De Pauh Garden - Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai | Hari tu Fadzi ada pergi ke Pulau Pinang belah Seberang Perai. Ada kenduri kahwin saudara sebelah Zul. Kitaorang datang sehari sebelum majlis jadi duduk lah dekat Hotel Ixora.
Kalau dah datang tempat orang kan, mesti lah nak cari tempat makan yang best dekat Permatang Pauh ni kan. Bila google, keluar Restoran De Pauh Garden. Kitaorang pun lepas je solat Maghrib, terus gerak pergi sana.
De Pauh Garden - Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai
Dari Ixora Hotel ke De Pauh Garden ni tak jauh mana pun. Dalam 10 minit macam tu. Kedai makan ni pun dekat dengan UiTM Pulau Pinang dan Politeknik Seberang Perai.
Masuk masuk je kawasan De Pauh Garden tu, rupanya diaorang ada buat tapak parking jugak. Lebih kurang macam Klebang Coconut Shake tu.
Walaupun parking diaorang banyak tapi tak lah sebesar Klebang Coconut Shake. Tapi De Puah Garden lengkap dengan surau dan toilet. So kalau datang sini, senang lah nak solat ape semua.
Restoran diaorang ni ada dua jenis tau. Satu dalam bangunan ber'air cond' yang dipanggil cafe. Satu lagi bangunan open air. Kitaorang masuk dalam restoran yang open air tu je. Sebab masa kitaorang pergi tu nampak macam ada event dekat dalam cafe.
Cafe dia tak besar sangat. Tapi restoran open air dieorang luas. Ada yang bawah bumbung bangunan. Dan ada yang dia letak kanopi macam orang kahwin belah luar. Cantik.
Menu pulak dekat sini, macam macam jenis menu yang ada. Makanan Melayu ada, Western ada dan makanan Thai pun ada. Harga menu pula macam harga standard kot. Korang boleh tenogk menu dan harga dekat sini.
Malam tu kitaorang order makanan Melayu saja. Lapar kan. Nak senang. Order je lah nasi putih, ayam paprik, sayur, cendawan celup tepung dan telur mata kerbau. Untuk Aneeq order set budak-budak. Anas makan nasi putih dengan telur mata.
Menu Aqeel's Meal (RM8.90). Dalam menu ni ada chicken nugget, spageti sikit, air vitagen dan puding mangga. Aneeq tak makan puding mangga tu. Dia sejenis yang tak suka benda benda lembik hahaha.
Bagi Fadzi menu ni macam tak begitu berbaloi. Kalau anak jenis makan sikit, mungkin okay. Tapi kalau jenis anak makan banyak, better order nasi putih dan lauk pauk biasa saja.
Menu lauk yang kitaorang order hari tu. Telur mata kerbau untuk Anas. Nasi putih. Mula-mula order 2 pinggan je nasi. Kononnya kongsi nasi dengan Anas lah. Sekali Fadzi lapar lagi. Tambah lagi satu pinggan nasi huhu.
Lauk pulak kitaorang order Ayam Paprik, Kailan Goreng Ikan Masin dan Cendawan Goreng Celup Tepung. Overall makan sedap, portion cukup cukup untuk 2 orang makan. Puas hati lah.
Nasi putih diaorang pulak siap bagi sekali dengan sambal belacan. Lagi lah Fadzi suka.
Air pulak kitaorang order air Sirap Limau Ais dan Limau Ais. Okay saja lah. Air standard kedai kan.
Nah, total harga kitaorang makan hari tu RM35.60. Okay ke tidak eh? Dah lama sebenarnya tak makan dekat luar ni huhuh.
Servis dekat sini Fadzi suka. Staff diaorang mesra dan senang nak minta tolong. Masuk masuk je staff diaorang nampak kitaorang pegang baby terus offer nak ambilkan baby chair.
