DJI Osmo Pocket - Advanced Birthday Present! | Dari tahun lepas Fadzi duk tengok review dekat Youtube pasal kamera. Dalam hati ni terfikir nak beli Canon M50 tapi dalam masa yang sama tertengok jugak review pasal Osmo Pocket.
Zul pulak dari awal Januari lagi ada cakap nak bagi hadiah awal sempena dengan birthday Fadzi bulan Mac nanti. Tengok tengok minggu lepas hadiah birthday tu dah sampai! Fadzi dapat DJI Osmo Pocket!
Zul pulak dari awal Januari lagi ada cakap nak bagi hadiah awal sempena dengan birthday Fadzi bulan Mac nanti. Tengok tengok minggu lepas hadiah birthday tu dah sampai! Fadzi dapat DJI Osmo Pocket!
DJI Osmo Pocket - Advanced Birthday Present!
Siapa tak seronok kan dapat hadiah untuk hari lahir. Walaupun awal 2 minggu dan langsung tak surprise. Hahahaha. Sebenarnya Fadzi nak beli sendiri je tapi Zul dah offer diri nak beli kan, Fadzi okay je. Hahahha.Now, now, kena fikir nak belikan hadiah apa untuk Zul birthday dia nanti. Susah betul tau nak fikir beli hadiah apa untuk orang lelaki ni.
Okay berbalik kepada Osmo Pocket ni. Asalnya Fadzi macam berbelah bahagi sama ada nak Osmo Pocket atau Canon M50. Sebab dua dua ada pros dan cons dia. Tapi sebab dah dapat Osmo Pocket, Fadzi on jek.
Disebabkan minggu lepas Fadzi hidung tersumbat, Zul sakit tekak dan batuk batuk, Aneeq pun batuk, Anas je yang power sihat. Jadi kiteorang tak keluar ke mana-mana tempat yang menarik untuk test out Osmo Pocket ni.
Yang Fadzi sempat buat cuma video unboxing, testing dalam rumah dan beberapa video dari dalam kereta je. Nanti Fadzi upload video unboxing tu dekat Youtube untuk korang semua tengok.
DJI Osmo Pocket Unboxing
Bagi yang masih tak tahu, Osmo Pocket ni adalah handheld gimbal camera. Maksudnya dialah kamera dan dialah gimbal. Gimbal ni digunakan untuk stabilkan video yang korang rekod.Dengan Osmo Pocket ni, korang boleh ambik gambar 12MP dan boleh ambil video yang stabil hingga 4K 60fps. Kira kalau korang nak zoom video atau nak buat slow mo, memang cantik lah video korang lepas edit nanti.
Okay dalam kotak Osmo Pocket ni korang akan dapat:
- Osmo Pocket
- Cover
- Smartphone Adapter (USB-C) - untuk Android
- Smartphone Adapter (Lightning) - Untuk iPhone
- Power Cable - untuk charge
Korang boleh pilih sama ada nak operate Osmo Pocket dengan screen dekat belakang dia atau nak gunakan smartphone korang. Kalau guna smartphone kena guna DJI Mimo Apps.
DJI Mimo Apps tu korang boleh download dekat:
Untuk pengetahuan korang, sebelum boleh ambil gambar atau ambil video, korang kena activatekan Osmo Pocket menggunakan apps dekat atas ni.
Lepas activate Osmo Pocket, korang boleh masukkan MicroSD Card dan mula shoot. Tapi microSD card tu tak termasuk dalam package Osmo Pocket ni tau. Kena beli asing-asing. Lain lah kalau seller ada buat offer microsd card tu sekali.
Tak sabar nak start shoot pakai Osmo Pocket ni. Minggu ni Fadzi nak cuba shoot dalam rumah je dulu. Sambil sambil tu nak explore lagi function yang boleh guna dalam Osmo Pocket ni.
Weekend nanti insyaAllah bila semua orang dah sihat, planning nya nak keluar ke tempat-tempat menarik sikit untuk test semua benda.
Anyway, Fadzi terpaksa ucapkan good bye pada salah satu wishlist Fadzi - Canon M50 sebab bila dah ada Osmo Pocket ni rasanya M50 tu macam dah tak penting pulak.
Apa-apa pun thank you thank you Zul sebab bagi hadiah birthday DJI Osmo Pocket ni. Korang ada idea nak beli hadiah apa untuk lelaki tak? Nak prepare duit untuk beli hadiah untuk Zul pulak hehehe.
