Apa Itu SGshop Dan 5 Sebab SGShop Website Terbaik Untuk Shopping Online

Apa Itu SGshop Dan 5 Sebab SGShop Website Terbaik Untuk Shopping Online | Lepas dari Fadzi buat entry pasal beli barang dekat SGshop hari tu, ramai yang tanya pasal SGshop.  Jadi hari ni Fadzi nak share dengan korang apa itu SGshop dan kenapa SGshop ni adalah website terbaik untuk shopping online.

SGShop 11.11 Sale
Website SGShop Malaysia

Apa Itu SGshop?

SGshop adalah satu online website yang mana korang boleh pilih dan beli pelbagai jenis barang daripada China. Ada macam macam jenis barang yang korang boleh jumpa dekat sini termasuklah pakaian, perabot, peralatan dapur, alat elektronik dan barangan sukan.

SGshop ini sebenarnya adalah sebuah place market yang mana mana-mana penjual atau supplier boleh jual bermacam barangan mereka. Korang tinggal pilih barangan yang korang nak saja dan beli.

SGshop akan menjadi orang tengah antara korang (pembeli) dengan penjual di China. Bila korang dah pilih barang dan bayar, SGShop akan bertanggungjawab untuk menghantar barangan korang dari China sampai ke depan rumah korang. Best kan? Rasa lebih selamat dan dipercayai.

Fadzi sendiri dah beli barang dekat SGshop ni dua kali. Korang boleh baca entry yang Fadzi buat pasal SGshop sebelum ni.

1111 Tresure Hunt-SGshop


5 Sebab SGshop Adalah Website Terbaik Untuk Shopping Online

Nak tau kenapa Fadzi rasa SGshop ni tempat yang best untuk shopping online? Meh, Fadzi share sikit.

1. Pelbagai Pilihan

Kalau korang shopping dengan SGshop, korang akan dapat banyak pilihan barangan. Dari sekecil-kecil barang sampai lah sebesar-besar barang. Barang-barang yang rare pun korang boleh jumpa dekat sini.

Untuk cara penghantaran barang yang korang beli dari China ke Malaysia pun korang boleh pilih sama ada nak pakai air atau sea shipping. Nak lagi murah, pakai sea shipping tapi lambat sikit. Kalau nak cepat, pakai air shipping tapi mahal sikit lah.

2. Harga Jauh Lebih Murah

Harga barang-barang yang dijual oleh seller di SGshop banyak yang murah daripada harga di pasaran Malaysia. Korang tak perlu beli barang secara borong pun korang dah boleh dapat harga yang murah.

Nasihat Fadzi, kalau nak shopping dengan SGshop, korang kena spend masa lebih sikit untuk bandingkan harga seller yang berlainan. Mesti boleh dapat harga yang paling murah.

SGShop 11.11 Sale
SGshop Haul yang Fadzi buat baru-baru ini

3. Boleh Dipercayai

Macam Fadzi dah cakap dekat atas tadi, Fadzi dah beli dengan SGshop 2 kali dah. Dan dua dua kali yang Fadzi beli tu, barang sampai dan selamat.

Tak adalah masalah kena tipu dengan seller barang tak sampailah, beli barang lain dapat barang lain atau dapat barang rosak. Setiap barang yang korang beli tu akan diperiksa supaya tak ada kerosakan atau salah barang sebelum dihantar ke Malaysia.

4. Memudahkan Urusan Jual Beli

Kalau korang guna servis 'Buy for Me' atau 'Smartshop', semua proses dari beli barang daripada supplier, pengumpulan barang, check kualiti barang, pembungkusan semula dan panghantaran ke Malaysia, semua dibuat oleh pihak SGshop. Korang dah tak payah pening-pening nak fikir pasal semua tu lagi.

Kerja korang cuma perlu pilih barang dan bayar. Selebihnya SGshop yang uruskan. Korang just goyang kaki tunggu barang sampai.

5. Mudah Difahami

Sebelum ni kalau nak beli barangan murah dari China, kebanyakan orang akan beli dekat Taobao. Memang boleh dapat murah tapi dieorang guna bahasa Cina. Bagi yang tak faham bahasa Cina, susahlah nak beli kan.

