Day 6: Hentian Titiwangsa, Super 8 Hotel dan Restoran Kapitan

Day 6 (Penang): Hentian Titiwangsa, Super 8 Hotel dan Restoran Kapitan | Walaupun aku pergi travel ni tahun lepas, baru tahun baru ni aku sempat nak update pasal ni. Lama kan? 😋😋 Okaylah, hair ni aku nak share dengan korang hari ke enam aku travel keliling Semenanjung Malaysia ni. 

Day 6: Hentian Titiwangsa, Super 8 Hotel dan Restoran Kapitan

Untuk hari ke enam ni, kiteorang dari Qas Hotel. Lepas kemas barang, bersiap dan breakfast di hotel, kiteorang terus kan perjalanan ke Pulau Pinang melalui Lebuhraya Grik. Dalam perjalanan ke sana, kiteorang sempat singgah di Perhentian Titiwangsa.


Hentian Titiwangsa

Perhentian Titiwangsa. Memang ada dalam plan kiteorang untuk jejak kaki ke sini sebab aku kakak aku cakap tempat ni cantik sangat. Dan memang cantik pun. Sejuk pulak tu. Angin pun kuat bertiup. Dekat sini cuma ada tempat persinggahan untuk makan dan rehat semua. Untuk perjalanan yang panjang, memang sesuai lah lepak kejap rehat dekat sini. Baca sini kalau korang nak tengok view cantik dekat Hentian Titiwangsa ni. (Link  akan diupdate kemudian)

Bila dah lepas Lebuhraya Grik tu, kiteorang pun sampai dekat Kedah dalam 2 petang lebih. Waktu tu dah lapar. jadi kiteorang singgah makan dekat kedai makan Hashim Ikan Bakar dekat Kuala Ketil. Lepas tu, kiteorang teruskan lagi perjalanan ke Pulau Pinang.


Feri Pulau Pinang

Untuk masuk ke Pulau Pinang kiteorang decide nak ambil feri. Keluar dari Pulau Pinang tu nanti baru nak guna jambatan. First time aku naik feri ke Pulau Pinang. Excited pun ada. Untuk full kadar tambang feri ke Pulau Pinang dan view dalam feri, korang boleh baca dekat sini(Link  akan diupdate kemudian)

Sampai-sampai je ke Pulau Pinang, kiteorang terus cari hotel yang agak kena dengan bajet kiteorang. So, kiteorang ended up dengan Super 8 Hotel. Bilik hotel dia agak luas walaupun ada tiang pelik di tengah-tengah bilik. Nak tau tiang pelik apa tu? Baca dekat entry ni nanti (Link  akan diupdate kemudian)

Super 8 Hotel Pulau Pinang

Kiteorang check in ke dalam Super 8 Hotel pun dah lewat, dalam pukul 6.30 macam tu. Penat sebab perjalanan dalam kereta lama. Lebih-lebih lagi Zul yang drive, lagilah dia penat. Jadi, kiteorang berehat lah dalam bilik hotel sampai pukul 8 lebih baru kiteorang keluar cari makan.


Restoran Kapitan Pulau Pinang

Malam tu, kiteorang dinner dekat Restoran Kapitan. Saje nak try dekat sini sebab restoran ni glamer jugak di kalangan orang tempatan dan orang  luar. Tapi, bila aku order nasi briyani dia, aku rasa Restoran Kapitan ni bukan taste aku. Tak boleh telan. Aku ada cerita kan sedikit pasal Makanan Di Restoran Kapitan Pulau Pinang dekat sini. (Link  akan diupdate kemudian)

Dekat bawah ni trip yang kiteorang guna dari Kelantan ke Pulau Pinang. Sepatutnya kalau ikut plan, dari Kelantan tu nak ke Perlis dan terus ke Langkawi. Tapi disebabkan waktu tu dah nak masuk weekends dan kiteorang tak nak bersesak dalam Langkawi dengan orang ramai, jadi kiteorang lencong dulu ke Pulau Pinang.


Total expenses hari keenam: RM165.6
- Lunch (RM12.90)
- Tiket Feri Pulau Pinang (RM7.70)
- Hotel (RM110)
- Dinner (RM35)

Travel Tip:
Sebelum berjalan tu, korang google dulu tempat-tempat yang jarang orang nak pergi sebab tak tau. Biasanya korang boleh tanya orang-orang dalam forum sebab dieorang orang lokal area tempat diaorang. So dieorang lebih tau apa tempat-tempat yang kurang famous tapi memang berbaloi untuk pergi. 

Nak baca pasal next trip? Ada 6 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Post a Comment

3 Comments