Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!

Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!Ada dua jenis makanan fast food yang boleh kata Fadzi suka sangat makan dari dulu sampai sekarang. Satu pizza dan satu lagi popcorn chicken. 

Siapa je lah yang tak suka pizza  dan popcorn chicken kan. Fadzi selalu fikir kenapa lah tak ada mana-mana fast food company yang nak buat kombinasi makanan pizza dan popcorn chicken ni. Kan senang nak makan 2 in 1 terus. 

Popcorn Chicken Pizza

Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!

Rupa-rupanya dah ada pun yang buat pizza popcorn chicken. Pizza Hut dan KFC UK ada buat menu Popcorn Chicken Pizza hari tu. Fadzi ada terbaca dekat Twitter KFC UK dan Pizza Hut UK pasal KFC menu baru diaorang ni.

Tapi.... Sedihlah juga sebab Popcorn Chicken Pizza hanya boleh didapati di United Kingdom. Dan yang lebih sedih, menu tu hanya boleh didapati dari 4 Februari sampai 16 Februari 2020 saja. Limited edition, guys!

Sebenarnya KFC dan Pizza Hut UK buat menu Popcorn Chicken Pizza tu bersempena dengan Hari Pizza Sedunia. Ada juga Hari Pizza Sedunia rupanya? Fadzi baru tahu. Hari Pizza Sedunia ini disambut pada 9 Februari setiap tahun katanya.


Kombinasi Pizza Dan Popcorn Chicken

Kalau ikutkan apa yang Fadzi baca, Popcorn Chicken Pizza yang KFC dan Pizza Hut UK buat ni menggunakan roti pizza classic crust base, ada keju mozarela, jagung manis dan Popcorn Chicken Colonel sebagai topping. 

Tapi, diaorang tak guna sos tomato macam biasa yang digunakan untuk pizza. Diaorang letak KFC punya gravy. Fadzi pun tak pasti jenis gravy KFC yang mana satu. 

Ikut apa yang Fadzi baca lagi, bila korang makan popcorn chicken pizza ni, korang akan rasa ranggup-ranggup dari popcorn chicken, manis-manis dari jagung manis dan rasa keju dari mozarela. Mesti sedap!

Popcorn Chicken Pizza yang diaorang jual hari tu hanya boleh didapati dalam saiz Large. Jadi, kalau beli memang puas hati lah makan. Makan ramai-ramai pun belum tentu habis sebab dah lah pizza, ada popcorn chicken pulak tu. Kenyang!


Popcorn Chicken Pizza

Tapi macam biasa lah, ada orang yang suka dengan menu terbaru ini. Dan ada juga yang tak suka. Review orang yang dah cuba KFC Popcorn Chicken Pizza ini bercampur-campur.


"Popcorn Chicken Pizza. Great obviously - Ibrahim Salha"

"Wow! This is so worth ordering, it is so bizarre but we ate every last slice! It’s delicious, and we loved the gravy base!," Instagram user @newfoodsuk wrote in a review. "The popcorn chicken good, adding flavour to the pizza. We highly recommend trying this pizza, it’s fun and delicious! - NewsFoodUK

"That KFC popcorn chicken pizza with the gravy base looks absolutely terrible.- Jack "

"Just ordered the KFC/Pizza Hut Popcorn Chicken Pizza. It was literally the most minging thing i've ever eaten in my life. Gravy base is disgusting, sweetcorn just ruins it. How do I get my money back. - DJ Ravine"

Macam-macam jenis respon yang boleh korang jumpa pasal Popcorn Chicken Pizza ni. Nak tengok Youtube Review pun ada pasal menu ni. Boleh search dekat Youtube.

Fadzi faham, citarasa setiap orang memang lain-lain. Ada makanan yang kena dekat tekak Orang A, tak semestinya kena dengan tekak Orang B. Sebab tu selagi Fadzi tak rasa lagi pizza ni, Fadzi tak nak cakap dia sedap or tak sedap. Kena rasa sendiri dulu.


KFC Popcorn Chicken Pizza

Fadzi rasa Fadzi nak buat sendiri Popcorn Chicken Pizza ni. Sebab kempunan kan. Nak cari dekat Malaysia tak ada. Tapi, konon je lah nak buat sendiri tu.

Tengok-tengok nanti buka Foodpanda dan order je Popcorn Chicken dari KFC dan Pizza dari Pizza Hut. Senang, habis cerita. Semua makanan popcorn chicken dan pizza delivery terus sampai depan pintu rumah. Heheh.