Dekat SGshop, kebanyakannya pakai bahasa Inggeris. Senang nak faham. Kalau ada masalah nak tanya lebih lanjut, korang boleh chat je dengan customer service dieorang. Mudah je kan?

SGShop 11.11 Sale
Power bank Xiao Mi yang Fadzi beli dekat SGshop dulu

Fadzi dah shopping dengan SGshop. Korang tak nak cuba ke? Lagi bagus kalau korang ni jenis menjual barang. Korang beli je barang murah dari China. Bila barang sampai, korang jual semula dengan harga yang lebih tinggi sikit. Dapat untung.

Korang boleh cuba shopping dekat SGshop ni sempena dengan promosi 11.11 dieorang. Macam-macam promosi, offer dan games yang korang boleh join bermula dari 1 November sampai 15 November 2018 nanti.

1111 Tresure Hunt-SGshop

SGshop MY Onsite Promotional Campaign

Antara kempen promosi dan games yang korang boleh join nanti adalah bertemakan Tresure Hunt yang akan berlangsung sepanjang bulan November ini. Korang kena ingat tarikh-tarikh yang Fadzi list kan dekat bawah ni dan jangna lupa untuk join.

Level 1 - Introducing “SHIOK!” Membership To You!
Tarikh: 1/11/2018 hingga 30/11/2018

1111 Tresure Hunt-SGshop
Level 2 - Pre-order for 11.11 discounted items
Tarikh: 1/11/2018 hingga 10/11/2018


1111 Tresure Hunt-SGshop
Level 3 - Buy One Get One Free within 2 hours!
Tarikh: 1/11/2018, 3.00 hingga 5.00 petang

Level 4 - Money Money Come!
Tarikh: 2/11/2018 hingga 10/11/2018

1111 Tresure Hunt-SGshop
Level 5 - Grab Lucky Red Packet to win SGrewards!
Tarikh: 6/11/2018 hingga 7/11/2018

Level 6 - Lucky Slot!
Tarikh: 8/11/2018 hingga 10/11/2018

Level 7 - Massive Product DISCOUNT & FREE Service Charge on 11.11!
Tarikh: 11/11/2018


1111 Tresure Hunt-SGshop
Level 8 - Surprise Non-stop with Free Service Charge!
Tarikh: 12/11/2018 hingga 15/11/2018

Untuk details pasal SGshop Malaysia Onsite Campaign ni, korang boleh baca dekat sini -> 1111 Tresure Hunt-SGshop. Dah ready nak shopping?


Post a Comment

40 Comments

  1. Dah ready nak shopping dekat SGshop sempena 11.11 nanti?

    ReplyDelete
  2. waa baru tau about SGshop nii, mcm menarik jee jugak ek bila baca details dia ni. Baguslaa bila ada banyak pilihan shopping platform, mcm yg ni untuk shopping dari luar dengan mudah, senang customer kan hehe. Nanti nk usha2 lah SGshop ni 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk bulan nov ni. dah join sale dan aktiviti dekat website dieorang hehehe

      Delete
  3. tak pernah shopping lagi dekat sgshop..nak kena usha la ni dulu sebelum 11.11..hahaa. nak cuba shopping dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah nad. Banyak gila barang. Murah murah pulak tu harga

      Delete
  4. Da 3 ari ni aida baca pasal sgshop. Seram nak godek lelebih link nyer, fadzi. Takot tersoping ha ha ha... Tgh bulan. Ok la sgshop ni. Murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, bila dah 3 kali baca tu maksudnya memang kena beli dah la tu

      Delete
  5. kalau nak cari barang2 murah sgshoplah lubuknya kan..tapi awas sebab banyak benda yang boleh rambang mata.hehe..saya kalau cari baju pakai rumah anak-anak pun usha sini.Kualiti pun pusa hati lepastu murah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh betul sangat. Saya beli baju tshirt untuk anak. kualiti bagus, kain cotton dia sedap

      Delete
  6. kalau nak cari barang2 murah sgshoplah lubuknya kan..tapi awas sebab banyak benda yang boleh rambang mata.hehe..saya kalau cari baju pakai rumah anak-anak pun usha sini.Kualiti pun pusa hati lepastu murah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau baju baju untuk anak beli dekat sini memang berkualiti

