Pages

  • Home
  • Fadzi Razak
  • Hubungi
  • Disclaimer
  • Sitemap

Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog

    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Kalau kebiasaan produk kecantikan tak sah kalau tak kena bancuh kan? Betul tak? Aku tau ramai antara kita yang tak berapa nak rajin nak bancuh produk kecantikan yang dalam sachet tu dengan air, kena kacau-kacau lagi. Leceh kan? Ha, sekarang ni aku dah tak payah nak bancuh-bancuh dah produk kecantikan yang aku guna ni - Maria Miracle. Produk yang paling senang aku makan. Koyak sachet lepas tu masuk kan je terus dalam mulut.  

    Maria Miracle

    Maria Miracle - Kini Kecantikan Bukan Fantasi Lagi

    Gitu tagline dia. Kini kecantikan bukan fantasi lagi. Hehehhe. Maria Miracle ni sebenarnya adalah sejenis serbuk kolagen yang lazat mengandungi ekstrak strawberi. Kelebihan Maria Miracle ni akan buat kulit kita jadi licin, muda, cerah dan putih berseri. Sape tak nak kan? Yang bestnya, Maria Miracle ni boleh dimakan oleh lelaki dan perempuan.

    Korang tak perlu risau untuk consume Maria Miracle ni sebab dia memang 100% asli dan selamat. Ada sijil kelulusan HALAL dari JAKIM dan juga GMP. Maria Miracle juga dah dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


    Maria Miracle
    Bentuk serbuk kolagen Maria Miracle. Masa nak masukkan dalam mulut tu, buat perlahan-lahan okay. Nanti tersedak pulak.

    Cara Makan Maria Miracle

    Cara untuk ambil Maria Miracle ni senang je. Korang ambil satu sachet Maria Miracle tu, koyakkan. Tuang kan serbuk kolagen ke dalam mulut dan kemam. Pastikan korang makan masa perut kosong atau 2 jam lepas makan. Makan satu sachet satu hari.

    Rasa Maria Miracle ni sedap manis masam-masam. Rasa macam strawberi pun ada sebab dia kandungan serbuk jus strawberi. So tak perlu risau rasa tak sedap ke apa unless korang tak suka makan buah strawberi (like whattt?).


    Maria Miracle

    Dalam satu kotak ni ada 15 sachet. Dan setiap sachet tu kandungan dia 15 gram serbuk kolagen. So, sekotak boleh consume dalam setengah bulan. Cadangan aku, beli terus 2 kotak sekaligus sebab aku tengok biasa dieorang buat promosi 2 kotak terus boleh dapat murah lagi, berbaloi daripada beli sekotak je.


    Kelebihan Maria Miracle

    Maria Miracle ni kelebihan dia bukan saja untuk jadikan kulit lebih cerah, muda, antioksidan untuk penuaan, kurangkan masalah jerawat, menghilangkan parut dan kecilkan liang roma, Maria Miracle ni jugak berfungsi untuk tambah tenaga dalam badan.


    Maria Miracle

    Setakat yang aku makan Maria Miracle ni, perubahan yang aku rasa sendiri badan kurang rasa letih. Kalau dulu aku akui aku rasa badan ni lemah-lemah je tak bersemangat, sekarang dah rasa bertenaga sikit. Itu baru makan beberape sachet. Bayangkan kalau makan beberape kotak. Hohoho.

    Oh ye, kalau korang berminat jugak untuk dapatkan Maria Miracle ni, korang boleh usha Facebook atau Instagram Maria Miracle.

     Facebook | Instagram


    Continue Reading
    InsyaAllah lebih kurang seminggu lagi kita akan mula berpuasa. Ramadan tahun ni aku rasa agak mencabar sebab first time aku akan berpuasa sambil jaga dan breastfeed Aneeq yang bertuah ini. Aku sebenarnya bila berbuka, aku tak suka makan makanan yang berat-berat sangat. Cukup buah-buahan, kuih atau minuman bersusu dulu. Lepas solat baru boleh nak makan berat-berat. Jadi, aku rasa untuk berbuka nanti, aku nak berbuka dengan minuman yang memberi tenaga kepada aku contohnya macam resepi yang aku nak cuba ni iaitu Soya Yeo's Milk Shake. 

    Soya Yeo's Milk Shake


    Resepi Soya Yeo's Milk Shake

    Bahan-bahannya:
    • 3 cawan air soya Yeo's (kurangkan kalau nak milk shake yang lebih pekat)
    • 4 cawan ais krim vanila
    • 1 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
    • Sedikit esen vanila

    Cara-cara buat Soya Yeo's Milk Shake:
    1. Masukkan 3 cawan air soya Yeo's, 4 cawan ais krim vanila dan 1 sudu besar gula ke dalam blender 
    2. Blend hingga sebati dan smooth
    3. Masukkan ke dalam cawan

    Resepi Soya Yeo's Milk Shake

    Dah siap untuk dinikmati. Tapi aku lagi suka lepas blend tu, letak sekejap dalam peti ais bahagian sejuk beku. Lagi nikmat. Tapi kalau korang nak minum terus pun, tak dek hal. Boleh je. 