Bila dah jumpa kedai makan yang sedap di Permatang Pauh ni, tambah lagi servis okay dan kemudahan yang selesa, Fadzi suggest korang yang datang ke Pulau Pinang datang makan dekat sini. Tak gigih lah duduk sebelah Perai ni gigih nak pergi pulau pulak kan.
30 Comments
ray singgah membaca smbil follow.#735
ReplyDeleteThank you singgah ray :D
DeleteLama sungguh Sis tak ke Penangm last masa anak-anak kecil belum sekolah..Hajat one day nak gak pi sana anak dah besar ni..nanti kalau ke sana boleh singgah sini haa..
ReplyDeleteHarga tu okay sangat kalau dengan servis yang memuaskan ..rasa pun sedapkan?..
Rasa memang sedap. Standard kedai melayu
DeletePenang ni mmg port jjcm betul kan. Ni tambah lg kedai menarik..
ReplyDeleteBatul sangat. Banyak port makan best best dekat penang
DeleteRasanya harga tu ok kit untuk menu yang dipesan. Bila ke Seberang Perai nk cari juga la tempat ini sbb parkg pun mudah.
ReplyDeleteParking dia banyak. Senang hati je nak pergi sini
Deleteok sgt tu harga nyer, fadzi.
ReplyDeletestandard la memana. even boleh dianggap murah :)
nasi putih & sambal belacan tu da mcm couple.
wajib berduet bersama :) kan :)
Ok ye harga tu. Hehehhe nampak sangat jarang jarang nak pergi makan dekat luar ni
DeletePenang memang syurga makanan. Banyak makanan yang sedap-sedap kat sini. Kalau ke Penang, saya nak try ke sini la.
ReplyDeleteMemang syurga makanan betul penang ni kan
DeleteWalaupun Sis dok Penang tapi tak pernah singgah lagi makan kat sini. Lalu je sebab ada urusan. Harga makanan pun taklah mahal sangat. Berbaloi.
ReplyDeleteNanti boleh lah cuba sekali sekala
DeleteGambar makanan nampak berbaloi dengan harga. Thanks for sharing 😊
ReplyDeleteNo problem :D
DeleteKalau tempat yang layanan cukup mesra, kita pun syiok nak makan kat situ plus makanan pun kena sedap le. Lama dah tak ke Penang, kalau pergi boleh le singgah nanti
ReplyDeleteBetul. Layanan baik je terus rasa makanan ok hehehe
DeleteBest kalau pegi tempat yang ada parking macam ni. Senang. Menu pun best dan murah. Boleh la singgah nanti.
ReplyDeleteKan. Senang hati bila ada kedai makan yang provide parking luas macam ni
DeleteAla kenapa jauh sangat tempat makan ni tak tahu bila nak ke sana wakaka kalau kebetulan lah kita akan singgah restoran ini tengok makana seadp-sedap dan kata service terbaik kat sini hehehehe...
ReplyDeleteServis diaorang bagi saya ok dah. Nanti kalau datang penang, try lah singgah sini
Deletekena masuk dalam bucket list kalu ke penang, bioleh la buat food hunting. seronoknya tengok fadzi makan kat kedai nie
ReplyDeleteHeheh sila sila
DeleteTak pernah sampai lagi kat sini tapi selalu lalu kawasan tu. Boleh la singgah nanti. Betul tu. Kadang-kadang order sikit takut tak habis. Tapi kalau lapar.. kenala order tambah kan.
ReplyDeleteItu lah kan. Order banyak kang membazir. Order sikit tak cukup. huhuhu
DeleteTengok tempat dia mcm tempat mahal, sekali tengok harga fad tunjuk, eheh murah juga..tapi tu la jauh..lagipun lama dah tak pergi penang ni
ReplyDeleteMurah jugak kan harga tu
DeleteTak pernah lagi ke De Pauh Garden ni walaupun selalu sangat dengar nama restoran ni dari kawan2. Bolehlah pi nnti bila balik kampung :)
ReplyDeleteOh, Aerill orang penang rupanya
Delete