      Delete
  7. Dah la promote jualan murah ni kita dah habis gaji heheheh tambah barang murah dari China ni memang menggoda sangat kita nak beli sebab murah dan penghantaran pun cepat ok lah tu hehehehehe nampak gaya kena beli guna credit card lah wakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuu guna kad kredit lagi bahaya ni. Maha kayaaaaa

      Delete
  8. Baru tahu pasal kewujudan SGshop ni. Smlm dh survey2 mmg mcm2 ada dan harga pon murah2. Masih tengok2 lagi sbb tgh pikir nk beli apa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh survey survey dulu tapi jangan lama lama sangat. Sale sampai 15hb je

      Delete
  9. dah lama tahu pasal SGShop ni tapi memang tak pernah mencuba apatah lagi membeli...memang nak kena try test beli barangan kat sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lagi jimat kak fuzy, boleh share dengan kawan-kawan. Jimat sikit dekat postage

      Delete
  10. Sgs shop ni shipping dia xmhal ke fadzi..macam pernah baca shipping dia mahal..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shipping dia ikut berat. Kalau berat sangat, harga shipping dia tinggi sikit. Kalau barang ringan, murah. Nak lagi murah boleh guna sea shipping tapi sampai lambat sikit lah

      Delete
  11. Wahhh.... 11.11 sale sana sini. !! Nina belum pernah usha SGShop. Kena laaaa pi intai tengok ni, pembeli kena bijak berbelanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOm jom nina tengok. Sambil tengok sambil beli hehehe

      Delete
  12. Berentaplah dengan Shopee dan platform e-shop yg lain. Masing2 pasti tawarkan promsi hebat menarik. Tak pernah cuba lagi membeli di SG Shop. Nak rasai pengalaman berbelanja kat sinilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom cuba. Platform lain dekat melaysia dah cuba kan?

      Delete
  13. Lama dah tak shopping dekat sgshop. Kat sgshop macam macam ada kan. Kalau buka web dia rambang mata jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Seronok duk masuk masuk dalam cart hahahaha

      Delete
  14. The reasons are so valid there us no reason to stop us from shopping 😂😂

    ReplyDelete
  15. Alaa... taknak la.... Rawlins takut jadi luar kawalan kelak. Dah la aritu tengok Nisa Kay share haul dia gak - terus rasa nak angkut macam-macam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha nak tengok saya punya haul pulak tak hahahaha

      Delete
  16. nampak macam sebuah platform yang baik untuk membeli-belah online. setakat hari ini, tak nampak lagi review negatif dari sana. semuanya positif. oaky, lepas nie bolehlah beranikan diri utk menggunakan platform ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. setakat ni tak pernah nampak lagi review negatif dari sgshop ni

      Delete
  17. Pernah shopping dgn sgshop sekali dan alhamdulillah brg sampai swperti yg dipesan dan kualiti bagus.. risau gak nak beli thru online brg sari China tapi dgn sgshop mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula saya nak shopping dekat sini pun risau jugak barang tak sampai. tapi alih alih ok je semuanya

      Delete
  18. Disini sale di SGShop pun sale . Boleh bocor poket seluar sana sini sale ... tapi dalam kita berbelanja kita perlulah berjimat jugak untuk.....


    SALE YANG AKAN DATANG .... HAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha padah ni. Ingatkan nak berjimat untuk ape. rupenye untuk sale yang akan datang huhuhu

      Delete
  19. macam macam lah prmosi 11.11 ni.. memang rambang mata dibuatnya. bagus gila sgshop, lepas ni mudah sangat kalau nak beli barang dari taobao

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, dah senang nak beli dari taobao. tak ada masalah bahasa dah

      Delete
  20. Aduhaii.. bahaya nie.. confirm koyap poket bila enter masuk applikasi nie.. alamatnya hujung bln mkn magii je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe saya tak pernah pakai apps dia . Saya shopping dekat website je

      Delete
  21. Sgshop dengan shopee mana lagi better?

    ReplyDelete