    Resepi Menggunakan Air Minuman Soya Yeo's

    Kalau korang perasan, dalam resepi ni aku ada gunakan air minuman Soya Yeo's. Mesti tertanya-tanya kenapa kan? Sebab aku nak bagi milk shake aku ni rasa berlemak sikit dan kelainan sikit. Kalau biasa orang pakai susu biasa je kan. Kali ni kite tukar selera lah sikit. 


    Resepi Soya Yeo's Milk Shake

    Yang paling aku berkenan dengan air minuman Soy Yeo's ni sebab dia dihasilkan daripada 100% non-GMO (genetically modified organisms), rendah lemak, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan bebas kolesterol. Almaklumlah dah nak cecah umur 30an, kena lah jaga kesihatan diri kan. Dan yang penting, air soya Yeo's ni ada pengesahan HALAL daripada JAKIM. 


    Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

    Dalam bulan Ramadan ni lah aku rasa lebih banyak kita buat amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan, betul tak? Aku pun rasa macam tu jugak. Brand Yeo's pun sama juga. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua. 

     Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

    Dalam kempen ini nanti, Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie akan berusaha untuk mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! 

    Korang sokong artis mana untuk kempen ni? Aku mesti lah sokong si cantik manis Heliza sebab dia pegang kotak Soya Yeo's. Hehhehe.

    Nak tahu lebih lanjut pasal Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua dan cara nak menang duit raya ni? Layari saja www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.

    Jangan lupa cuba resepi di atas ni dan selamat berpuasa!

    Continue Reading
    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort | Bangi Golf Resort ni merupakan salah satu tempat favourite aku untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab makanan dia banyak dan non stop. Makanan Bangi Golf Resort pun banyak sangat pilihan dan menyebabkan korang makan boleh tambah berpinggan-pinggan. 

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni korang boleh nikmati sepanjang bulan Ramadan bermula 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Sepanjang bulan Ramadan tu ada lebih daripada 200 jenis makan yang bercirikan masakan popular ala barat, barat dan timur.

    Apa Yang Best Pasal Buffet Ramadan Bangi Golf Resort?

    • Live station - kambing bakar dan sate
    • Diiktiraf HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2009 lagi 
    • Persembahan muzik secara live bermula 6.30 petang hingga 9.30 petang setiap hari
    • 800 ruang parking
    • Ruang solat yang selesa

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Menu pembuka selera tahun ni memang best-best. Ada "Cream of smoked chicken", "Sous Vide Eggs with mushroom espuma", lasagna ayam dan daging. Ha, kau. berbelit-belit lidah aku nak sebut menu dia. Jari aku pun penat duk taip. 

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
    Nak makan mee rebus ni kena celur dulu mee dalam air panas. Tempat nak celur tu ada dekat sebelah kawasan mee tu je.

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
    Tips sikit nak bagi sedap gila babas bihun ni. Pastikan korang letak kicap lada sekali dalam mangkuk bihun korang. Kalau tak letak, rasa dia kurang sikit. Tapi kalau letak, memang boleh tambah 2 3 kali ni.

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Juadah utama dekat BGR ni mestilah menu yang bercirikan melayu dan timur contohnya nasi kerabu, rendang taik minyak, sambal sotong kembang, buttered prawn, daging masak lada hitam dan filet ikan bersama sos serai.

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
    Ini antara dessert yang sedap. Green tea cheese cake.   

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
    Eclairs ni ada dalam beberapa perisa iaitu nangka, cempedak dan durian. 

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
    Red velvet cake. Kalau korang pergi makan dekat sini, pastikan korang cuba red velvet ni. Sedap sangat, rasa cheese dia berlemak. Dan kek dia pun tak keras, moist cukup-cukup.

    Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

    Antara pencuci mulut yang akan dihidangkan nanti adalah Spanish Churros dengan sos coklat, kuih muih melayu, puding, agar-agar, kek, buah-buahan dan menu terbaru Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Ada juga ais krim gelato berperisa jagung bakar, kantan dan cendol.

    Hoi, aku taip ni pun aku dah rasa kecur air liur, teringat waktu last aku berbuka puasa dekat BGR 2 tahun lepas. Tahun ni comfirm aku nak booking awal-awal berbuka dekat sana. Ha, korang bila lagi?

    Harga
    RM58 (Dewasa)
    RM29 (Kanak-kanak)

    Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.

    Continue Reading
    Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel | Hari semalam aku dah share dengan korang Buffet Ramadan dekat Imperial Chakri Palace kan? Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi buffet Ramadan yang korang boleh terjah di bulan puasa nanti -  Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel.

    Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel

    AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun 2016 ini mengetengahkan tema selera desa nostalgia 60an dengan pelbagai pilihan menu yang memang sedap-sedap belaka. Selain daripada tu, AnCasa Hotel juga cuba untuk mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham tan Sri P. Ramlee. 

    Terdapat 6 booth yang menghidangkan macam-macam jenis makanan yang diilhamkan oleh Chef Yohanis dan Chef Mariam. Antara booth-booth yang ada:

    Booth Aneka Mee. Aku cadangkan korang cuba bihun dengan kuah sup. Pastikan letak sos cili hitam tu. Baru terangkat rasa dia.

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Booth Apam Balik. Apam balik dia nipis dan ranggup. Memang taste aku lah. Aku tak suka sangat makan yang jenis tebal tu. Yang nipis dan ranggup tu lebih sedap.

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Booth Sup Setapak. Orang kata sup setapak ni memang glamer sebab Allahyarham Tan Sri P Ramlee suka makan dulu. 

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Booth Hidangan Utama. Ada pelbagai lauk  pauk yang bagi aku agak rare sebab aku tak selalu makan macam rendang itik, kacang sepat bercendawan, ayam tandori dan burung puyuh goreng lengkuas. 

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Booth Sate, Shawarma dan Ayam Skewer. Sate yes yes sate. Sila ambil sate itu. Ada sate ayam dan sate daging. Kuah kacang dia memang pekat. Ya Allah, rasa rindu kuah kacang mak aku buat. 

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Booth Yong Tau Foo. Ha, ini macam rare jugak ni. Tak pernah lagi aku jumpe orang buat buffet ramadan ada yong tau foo. Setakat ni memang aku jumpa dekat AnCasa Hotel ni je.

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Selain daripada 6 booth di atas ni, ada banyak lagi makanan lain yang dihidangkan dekat Saffron Brasserie AnCasa Hotel ini. Ada Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Ikan Jenahak bakar, Nasi kerabu, Lemang, Ketupat Palas, Ubi Kayu Rebus dengan sambal, gula dan kelapa, sandwich, acar buah, kerabu, salad, bergedil dan macam-macam lagi.

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Untuk pencuci mulut, jangan risau ada macam-macam jenis buah-buahan dan dessert yang ada macam putu mayam, kek, kurma, tembikai, mangga, nenas, kuih-kuih tradisional Melayu, cekodok, puding dan kuih raya pun ada. Fuh penat jugak menaip. krang layan je lah gambar dekat bawah ni.

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

    Harga Biasa
    RM68 (Dewasa)
    RM40 (Kanak-kanak)

    Harga Early Bird
    RM58
    (Sekarang hingga 31 Mei 2016)

    Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi Saffron Brasserie AnCasa Hotel melalui nombor telefon 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032. 

    Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search This Blog

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Press

    recent posts

    Blog Archive

    • ►  2019 (9)
      • ►  February (2)
      • ►  January (7)
    • ►  2018 (46)
      • ►  December (4)
      • ►  November (7)
      • ►  October (4)
      • ►  September (3)
      • ►  August (6)
      • ►  July (5)
      • ►  June (2)
      • ►  February (7)
      • ►  January (8)
    • ►  2017 (131)
      • ►  December (10)
      • ►  November (13)
      • ►  October (10)
      • ►  September (6)
      • ►  August (6)
      • ►  July (9)
      • ►  June (10)
      • ►  May (21)
      • ►  April (15)
      • ►  March (16)
      • ►  February (2)
      • ►  January (13)
    • ▼  2016 (133)
      • ►  December (15)
      • ►  November (17)
      • ►  October (31)
      • ►  September (7)
      • ►  August (9)
      • ►  July (5)
      • ►  June (13)
      • ▼  May (10)
        • Cara Mudah Nikmati Supplemen Kesihatan - Maria Mir...
        • Resepi Soya Yeo's Milk Shake
        • Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
        • Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnC...
        • Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria K...
        • Hafidz Roshdi Jadi Duta Untuk Produk Kecantikan?
        • 5 Cara Hilangkan Dagu Berlapis
        • Pertama Kali Pakai Masker Muka
        • Ada Masalah Family Planning, Penyakit Bahagian Int...
        • EasyStore - DIY eCommerce Website Murah Dan Mudah
      • ►  April (5)
      • ►  March (9)
      • ►  February (7)
      • ►  January (5)
    • ►  2015 (154)
      • ►  December (6)
      • ►  November (2)
      • ►  October (14)
      • ►  September (13)
      • ►  August (15)
      • ►  July (10)
      • ►  June (20)
      • ►  May (6)
      • ►  April (12)
      • ►  March (9)
      • ►  February (20)
      • ►  January (27)
    • ►  2014 (48)
      • ►  December (28)
      • ►  November (9)
      • ►  September (1)
      • ►  July (7)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)

    NEWSLETTER

    Followers

    Contact Us

    Name

    Email *

    Message *

    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top