Aneeq main mewarna guna pasir dan juga buat keychain shrink. Aneeq buat 2 keychain dan 2 sand coloring. Selebihnya dia main kejar-kejar dengan kawan-kawan dekat situ.
Kali ini majlis gempak sikit sebab buat dekat Menara KL dan ada banyak media serta blogger yang datang. Dan talent-talent masa shooting hari tu pun ada yang datang juga.
Waktu ni Aneeq lagi lah seronok main. Dari pagi sampai petang dalam pukul 2 macam tu baru balik. Itu pun lepas kena paksa balik. Kalau tak, memang Aneeq tak nak balik lagi sebab nak main je.
Kali ni cuma 2 jam Aneeq dekat event. Dari pukul 6 petang sampai 8 malam. Disebabkan hari ni hari terakhir, Aneeq dapat hadiah daripada PR! Lepas je dapat hadiah tu, terus dia tak nak salam dan ambil gambar dengan orang lain. Sabar je lah.
Sampai ke rumah asyik berkepit dengan hadiah tu. Tak nak lepas langsung. Siap orang nak shake hands dengan Aneeq, dia boleh lari pulak.
Day 1 Sales Launch Gimmick
Hari pertama Aneeq 'kerja'. Mula-mula Aneeq macam malu-malu jumpa talent yang lain dan PR. Risau juga Fadzi sebab ini adalah gig pertama Aneeq. Nak nak pulak dia baru bangun tidur dalam kereta. Moody sikit dia.
Dalam setengah jam macam tu, dia dah okay, dah warm up semua dan mula main dengan talent-talent yang lain. Waktu tu ada 3 orang talent yang lain iaitu Aneeq, Anabelle dan the other girl (Fadzi lupa namanya). Aneeq paling muda antara semua.
Waktu gimik untuk launching tu, tiga-tiga sekali excited nak naik pentas. Troli Aneeq agak berat sebab kotak paling besar. Sampai je atas pentas, seronok Aneeq melompat-lompat.
Day 2 Shooting
Hari ini ada shooting untuk video pula. Kerja Aneeq senang je. Main. Hahahha. Serius. Main saja. Dan ada ramai lagi talent kanak-kanak yang lain main sekali dengan dia.
Waktu ni Aneeq sangat-sangat clingy dengan host (tudung biru). Sikit-sikit nak tunjuk apa yang dia buat guna blocks tu.
Dari apa yang Fadzi nampak, Aneeq tak tengok benda ni sebagai kerja pun. Dia seronok jumpa kawan baru dan main dengan diaorang.
Tibe-tiba Fadzi rasa kesian nya Aneeq dekat rumah selalu sorang-sorang. Bagus juga bila ada aktiviti macam ni. Dia jumpa ramai kawan. Sampai dia tak nak balik sebab seronok sangat bermain.
Day 3 Sales Launch Gimmick
Hari ni agak terkejut sebab tak sangka Aneeq akan naik pentas sekali dengan Lara Alana. Sebelum ni talent 3 orang biasa je bukan dengan Alana. Kali ini Lara pun tarik troli naik pentas sekali dengan Aneeq dan Anabelle.
Sempat jugak Aneeq main mewarna guna pasir dan juga buat keychain shrink. Aneeq buat 2 keychain dan 2 sand coloring. Selebihnya dia main kejar-kejar dengan kawan-kawan dekat situ.
Kali ini majlis gempak sikit sebab buat dekat Menara KL dan ada banyak media serta blogger yang datang. Dan talent-talent masa shooting hari tu pun ada yang datang juga.
Waktu ni Aneeq lagi lah seronok main. Dari pagi sampai petang dalam pukul 2 macam tu baru balik. Itu pun lepas kena paksa balik. Kalau tak, memang Aneeq tak nak balik lagi sebab nak main je.
Day 4 Dinner Launch Gimmick
Hari terakhir Aneeq 'bekerja' sebagai talent. Hari ini pun Aneeq kena buat benda yang sama macam dengan sales launching yang lepas-lepas iaitu tarik troli. Kali ni, jalan naik ke pentas agak tricky dan sempit. Tapi Alhamdullilah, Aneeq boleh buat.
Kali ni cuma 2 jam Aneeq dekat event. Dari pukul 6 petang sampai 8 malam. Disebabkan hari ni hari terakhir, Aneeq dapat hadiah daripada PR! Lepas je dapat hadiah tu, terus dia tak nak salam dan ambil gambar dengan orang lain. Sabar je lah.