20 Comments
Ehhh beruntungnya dapat hadiah.. menarik sangat ni. Mahal tak harga dia? Stabilkan video tu makna video kita tak goyanglah ekk?? Kalau ya..Sis rasa sis memang perlukan satu sb kalau guna kamera or phone memang gambar selalu je ketaq..geram betoi. Kalau murah leh le beli
ReplyDeleteWahhh.... Bestnye dapat Osmo Pocket... Wishlist LeYa ni... Tak sabar nak tengok video-video dari Osmo Pocket Fadzi nanti. Hehehe... Seronoknya dapat barang yang kita inginkan.
ReplyDeleteTeringin nak beli ni tapi mahal. Sis tak mampu. Huhuhu. Husband ada brand ni jugak tapi dia punya drone.
ReplyDeletebestnya dapat hadiah yang kita sendiri memang nak guna kan.Memang memberi kemudahan untuk blogger atau vlogger ni.Jadi takdelah ambil gambar or video gegar je kan.Nak kena survey jugak la ni
ReplyDeleteBab dapat hadiah sape je yang x suka..semua orang suka kot kan..best la fadzi..lepas ni dh boleh amik video yg superb...bila dh dpt sesuatu yang kita aimed..walau jenis lain..yg kita aimed pada asalnya..boleh la keluarkan dari list
ReplyDeleteWah cutenya..kami ada DJI Osmo Gimbal..besar susah nak handle..kalau kecik macam ni macam senang jer nak guna dan simpan..tiba2 pulak teringin nak ada juga satu Dji Osmo Pocket ni
ReplyDeleteKalau sambil lari bawak benda alah ni pun stable je video. tak perlu edit part stablize dah, tahun ni maybe akan menjadi trending osmo pocket ni. Mudah nak bawak travel ni,hehe
ReplyDeleteWahh kita pun lama mencari kamera ini kita suka buat video hehehehe boleh lah lepas ni kita beli thanks share kalau rasa nak jual secondhand bagi tahu wakakkakaka...
ReplyDeleteBest nyaaa. Kita pun dah la survey2 nak beli camera travel. Ni macam best sgt ni. Cepat2 review gambar. Tak sabar nak tgk.
ReplyDeleteBerapa harga dia fadzi.
ReplyDeleteNanti share la hasil gambar dari penggunaannya tau.
Bestnya suami hadiahkan sesuatu.
Mcm kita setiap kali besday suami, kita suh suami pilih sendiri. Tak tahu nak belikan apa. Takut kang buat suprise ke dia, kita tersuprise balik. Hehe
airah ada survey jugak ni haritu.bestnya dapat sebagai hadiah.memang teringin nak beli tapi kumpul duit dulu.nanti share la gambar video semua tau
ReplyDeletewah awalnya dapat hadiah birthday. wishlist sangat dapat djl osmo ni. senang nak rekod video tak payah gegar-gegar lagi lepas ni. makin excited nak rekod video untuk youtube la ni
ReplyDeleteMenarik nye tentang DJI Osmo Pocket Malaysia terus ke youtube tengok macam mana cara nak gunakannya.. nice sharing
ReplyDeleteMahalkan benda ni. Tapi outpun gambar mmg cantek. Kena banyak belajar cari guna. Nanti dah expert blh fazi tunjuk gmbr2 yg telah diambil
ReplyDeleteWahh bguas laaa osmo pocket ni....kena cari ni...comel je xyah berat2 nk bawak
ReplyDeleteWah bestnya Fadzi. Memang mudah nak bawak p travel ni. Nak usha2 la tengok contoh gambar semua. Btw jenama ni memang best kan
ReplyDeleteHari tu masa ke batam ada nampak blogger batam pakai ni. Heheh memang berminat terus bila tgk..bila baca ni lagi membuak rasa nak beli hahahah
ReplyDeleteWow. .Kita tak pernah dengar pasal menda ni.. Nampak sangat buta gajet kan...
ReplyDeleteTapi mcm best ja ada menda ni lagi2 bika travel kan
teringin nk beli plak.. hehe
ReplyDeleteWah comelnya gadget sekarang ni. Ruby ada lagi osmo mobile. besar benor. ingat nak cari pocket size ni. simple je kan.
ReplyDelete