Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik | Tahun lepas bulan Disember, Fadzi dan keluarga pergi ke Pulau Pinang. Ada kenduri saudara kahwin. Tapi bukan dekat pulau pun. Belah Seberang Perai je.
Masa nak pergi ke sana, gigihlah google mana hotel dekat Seberang Perai ni. Banyak rupanya pilihan. Tapi ikutkan cantik, selesa dan harga pun okay, kitaorang pilih Hotel Ixora yang terletak di area Seberang Jaya.
Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik
Hotel Ixora ni berdekatan dengan UiTM Pulau Pinang dan Politeknik Pulau Pinang. So mana tau korang ada event dekat situ, boleh duduk dekat Hotel Ixora.
Selain itu, Hotel Ixora ini jugak bersebelahan dengan MegaMall Penang. Zul dulu study dekat UiTM Pulau Pinang. Tu kira tempat diaorang shopping dan melepak makan lah waktu study dulu.
Masa nak check in ke Hotel Ixora, Zul je yang masuk. Fadzi dengan budak-budak tunggu dalam kereta, park tepi jalan. Sebab tak tau parking diaorang macam mana. Sekejap je check in nya. Dah setel semua Zul datang balik bawak kad.
Lepas tu, Zul terus drive masuk ke parking basement. Parking dah kira masuk sekali dalam bayaran bilik hotel tu. Asalkan kalau korang nak keluar, korang kena validate dekat kaunter reception dekat lobi dulu.
Lobi dia not bad cantik. Luas. Putih bersih. Kaunter registration dia panjang. Adalah dalam 2 3 orang staff yang jaga. Lobi dia betul-betul sebelah dengan The Straights Cafe.
Zul book Superior Room. Dalam bilik tu ada satu katil saiz king. Memang sedap lah bergolek ke kiri dan kanan, tak jatuh jatuh hahaha. Bebudak lagi lah seronok. Aneeq terus conquer katil tu.
Dekat sebelah katil tu pulak ada macam day bed. Muat lah kalau sorang nak tidur sana. Mula-mula Aneeq kata dia nak tidur dekat day bed tu. Tapi tengok tengok malam tu mencari mak dia.
Dalam bilik tu diaorang ada sediakan TV dengan channel Astro, USB port untuk charge any devices dan juga Handy Smartphone. Handy Smartphone ni korang boleh guna kalau nak telefon sesiapa di luar negara atau untuk order makanan ke bilik guna apps yang disediakan.
Dalam bilik tu dah siap sekali dengan tea and coffea making facilities, ada 2 botol air minuman, safe box, peti ais kecil, iron, ironing board, penimbang berat badan, selipar dan plastik laundry.
Toiletries pun ada. Sabun, shampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, sabun buku dan shower cap. Towel pun diaorang ada bagi sekali tapi ada sehelai je. Fadzi pun malas nak complain sebab memang kitaorang ada bawak satu tuala sebagai back up.
Toilet bilik ni besar gila. Sebesar bilik tidur Aneeq dekat rumah. Huhuhu. Shower dia dalam bilik kaca. Tapi ada masalah sikit pasal shower tu. Dia jenis yang shower ada dua kepala. Satu belah atas satu yang boleh pegang dan cabut cabut tu.
Masalahnya tak boleh tutup salah satu air yang keluar. Jadi bila mandi, dua dua kepala shower tu keluar air. Puas cari punat mana nak pulas, nak tekan tapi tak boleh juga. Tapi we survived je mandi macam tu pun.
Toilet bowl diaorang ada bidet yang keluar dari dalam toilet bowl tu. Aneeq pun susah nak basuh. Jadi tiap kali dia nak pergi toilet, memang salah seorang daripada kitaorang kena masuk sekali nak bukak kan bidet tu.
Cermin toilet dia besar. Sinki pun ada dua. Ada air panas dan air sejuk lagi. Ada pula lagi kemudahan pengering rambut. Huih, penting sangat untuk Fadzi pengering rambut tu.
Mula-mula masuk bilik, kiteorang terus tukar baju dan pampers Anas. Terbocor sikit. Lepas setel Anas dan bagi budak-budak ni lepas atas katil tengok TV, Fadzi snap snap gambar bilik sikit. Memang plan nak story dalam blog pun. Jarang-jarang nak keluar duduk hotel ni tau.