Balik-balik bila buka hadiah, rupanya Aneeq dapat set Lego Friends. Walaupun penat, kiteorang melayan lah sekejap Aneeq pasang Lego satu plastik. Satu plastik lagi pasang esok harinya.
Sampai ke rumah asyik berkepit dengan hadiah tu. Tak nak lepas langsung. Siap orang nak shake hands dengan Aneeq, dia boleh lari pulak.
Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dengan Lara Alana
Sebenarnya Aneeq dapat jadi salah seorang talent ni pun sebab ada kawan yang tanya dekat Facebook siapa yang ada anak umur 3 tahun untuk shooting. Fadzi pun saja lah nak cuba nasib Aneeq. PM la kawan tu.
Kawan minta beberapa gambar dan satu video Aneeq. Dan Alhamdullilah tak sangka terpilih pulak untuk shooting tu. Fadzi ingat dah tak dapat dah sebab tengok ramai jugak yang hantar.
Pada asalnya Aneeq terpilih untuk shooting saja. Tapi tiba-tiba pihak PR tanya sama ada Aneeq boleh attend sales launch selama tiga hari sebagai talent untuk gimik. Kerjanya senang saja, cuma tarik troli yang ada mock kotak Dutch Lady.
Dalam Instagram Scha Al Yahya pun ada dia upload gambar Lara Alana dengan Aneeq dan Anabelle.
Fadzi rasa macam kerja tu senang dan at the same time, boleh expose Aneeq pada dunia luar macam ni. So, lepas discuss dengan suami berkenaan dengan benda tu beserta tarikh, suami pun kata on. Fadzi pun setuju.
Disebabkan gimik dan shooting dibuat pada hari minggu, Fadzi dengan perut sarat 7 bulan ni drive sendiri dengan Aneeq ke tempat-tempat yang sudah ditetapkan.
Ini first time Fadzi drive sepanjang mengandung. Dan first time juga Fadzi bawa Aneeq keluar berdua saja sepanjang mengandung. Kalau tak, memang ada husband sekali sebab pregnancy kali ini, Fadzi memang tak larat.
Cuma kali ini, husband tak dapat cuti. Jadi, Fadzi buat semua sendiri. Hari terakhir saja yang husband teman kan sebab event hari Sabtu.
Di kesempatan ini Fadzi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada PR yang banyak membantu Aneeq selesa kan diri dalam keempat-empat event tu. Serius Fadzi risau awalnya takut Aneeq malu-malu tapi he's good! Dia enjoy sangat.
Dan Fadzi rasa lepas ni Fadzi nak cuba lagi bawa Aneeq pergi casting untuk projek-projek lain. Mana tau rezeki Aneeq kan.
Lagipun Fadzi nak sangat Aneeq exposed dengan dunia luar. Biasa Aneeq asyik duduk dalam rumah dengan Fadzi atau paling paling pun keluar main dekat playground bawah rumah dan pergi event dengan Fadzi.
Projek untuk iklan Fadzi boleh consider lagi untuk Aneeq tapi kalau dapat tawaran untuk berlakon, mungkin Fadzi akan tolak sebab Fadzi takut nak bagi Aneeq masuk dunia entertainment.
Korang ada tau tempat untuk casting iklan? Kalau ada boleh tolong bagitau Fadzi ya? Nak mencuba nasib :) Dan mana tau ada juga yang membaca ni nak cuba hantar anak-anak korang pergi casting jugak kan?
39 Comments
WOW SERONOKNYA
ReplyDelete:) :) :)
Deletealaa..aneeq dah jadi retis. xleh dah la ibu dera aneeq srh masak & cuci pinggan lagi..hihi
ReplyDeleteHeheheh jadi artis memang tak la. Tapi mak still boleh suruh aneeq masak and cuci pinggan hihihih
Deleteterbaek.. semoga aneeq jadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. amin
ReplyDeleteInsyaAllah aminnn
Deletewah..annew jadi retis la pasni
ReplyDeleteHahhaahha jadi artis tu memang tak la. :p
DeleteWah comelnya aneeq. Bagus pendedahan aktiviti mcm ni menjadikan Aneeq lebih bersemangat, berani dan berdikari. Satu perkembangan yang sangat positif
ReplyDeleteAlhamdullilah kak ayu. Awal awal tu risau jugak sebab takut aneeq malu malu
DeleteSeronoknya Aneeq. Kanank-kanak memang mudah mesra bila jumpa kawan-kawan baru dan dapat bermainan permainan sama-sama. Launching Gimmick Dutch Lady memang best.
