17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19 | Tadi masa scroll Facebook, Fadzi ada ternampak status daripada business coach tentang satu artikel yang ada di website Forbes iaitu '17 Ways You Can Make Money Online Right Now'.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

Dalam artikel tersebut, penulisnya Laura Begley Bloom ada senaraikan 17 jenis perkerjaan yang boleh dilakukan secara online tanpa perlu keluar rumah semasa pandemik COVID19 ini.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

Disebabkan artikel tu berbahasa Inggeris, jadi Fadzi kongsikan semula di entry kali ini dalam bahasa Melayu. Tapi penerangan tentang setiap point tu, Fadzi akan terangkan ikut pemahaman Fadzi sendiri ok. 

1. Jual Gambar
Sekarang ni ramai yang dah ada smartphone dengan kamera yang canggih. Gunakan kelebihan smartphone korang untuk ambil gambar dan jual gambar-gambar tersebut di website stockphoto seperti Shutterstock, GettyImages dan iStock.

2. Buat Video 'How-to'
Youtube adalah sumber tempat orang belajar pelbagai perkara.  Oleh itu, korang boleh buat duit melalui video 'how-to' dengan mengenakan cas langganan untuk content tersebut. 

3. Jadi Copywriter
Kalau korang mempunyai gaya penulisan yang baik serta pandai bermain dengan emosi orang, korang memang sesuai untuk menjadi seorang copywriter. Korang boleh ambil upah untuk menulis iklan bagi product atau service owner.

4. Ajar Bahasa Inggeris
Jika korang fasih berbahasa Inggeris, korang dah layak untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris. Dan korang boleh buat pekerjaan ini di atas talian saja. Cuba tengok website TeachAway, GoOverseas ataupun iTutorGroup.

5. Buat Podcast
Kalau korang ada mikrofon, laptop dan software untuk rekod suara (boleh cari dan download secara percuma di Internet), korang dah boleh setup podcast sendiri. Korang boleh promote produk atau servis sendiri di poscast tersebut ataupun cari sponsorship.

6. Buat Bisnes Content Dan Web Development
Waktu sekarang ni pasti ramai yang mula nak buat website sendiri. Kalau ada bakat untuk buat website ataupun blog, apa kata korang promosikan servis korang ini. Korang boleh bina website mudah menggunakan Wordpress, Weebly ataupun Blogger.com.

Ghostwriter Malaysia

7. Jadi Penterjemah Dan Jurubahasa
Sebagai orang Malaysia, korang mesti dah fasih sangat dengan bahasa Melayu. Tapi kalau korang boleh bertutur dengan baik dalam bahasa lain contohnya English, Korea, Jepun, Mandarin, korang dah boleh jadi seorang penterjemah ataupun jurubahasa.

8. Buat Dropship
Kalau korang cari dekat Facebook atau Instagram dengan #dropship atau #agent, korang akan dapat cari produk yang boleh korang jual sebagai dropship. Jadi dropship lebih mudah kerana tidak memerlukan modal. KOrang cuma perlu promote barang, ambil order, ambil duit dan transfer amount yang sepatutnya kepada HQ. Urusan pembungkusan dan postage semua akan dilakukan oleh HQ. 

9. Jadi Tutor
Apa benda yang paling korang mahir? Ambil gambar? Main gitar? Gunakan apa saja bakat dan skill yang korang ada untuk menjadi tutor. Ajar orang lain dengan bakat dna skill yang korang ada. Cuba tengok website Tutor.com dan Tutorme.com.

10. Jadi Pembaca Pruf
Pembaca pruf bermaksud korang akan semak dokumen-dokumen yang telah ditulis atau diterjemahkan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa ataupun ejaan. So grammar nazi, here's your chance!

11. Jadi Transcriber
Transcriber ni kerjanya mendengar video ataupun audio dan menukarkannya ke dalam bentuk teks. Kerjanya nampak mudah tapi agak berat. Kalau dapat audio yang clear memang best bial buat tapi kalau audio banyak noise, mungkin ambil masa yang agak lama.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

12. Buat Blog
Rasanya buat blog adalah benda yang paling senang untuk dapat duit secara online. Melalui blog korang boleh buat duit melalui iklan Adsense dan seangkatan dengannya, sponsorship, paid review dan juga promote servis atau produk korang.

13. Buat ebook
Sekarang ni kan ramai yang tengah duduk di rumah sempena perintah berkurung ini. Dan ramai yang dah mula membaca. Korang boleh tulis ebook mengenai apa yang korang mahir dan jual di Internet.

14. Buat Online Course
Selain ebook, korang juga boleh ajar apa yang korang mahir melalui online course. Dah ramai yang buat online course ni. Yang paling mudah, korang ajar kemahiran korang menggunakan Telegram saja. Ambil yuran, masukkan mereka ke dalam group Telegram dan tetapkan hari untuk mulakan kelas.

15. Jadi Life Coach
Life coach ini rasanya agak sukar untuk dilakukan kecuali kalau korang ada background dalam bidang yang berkaitan. Contoh kalau korang hebat dalam fitness, korang boleh jadi fitness coach dan guide orang untuk bersenam dengan betul dan jaga pemakanan.

16. Jadi Narrator Untuk Audiobook
Sekarang ni audiobook dah semakin popular dan mendapat tempat di kalangan masyarakat. Sebagai seorang narrator audiobook, korang perlu membaca buku dengan intonasi dan tanda baca yang betul.

17. Buat Survey Di Internet
Ada banyak website yang korang boleh buat survey secara online ni. Fadzi sendiri pernah buat. Kebanyakannya mengambil masa yang agak lama kerana mahukan ketelitian. 

Kebanyakan jenis pekerjaan yang disenaraikan Fadzi sendiri dah buat antaranya copywriter, buat bisnes content, penterjemah, buat dropship, transcriber, buat blog dan buat ebook dan buat survey.

Mungkin lepas ini Fadzi nak cuba beberapa pekerjaan yang lain seperti menjual gambar, buat video 'how-to', buat podcast, buat bisnes web development, jadi pembaca pruf dan jadi narrator. 

Mungkin ada antara korang rasa pekerjaan yang disenaraikan memerlukan skill yang tertentu dan korang rasa tak boleh buat. Jangan risau. Korang boleh mula dengan buat survey di Internet. Mudah dan tak perlukan skill langsung.

Fadzi dah kongsikan dengan korang idea untuk buat kerja online di rumah sempena wabak pandemik COVID19 ini. Semuanya terserah kepada korang untuk cuba apa yang mampu untuk mendapat income secara online begini. Jangan takut dan selamat mencuba.

Oh ya, kalau korang nak baca artikel asal tentang 17 cara buat duit secara online ini, korang boleh baca di website Forbes di sini - 17 Ways You Can Make Money Online Right Now. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Betul.. Setuju.. Ada banyak cara nak tambah income dengan Internet hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Cuma mungkin ada yang mengambil masa dan ada jugak yang boleh dapat terus.

      Delete
  2. Terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga dapat input yang berguna :D

      Delete
  3. Replies
    1. Memang banyak idea menarik untuk buat kerja online sekarang ni

      Delete
  4. Tumpang tnya, klu jual gambar mnggunakan shutterstock adkah ada charge bila kita buat acc atau byar perbulan k atau lain2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada charge untuk buat akaun atau bulan-bulan. free je buat akaun. bila ada orang beli gambar kita, kita akan dapat duit tu. boleh withdraw masuk ke akaun paypal, skrill atau pun payoner.

      Delete