Petang tu, kitaorang dah start get ready, mandikan budak-budak, mandi, solat. Pastu baru nak google tempat makan yang sedap dekat Permatang Pauh. Last minit betul kan. Hahaha.
Google punya Google, finally decide nak makan dekat De Pauh Garden. Fadzi ada story jugak pasal De Pauh Garden ni dekat entry yang ini (klik sini). Korang boleh lah baca kot kot mencari tempat makan dekat Seberang Perai ni kan.
Balik daripada makan malam tu, saja lah Fadzi nak jalan-jalan sekitar hotel. Masa masuk bilik petang tadi tu, Fadzi ada nampak library. Konon nak tengok lah masuk ke dalam library tu. Sekali library dah tutup.
Jadi kitaorang pergi tengok area pool. Pool ada dua jenis. Satu untuk budak-budak. Ada slide sekali. Satu lagi untuk orang dewasa. Dalam lah sikit. Tapi tak berapa besar sangat lah.
Waktu tu entah apa lah Aneeq dia kata nak balik. Takut kot gelap dekat luar tu. Waktu dah dalam nak dekat pukul 9 malam. Pool tu memang tutup waktu malam.
Kitaorang pun masuk, tengok area gym pulak. Besar jugak gym dia. Facilities pun okay lah. Aneeq nampak ball tetibe okay pulak dari tantrum huhu.
Bilik yang kitaorang duduk hari tu ada sekali dengan breakfast untuk dua orang. Budak-budak free saja. Tapi gambar masa breakfast dekat The Straights Cafe diaorang tak sempat nak ambil sebab bateri dah habis.
Menu untuk breakfast banyak jugak. Ada cereal, toast, mee, nasi, bubur kosong, muffin, cupcake, buah-buahan. Eh banyak lagi lah tapi dah lupa sebab tak ambil gambar kan.
Breakfast diaorang dari pukul 7 pagi sampai 10 pagi. Kitaorang hari tu turun dalam pukul 8 pagi kot. Lepak lah makan dekat situ sampai nak dekat pukul 10 pagi jugak. Sambil makan sambil Aneeq tengok TV.
Bila dah habis makan, kitaorang naik balik bilik dan rest. Lepas Subuh lagi kitaorang dah siap-siap kemas barang, nak make sure tak kelam kabut.
Overall, Fadzi suka dengan Ixora Hotel ni. Lepas tu semua perabot dan facilities dia masih cantik. Cuma adalah beberapa benda yang diaorang miss terutamanya pasal towel dan shower tu.
Kalau korang mencari hotel dekat UiTM Pulau Pinang, Politeknik Pulau Pinang atau airport, Hotel Ixora mungkin antara pilihan terbaik untuk korang.
10 Comments
nice hotel.
ReplyDeletebersih ekk :) good.
last year aida ke penang jugak.
lom lagi up kat entri dlm blog hu hu hu hu... terlupa.
Nice. Mcm hotel baru.
ReplyDeleteSelesa...
Last year aida ada ke penang.
Tapi lom update entri kat blog :) ha ha...
luas jugak bilik hotel ni. complete kemudahan, sesuai sangat kalu bawa family datang bercuti. kalu BBL datang jalan-jalan boleh la consider tidur hotel ixora prai
ReplyDeleteBesarnya bilik hotel ni hurmm nanti kalau pergi Penang boleh lah try bermalam kat sini lak kan hehehe bestnya tengok ada pool dan juga ada segala kemudahan best best....
ReplyDeleteMenariknya hotel ni. Nampak bersih dan sangat selesa. Kalau pergi sana boleh lah stay kat sini. Thank you for the suggestion
ReplyDeleteNice lah hotel ni. nnt kalau ada urusan ke area sana boleh lah booking hotel ni. nampak luas dan bersih je
ReplyDeleteBoleh tahan jugak Hotel Ixora ni ek. Lain kali kalo ke Prai boleh la sini, thanks sharing pasal hotel ni so that boleh jadikan rujukan di masa hadapan
ReplyDeleteNice hotel dan selesa. Kemudahan asas dia pun boleh tahan dan swimmping poolnya nampak mengundang betul. haha..
ReplyDeleteSimple tapi tetap nampak selesa kalau bercuuti penginapan hotel ni mmg yg kita cari
ReplyDeletenmpk bersih, besar & selesa. thx for sharing the info and pics for this hotel
ReplyDelete