ReplyDeleteBetul tu. Kalau dah namanya budak, memang suka kalau jumpe kawan kawan baru.
Deletebesar dah Aniq.. dulu cemetot jer rajin tolong ibu kat dapur.. hahaha
ReplyDeletebagus Aniq.. nampak pembesaran dia semakin baik dan cergas. suka bergaul dgn rakan baru.. all d best
Heheheh sekarang pun masih rajin lagi tolong mak buat kerja rumah. Terima kasih auntie :D
DeleteBagus ada aktiviti macam ni. Anak² memang kita kena expose diri mereka dengan aktiviti ni kan. Jadi takdelah dia bosan kat rumah. All the best untuk aneeq
ReplyDeleteBetul tu. Bagi pengalaman untuk dia berkawan
DeleteKecik kecik dah dapat pendedahan untuk groom jati diri. Memang bagus meningkatkan keyakinan diri dan tak kekok untuk berada di khalayak ramai,
ReplyDeleteSaya dari awal lagi memang bawa aneeq ke event blogger kalau dibenarkan. Dari situ memang nampak dia cepat dan mudah nak bergaul dengan orang lain
DeleteWah! Tahniah buat Aneeq dan ibunya.
ReplyDeleteBudak-budak mana nak tahu dia tengah kerjakan...
Dia fikir dia main jer... good job Aneeq.
Terima kasih mrs A. Peluang ni memang saya grab untuk aneeq. even dia pun tak tau die sedang bekerja tapi dia have fun sangat.
DeleteAlahai kecik-kecik dah kerja ya bagus betul. dan most important dapat build confident dia. kena asuh dari kecik baru la berani. good luck Aneeq semoga rezeki terus mencurah seperti ladang gandum
ReplyDeleteConfident tu yang fadzi nak aneeq ada. alhmadullilah dia memang confident dan ramah dengan orang lain
DeleteWah Aneeq dah kerja la..best best..tp nape tak pandang pon Lara tu nak oii..hehe
ReplyDeleteHahahha serius payah nak ambik gambar dieorang bertiga pandang kamera at one time. Bebudak kan
DeleteMesti anak-anak suka event yang macam ni, menghiburkan sambil membina otak yang aktif.
ReplyDeleteMemang suka nak nak lagi jumpa ramai kawan baru. Main je kejenye
DeleteWahhhh untunglah bersama Lara. Bukan biase-biase Aneeq nie. Lepas nie meletop lh. Tetibe digossipkan dgn Lara, acano ? Hahaha.
ReplyDeleteHahaha memang idok le gosip gosip ni
DeleteWah wah wahh.. Seronokla aneeq dpt bersama lara alana.. Hehee.. Bestnya bila dpt jd talent utk event cmni kan.. Kdg2 budak2 ni kne ada masa bersama kawan2 utk bermain....
ReplyDeleteKan. Biasa aneeq memang duduk rumah je dengan mak dia berdua. Kadang-kadang keluar jugak main dekat playground tapi budak tak ramai. Sekarang pulak takut kes hfmd. Tu yang tak keluar rumah tu
DeleteWah untunglah Aneeq kecik2 dah jadi talent dgn anak selebriti pulak tu . Mana tahu esok besar jadi pelakon . Mak aneeq pun kena banyak berehat je tgh sarat tu kan
ReplyDeleteMak pun tak larat dah nak keluar ni. For now, ini je lah job yang ambik untuk aneeq.
DeleteYa Allah, Tahniah Aneeq sayang. U deserve it! Muka komersial betul aneeq ni. Hensem comei sedap mata mandang dan memang layak Aneeq jadi talent untuk produk ni haaaa...
ReplyDeleteHehehhe terima kasih onie. Harap harap lepas ni ada lah rezeki aneeq lagi
DeleteKelas sangat Aniq slang. Kecik2 dah jadi talent dah. Apapon semoga membesar dengan baik dan jadi anak yg soleh
ReplyDeleteHeheheh amiiinnn aminnnn
DeleteAneq seronok..maknya pun seronok..apa pun semoga Aneq cemerlang didunia dan akhirat
ReplyDeleteInsyaAllah aminnnn./ Thanks kak fuzy
DeleteBestnya Aneeq dapat jadi talent.. Hehe klik post i td baru perasan ni post 2018 ya. Singgah dr post birthday Aneeq yg ke-4 ^^
ReplyDelete