Oh ye, sempena PKP ni, korang dah pernah order ke dekat Foodpanda? Fadzi setakat ni masih bertahan masak sendiri dekat rumah hari-hari. Walaupun kadang-kadang tu rasa lemau jugak nak masak dan makan masakan sendiri.

Fadzi masih lagi jaga pemakanan Anas sekarang ni. Anas baru saja 18 bulan. Makanan yang Fadzi buat untuk Anas masih tak ada gula dan tak ada garam dalam menu dia. Sebab tu masih gigih masak sendiri. Kalau tak, dah lama order je dengan Foodpanda. 

Kalau rasa korang dah penat nak masak, dah lemau nak makan masakan sendiri, dah stress nak fikir nak masak menu apa. Sudah sudah lah tu. Bukak phone, download apps Foodpanda dan order saja lah. Jimat masa dan tenaga hoho.

Post a Comment

34 Comments

  1. wow the Popcorn Chicken Pizza set looks so good! Very suitable for the whole family this moment. must order it one day ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup suitable for family because it's only available in large

      Delete
  2. teringin betul nak makan pizza tapi area rumah ni panda and grab tak cover pizza hut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kalau nak makan pizza kena keluar jugak lah untuk membeli kan

      Delete
  3. laaaa xde kat Malaysia ke? aduh. nyesal belek bebetul gambar pizza tu hu hu hu...
    keinginan dah melambung nih, tapi not available forever :) ha ha ha...
    esok in shaa Allah memang plan nak tapaw kan anak2 bertiga ni pizza dominos.
    lama naw dah tak merasa pizza nih, fadzi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha Ya Ampun. Saya pun sedih jugak tak ada dekat Malaysia menu ni

      Delete
  4. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  5. itu dia gabungan popcorn chicken pizza. mewah gabungan dalam dua dalam satu. ok nak beli esok. haha.sedapnya lah bah tengok malam-malam ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No jangan order :,( tak ada dekat Malaysia ni

      Delete
  6. Good idea utk popcorn chicken pizza ni. Bleh makan pizza sambil makan nugget kecil ni. Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sekali harung je kan kak ruby hahahah

      Delete
  7. Dah pernah cuba. Tapi sekarang di sini dah pun zon merah. Asbab PKP semua delivery ke kawasan ini tidak dibenarkan masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Sampai orang delivery pun tak boleh masuk ya

      Delete
  8. Sedapnya pizza popcorn ayam ni. Za tnjk kat anak, dia ckp nak sbb favorite dia popcorn ayam dgn pizza. So ni kira 2 in 1 lah

    ReplyDelete
  9. Wow Pizza Hut dan KFC bergabung pastilah meletop.. Nampak sedaplah nanti nak try menu ni... harap dapat makan sebelum puasa he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu ni limited edition huhhu. Tak ada dekat malaysia

      Delete
  10. aduhhh lapaq perut le bila tengok pizza ni. Nanti nak try gak lah, and sis pun baru tahu ada hari Pizza sedunia..hehehe, ketinggalan betul sis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu ada hari pizza sedunia huhu

      Delete
  11. Wah pizza baru Dominos ke..boleh cuba ni..pizza dengan popcorn..mestila sedap kan..lama tak makan Dominos..ada dekat rumah Dominos ni

    ReplyDelete
  12. This is yummy! Tapi parents don't really allow us to makan pizza dah! Coz dah makan sekali! Not cheap also

    ReplyDelete
  13. wahhhhh ini menarik ni. kita peminat pizza, maybe kita boleh try new resepi ni nanti. Satu collaboration yang bagus antara dua buah branch.

    ReplyDelete
  14. Wahhhh nampak menarik menu popcorn chicken pizza ni. Baru iena tau menu baru ni. Thanks atas perkongsian. Blh la cuba nty😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe harap harap diaorang keluarkan dekat malaysia lah one day

      Delete
  15. Nampak menarik dan sedapla pizza terbaru ni. Nanti nak cubalah hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully ada lah diaorang bawak ke malaysia nanti

      Delete
  16. Wow tak sangka ada menu gabungan macam ni. Pizza dan popcorn chicken . Menarik sangat. Wonder macam mana rasa dia ni.. Nak kena beli ni nak kena cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak dapat bayang tu rasa kfc gravy dia. tak sure lah gravy kfc yang mana

      Delete
  17. Nampak macam menarik. Teringin nak cuba. Pizza dan popcorn all in one bite. Entah bila lah dapat merasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dia. Harap harap diaorang bawak ke malaysia one day

      Delete